Saturday, April 12, 2008

Kerajaan Kedah kekalkan Othman Aziz sebagai Pengurus Bolasepak negeri


ALOR STAR, 12 April (Hrkh) - Walaupun berbeza fahaman politik, Dato' Othman Aziz masih lagi dikekalkan sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Kedah, demikian kata Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Buat masa ini beliau masih lagi menjadi pengurus. Kita akan menetukan selepas ini melihat perkembangan akan datang," katanya kepada para pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan KFA kali ke 33 yang diadakan di Wisma Darul Aman dekat sini semalam.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah memaklumkan mesyuarat tersebut juga mengekalkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato' Abdul Rahman Ibrahim sebagai Naib Presiden I.

Manakala jawatan Naib Presiden II dan III takan dipegang oleh Dato' Shukri Hashim yang merupakan wakil Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah dan Datuk Jeffry Low dari Persatuan Bola Sepak Cina Kedah.

"Untuk jawatan Setiausaha Eksekutif kita belum memutuskannya, kita akan umumkan selepas mesyuarat Exco. Seorang lagi yang dilantik ialah Bendahari Kehormat iaitu Exco Sukan, Dr Hamdan Mohamed Khalib," jelasnya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu akan memberikan beberapa kejutan kepada para penyokong Kedah sekiranya skuad bolasepak Kedah dapat menjuarai Liga Super.
"Tunggulah, ada la nanti. It will be a suprise," katanya.

Ditanya tentang peluang Kedah dalam perlawanan selepas ini menentang pasukan Terengganu, Azizan berkata Kedah boleh menang.

"Main sungguh-sungguh, semangat dan displin paling penting untuk menjaga harapan para penyokong yang meletakkan harapan tinggi kepada pasukan Kedah," ujarnya.

No comments: