Sunday, April 13, 2008

Kedah juara Liga Super

KUALA LUMPUR 12 April – Kedah mengekalkan kejuaraan Liga Super musim ini apabila menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman, semalam.

Kejuaraan Kedah itu muncul lebih awal apabila pencabar terdekat, Selangor dibelasah Pulau Pinang 1-4 di Stadium Bandaraya.

Pemain import, Bernard Hugging me mastikan Kedah memperoleh mata ke-53 liga, iaitu kedudukan yang tidak mampu lagi dipintas Selangor menerusi tandukan hasil sepakan sudut pada minit ke-86.

Terdahulu, tuan rumah di depan hasil jaringan Marlon Alex James menerusi sepakan bebas dari luar kotak penalti.Terengganu cuba bangkit dan menemui gol penyamaan pada minit ke-50 menerusi Mohd. Ashaari Shamsuddin.

Peluang Kedah untuk muncul juara lebih awal tanpa perlu menunggu tiga baki perlawanan sememangnya telah diduga sebelum perlawanan ekoran malang yang menimpa Selangor yang dipotong tiga mata, gara-gara bersalah kerana empat pemain mereka pulang awal pada sesi akhir klinik Ian Rush, baru-baru ini.

Namun, tanpa mengambil kira rayuan Selangor ke atas hukuman mereka kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diterima atau sebaliknya, Kedah sah bergelar juara apabila Pulau Pinang meranapkan sisa-sisa harapan Selangor. - Utusan

Ustaz Samarahan :- Banyak kejayaan yang dicapai rakyat kedah nampaknya..

No comments: