Monday, April 7, 2008

MIUP dibubarkan


BUKIT MERTAJAM 6 April - Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) cawangan Pulau Pinang dibubarkan hari ini kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presidennya, Datuk S. Nallakaruppan.


Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasupramaniyam berkata, berikutan itu kesemua 3,500 pengikutnya mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Beliau berkata, pembubaran itu bermakna parti yang ditubuhkan tahun lalu itu tidak mempunyai sebarang cawangan atau bahagian yang mewakili kaum India di negeri ini.


"Keputusan ini diambil selepas beberapa janji oleh Presiden tidak ditunaikan sehingga kini malah kami merasakan beliau telah menyeleweng dana bantuan yang sepatutnya diagihkan kepada setiap negeri," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembubaran MIUP di Pulau Pinang di sini hari ini. Turut hadir kesemua 10 ketua bahagian yang merangkumi 120 cawangan.Beliau memberitahu, keputusan untuk menyertai PKR telah dibuat dan perbincangan telah dilakukan dengan Timbalan Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang, Mohd. Fairus Kamaruddin.Katanya, majlis penyertaan ahli akan dilakukan pada minggu pertama Mei ini dengan disaksikan oleh Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


MIUP ditubuhkan sebagai alternatif bagi kaum India selain memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-12.


Ustaz Samarahan :- aku dah kata...Nalla tu dibeli UMNO...konon nak tarik undi India PKR...

No comments: