Friday, April 11, 2008

Tak ada apa-apa, saya okey - Hadi


KUALA TERENGGANU 10 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana diserang strok ringan awal pagi ini dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sepanjang 24 jam.

Abdul Hadi ketika ditemui di wad HSNZ petang ini memberitahu, beliau tidak dibenarkan pulang hari ini kerana doktor masih perlu mengawasi keadaan kesihatannya.

Beliau bagaimanapun meyakinkan ahli serta penyokong Pas bahawa keadaannya tidak membimbangkan dan setakat ini, kesihatannya adalah baik dan stabil.

"Tak ada apa-apa, okey saja setakat ini, tengoklah sendiri," ujarnya kepada pemberita hari ini.
Beliau yang duduk di atas katil kelihatan ceria ditemani isteri, Toh Puan Zainab Awang dan anak sulungnya, Muhammad Khalil serta beberapa lagi anggota keluarga yang lain.

Wartawan bagaimanapun hanya dibenarkan bertemu Ahli Parlimen Marang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu selama kira-kira seminit untuk melihat sendiri keadaan beliau.

Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaannya dan menziarahi beliau di HSNZ sejak dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Sementara itu, pihak hospital telah menampal notis di pintu bilik Abdul Hadi yang menyatakan bahawa pakar menasihatkan Presiden Pas itu supaya mengambil rehat yang secukupnya dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawatnya.

Dalam pada itu, Presiden Pas itu terus menerima kunjungan ahli-ahli politik bukan hanya di kalangan pemimpin Pas malah UMNO Terengganu

No comments: