Friday, April 11, 2008

Khabar Ahli Parlimen Titiwangsa


Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat WP mengadakan pertemuan dengan Dato Bandar KL serta Pegawai-pegawai Tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mengemukakan 3 tuntutan dan 1 isu penting bagi memperkasakan kaedah penyelesaian masalah penduduk di sekitar Wilayah Persekutuan.3 Tuntutan tersebut adalah:

Menyediakan Pejabat Urusetia Ahli Parlimen di Ibu Pejabat DBKL Jalan Raja Laut untuk memudahkan urusan AP dengan rakyat.

Perlantikan jawatan Penolong Pengurus Cawangan yang akan sentiasa bersama AP bagi menangani permasalahan rakyat secara langsung dan bersepadu.

Memastikan setiap AP di KL dilantik sebagai 'ex-officio' dalam Lembaga Penasihat DBKL.
Dalam perbincangan dan juga PC, Dr Lo'lo' membangkitkan tentang kemudahan-kemudahan DBKL yang dinafikan kepada AP dari Pakatan Rakyat yang tidak sepatutnya berlaku seperti penggunaan premis dan logistik seperti khemah dsb. Ini dijawab oleh Dato Bandar dengan mengatakan perlu mendapat kebenaran dari 'Federal' !! Ini disanggah oleh Dr Lo'lo' dan lain2 AP dengan mengatakan tidak mungkin Dato Bandar tidak boleh membuat keputusan tentang penggunaan khemah dan kerusi meja ! Kita yakin Dato bandar jauh lebih berwibawa dan 'berkuasa' dari itu.

Juga di bangkitkan tentang rasuah yang sinonim dengan DBKL dan perlunya satu program yang komprehensiv dan bersungguh2 bagi menukar imej ini iaitu dalam Program Pembangunan Modal Insan DBKL kepada masyarakat hendaklah bermula dari dalam 'rumah-tangga' DBKL sendiri.
Peringatan2 di sign-board dan poster2 dengan kata2 seperti "PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH SAMA-SAMA BERDOSA". "JANGAN BAWA DUIT HARAM RASUAH UNTUK BERI MAKAN ANAK ISTERI DIRUMAH". Mungkin agak keras tetapi penyakit yang berakar umbi perlu diberi ubat yang paling kuat. Permulaan bekerja hendaklah dengan doa terutama sebelum penguat-kuasa turun ke lapangan. Doa2 seperti "Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah kami dari tergoda dan digoda dengan rasuah, bantulah kami membawa pulang rezeki yang halal...". Kuliah2 ugama perlu diperhebatkan dan diwajibkan dengan dikira sebagai merit untuk bonus dan kenaikan pangkat. namun Dato Bandar sekali lagi menafikan dan minta bukti ada rasuah.
YB Wee Choo Keong bawa bukti bergambar bagaimana di Jln Petaling gera-gerai dipasang secara tetap dan yang bergerak diletak sampai ketengah jalan tanpa tindakan dari penguat-kuasa. Rasuah adalah 'well-known secret' di semua PBT, samada kita mahu mengakuinya dan mahu dengan kuat untuk mengatasinya. Penafian bukanlah satu tindakan yang bijak untuk memulakan rasuah-sifar.
Catatan santai YB Dr Lo Lo Ghazali :- http://docpearl.blogspot.com/

No comments: