Sunday, December 28, 2008

KT: Peluang PAS dan calon bebas...


Dengan mengambil kira keputusan pilihanraya umum Mac lalu, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan sekali lagi peluangnya untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

Mac lalu, calon PAS, Mohamad Sabu kalah tipis di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Razali menewaskan Mohamad yang juga naib presiden PAS dengan 628 undi, sedangkan calon bebas, Maimun Yusuf mendapat 685 undi.

Kali ini, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan peluang parti itu untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Tiga orang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun dan dua orang lagi, iaitu usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Manakala parti serpihan PAS - Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) - telah menamakan bekas pemimpin PKR, Haron Abdul Rahman sebagai calonnya.

'Hilang deposit'

Parti itu nampaknya tidak kisah dengan kegagalan calonnya di Permatang Pauh sebelum ini untuk mendapat undi yang cukup bagi mendapat balik wang deposit.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, ketika dihubungi, melihat pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih menjurus kepada pertembungan PAS dan BN.

"Pertandingan utama masih antara BN dan PAS," katanya sambil menambah parti itu yakin menang walaupun BN telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calonnya.

Katanya, kehadiran calon bebas dan calon Akim tidak akan menjejaskan peluang PAS untuk menang kali ini.

Mustafa yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Pa' dikatakan salah seorang daripada empat individu yang mungkin dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Yang lainnya ialah Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan seorang ahli perniagaan, Dr Mohd Kazani Abdullah.

Syed Azman dikatakan sebagai calon pilihan dan pernah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya 1999. Beliau tewas kepada Razali dalam pilihanraya umum 2004.

Umat Islam dilarang sertai perayaan agama lain: Ulama


KUALA LUMPUR: Pembabitan umat Islam pada majlis tertentu yang ada kaitan dengan agama lain bukan saja boleh menimbulkan syak wasangka malah melambangkan rasa tidak hormat dan ketidakfahaman penganutnya terhadap ajaran Islam yang sebenar.

Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria, berkata perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia sudah jelas bertentangan dengan akidah dan haram hukumnya.

“Tiada sebarang fatwa perlu dikeluarkan kerana ia sudah jelas bercanggah dengan agama,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan seorang pembaca melalui ruangan Surat & E-mel akhbar ini berhubung seorang gadis Islam bertudung menyertai koir sebuah perayaan agama.

“Umat Islam perlu mempunyai pegangan agama yang kuat dan tidak sewenang-wenang mengikuti persembahan yang tiada kaitan dengan agama kita.

“Lebih baik kita faham hukum dengan betul untuk mengelak salah faham. Cukuplah sekadar berziarah untuk mengeratkan hubungan dan mengelak jika ragu-ragu dengan perkara yang kita tidak pasti hukumnya,” katanya.

Pendakwah, Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata umat Islam sepatutnya peka dengan sebarang acara membabitkan agama lain yang ingin mereka sertai kerana ia akan menjejaskan akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama.

“Mungkin sesetengah pihak menganggap pembabitan dalam persembahan agama lain adalah sekadar muzik atau nyanyian semata-mata tapi sebagai umat Islam yang prihatin kita perlu memastikan pengisiannya bimbang jika ia boleh menggugat akidah.

Sementara itu, Pensyarah muzik di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga komposer, Azam Sulong (Azam Dungun), berkata tiada sekatan untuk menyertai mana-mana persembahan muzik di negara ini bagaimanapun sebagai umat Islam seseorang itu perlu bijak membezakan sama ada sesebuah persembahan itu bertentangan dengan akidah atau tidak.

“Pemuzik beragama Islam perlu prihatin terhadap persembahan yang mereka ikuti kerana ia sebenarnya boleh menjejaskan akidah jika ia mengandungi unsur agama atau pemujaan dalam lirik lagu.

“Mungkin jika hanya membabitkan pancaragam atau muzik ia masih boleh diterima tapi adalah lebih baik kita mengelak untuk menjaga sensitiviti budaya dan agama Islam kerana ia boleh menimbulkan kontroversi.

“Jadi pemuzik sepatutnya memahami pengisian lagu, lirik dan tujuan majlis supaya tidak berlaku pertikaian di kalangan orang ramai mengenai ketetapan akidah mereka,” katanya.

Presiden Yakin dapat undi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin pengundi Cina akan menyokong parti itu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan kerana mereka mendapat faedah sewaktu pentadbiran PAS selama empat tahun sebelum ini.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri besar, kerajaan negeri telah menghapuskan cukai taksiran untuk pemilik hartanah.

Bagaimanapun, kata presiden PAS itu, apabila Umno kembali memerintah, cukai taksiran itu dikenakan semula.

Katanya, daripada maklumbalas yang diterima, pengundi Cina tidak suka dengan tindakan Umno itu dan berharap mereka akan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan kempen "Jom sertai PAS" di Dataran Sah Aalam petang tadi.

Turut hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud dan Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Menurut Hadi lagi, pengasas Umno, Onn Jaafar telah bertanding di Kuala Terengganu selepas meninggal parti tersebut.

Katanya, beliau menang apabila pengundi di Kuala Terengganu telah memilihnya untuk mewakili mereka di Parlimen.

Ditanya mengenai perubahan yang mahu dibawa PAS untuk penduduk Kuala Terengganu jika menang dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi mengakui bahawa sumber-sumber parti itu adalah terhad kerana ia tidak lagi mentadbir Terengganu.

"Tetapi kita berharap pengundi akan menghantar satu isyarat yang jelas - bahawa mereka menolak Barisan Nasional dan Umno," katanya.

Salah siapa wujud blog hina Islam

Dalam 2 hari ini umat Islam, khususnya dari kalangan bloggers dan pengunjung internet dikejutkan dengan kemunculan seseorang yang menamakan dirinya sebagai Adibah Ahmad. Blogger yang menggunakan nama tersebut dengan begitu angkuh dan biadab menghina Nabi Muhammad saw dalam blognya dengan makian, sindiran dan kutukan yang sangat menyakitkan hati penganut Islam. Bukan sahaja foto yang kononnya ialah Nabi Muhammad yang dibanding dan dipadankan dengan gambar 2 ekor binatang yang haram di sisi Islam, tetapi terdapat karikatur Nabi dengan gambaran lucah yang memalukan.

Kebiadaban luar biasa blogger itu telah mengundang kemarahan ramai blogger Islam lain. Sebab itu ramai yang memberi komen dalam blog Adibah , kebanyakannya disampaikan secara yang amat kasar. Malah ada blogger yang dengan tegas menyatakan darah penulis biadab itu halal diambil! Apapun, blog yang baru mula beroperasi pertengahan bulan ini itu telah mencapai rekod kedatangan pengunjung yang agak hebat - lebih 3,000 pengunjung telah melawatnya. Secara tidak langsung penghinaan beliau terhadap Nabi telah membantu mempromosikan blog tersebut. Tanpa mempedulikan siapa identiti penulis blog itu, beliau pasti gembira menjadi antara blog yang paling popular dalam tempoh yang singkat hanya dengan mempermainkan sintimen orang Islam!

Pagi tadi (27 Disember 2008), blog Adibah masih beroperasi. Namun petang ini saya dapati blog biadab itu telah dipadamkan. Setakat ini tiada siapa tahu siapa sebenarnya yang menamakan dirinya sebagai Adibah itu, walaupun dalam blognya ada tertera gambar seorang wanita Melayu dengan nombor telefonnya untuk dihubungi. Adakah ia seorang wanita Islam, wanita bukan Islam, lelaki Islam atau lelaki bukan Islam tiada siapa yang tahu.

Dalam dunia siber ini siapa sahaja boleh membikin blognya sendiri dengan menggunakan apa nama sekalipun, sama ada Adibah, Syarifah, Fatimah, Rosmah, atau lain-lain nama, hatta nama binatang yang diharamkan Islam sekali pun boleh dipakai sebagai nick name. Cuma sekarang kita serahkan kepada Pihak Berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis blog itu di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain yang bersesuaian.

Saya dalam hal ini lebih cenderung percaya penulis blog ini bukan Adibah Ahmad yang sebenar. Mana mungkin ada manusia yang memahami sensitiviti orang Islam berani mempromosi gambar dan nombor telefonnya sendiri yang mendedahkan dirinya kepada ancaman penganut Islam lain. Jika penulisnya adalah Adibah yang sebenar pastinya dia seorang yang bukan sahaja berani tetapi sangat bodoh!

Dan petang tadi apabila menatap berita Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri dan polis mengambil tindakan segera terhadap penulis blog itu, saya berasa lega. Saya bertambah lega apabila mendapati blog tersebut telah dipadamkan oleh blogspot berkenaan. Namun dalam hati saya masih tertanya-tanya adakah ini kali terakhir agama Islam diperlekeh dan dihina oleh pihak-pihak yang anti-Islam di negara ini?

Sebelum ini pun begitu banyak kenyataan dan ucapan dari beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin kita yang jelas menghina Islam. Mereka yang menghina Islam tidak perlu menyentuh Nabi, tidak perlu menyebut Allah, tidak perlu melukis karikatur untuk menunjukkan mereka anti-Islam dan menghina Islam. Cukup dengan memperlekeh mana-mana ajaran Islam, termasuk hukum hudud yang sedang hangat dibincangkan sekarang, ia sudah memadai untuk membuktikan seseorang itu sudah menghina Islam. Dan jika orang yang memperlekeh Islam termasuk hukum hudud itu adalah dari kalangan umat Islam, dia sebenarnya sedang menggali lubang yang boleh menyebabkan akidahnya sendiri tergelincir.

Sebagai contoh, cuba teliti ucapan pemimpin-pemimpin kita di bawah ini berkaitan hudud. Adakah anda tidak terfikir ia tidak boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk penghinaan terhadap Islam?

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

7. 'Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur'.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

8. "Hal-hal mengenai keagamaan (Islam), harus dipisahkan dari Sekolah Kebangsaan bagi membolehkan ibu bapa bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (Bekas Presiden Gerakan, Lim Liong Sik, 2007)

Justru, salah siapa jika ada blog yang berani menghina Islam? Jika bapa yang beragama Islam pun berani kencing berdiri, apa nak dihairankn apabila anak-anak yang tidak faham Islam kencing berlari?

http://pendikargunung.blogspot.com

Sunday, December 14, 2008

Lagi Caw. UMNO bertukar jadi Caw. PAS di KEDAH


YAN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak merasmikan penubuhan Pas Cawangan Kepala Bukit, Gurun Jerai, di sini, kelmarin.

Ketua Pas cawangan Kepala Bukit yang baru ditubuhkan tersebut diketuai oleh Lamin Awang.

Azizan dalam ucapannya menyuarakan rasa bangga kerana dalam masa umat Islam sibuk menyambut Hari Raya Korban, penduduk Kepala Bukit berjaya menubuhkan cawangan baru Pas kawasan tersebut.

“Kini cukup sembilan bulan kita (Pakatan Rakyat) memerintah sejak menang dalam pilihan raya umum awal tahun ini, oleh itu kita akan terus memerintah negeri ini supaya dapat membantu semua rakyat dan apa sahaja yang kita lakukan adalah demi pembangunan negeri ini serta tidak akan mengganggu rakyat.

“Kini Kedah mempunyai pelabur dari luar yang ramai, jumlah pelabur semakin meningkat terutamanya di Pulau Langkawi, ini menunjukkan pelabur luar yakin dengan kerajaan negeri ini,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Pas Cawangan Kepala Bukit, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail, wakil kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Shubihi Mohd Zain, Pegawai Khas (Kawasan) kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan, ketua-ketua kampung serta masyarakat Kepala Bukit.

Azizan berkata, beliau akan memastikan tiadanya rasuah dan penyelewengan di negeri ini kerana tidak mahu rakyat ditindas.

“Rakyat di negeri ini bernasib baik kerana mempunyai banyak pekerjaan seperti kilang-kilang di Gurun dan sebagainya, tetapi kerajaan negeri sentiasa memikirkan supaya rakyat di negeri ini akan terus mempunyai pekerjaan supaya ingin mengelak berlakunya pengangguran yang merupakan salah satu penindasan terhadap rakyat.

“Antara perancangan kerajaan negeri untuk menanganinya adalah kita akan memilih rakyat di negeri ini untuk dihantar belajar ke Australia cara penapisan minyak.

“Apabila pulang ke tanah air maka mereka pula akan menurunkan ilmu tersebut kepada anak-anak tempatan di negeri ini supaya menjadi pakar dalam bidang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, selain itu kerajaan negeri sedang membangunkan daerah tersebut, antaranya pembinaan sebanyak 100 buah unit rumah sumbangan individu yang diberikan melalui kerajaan negeri kepada mangsa banjir beberapa tahun lalu.

“Selain itu Pulau Bunting juga akan dibangunkan untuk dijadikan pelabuhan yang menyediakan pengangkutan barang dan sebagainya.

Seluruh dunia akan datang ke Pulau tersebut, seperti dari China dan lain-lain negeri, kemudian kita akan bangunkan resort di sekitar Titi Hayun dengan keluasan kira-kira 18 ekar,” katanya.

Menurut Azizan, apabila pelayar singgah di pelabuhan tersebut, pastinya mereka ingin berehat dan tempat yang sesuai adalah di resort tersebut dan ini akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.

“Kedah juga akan dijadikan “Raksasa Pertanian” di mana negeri ini merupakan salah sebuah negeri di mana rakyatnya pakar dalam bidang pertanian,” kata Azizan.

Katanya, pelbagai permasalahan rakyat juga difikirkan, seperti masalah banjir dan sebagainya.

“Rakyat t memberikan amanah kepada saya untuk memerintah negeri ini dan tanggungjawab tersebut akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“Kerajaan negeri melantik Majlis Ketua Kampung (MKK) sebagai pemimpin di peringkat kampung, jadi segala permasalahan rakyat boleh bertemu dengan ketua kampung masing-masing, dan permasalahan tersebut akan dibawa ke peringkat atasan untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Jabatan KEsihatan negeri sahkan 27 penghidap Chikungunya di Kedah

SUNGAI PETANI 14 Dis. — Seramai 27 orang penduduk Kampung Sungkap Para, Sungai Lalang di sini dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kerana menghidap demam`Chikungunya’.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kedah Dr Shahidan Hashim berkata keadaan mereka semua dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dimasukkan dua hari lepas.

Katanya kampung tersebut merupakan kampung pertama di negeri ini berlaku kes Chikungunya.

“Setakat pagi ini, 27 kes sudah disahkan dengan penyakit ini di Kedah, dan langkah pengawalan sedang giat dilakukan bagi mengelak merebak ke kawasalan lain yang lebih luas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Gotong Royong anjuran Jabatan Kesihatan Sungai Petani dan penduduk kampung berkenaan, hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah pesakit akan bertambah sekiranya, langkah pengawalan tidak dilakukan secepat mungkin.

“Saya meminta penduduk kampung yang mengalami simptom penyakit itu membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku, serta membersihkan persekitaran rumah teruatama tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Shahidan berkata salah satu cara untuk mengekang wabak daripada merebak ialah mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk kemudian terus memusnahkannya tanpa berlengah teruatama pada peringkat awal pembesaran.

“Nyamuk boleh dimusnahkan pada peringkat awal, tetapi jika dibiarkan hingga ke peringkat matang ia akan terbang dan menggigit penduduk seterusnya terbang ke kawasan lain dan berlaku penularan penyakit ini dengan cepat,” katanya.

Walaupun penyakit bawaan nyamuk ini tidak seserius demam denggi oleh nyamuk aedes, katanya namun mereka yang dijangkiti akan menderita sakit sendi dan demam berpanjangan hingga menjejaskan pekerjaan dan pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.

— BERNAMA

Saturday, September 27, 2008

Ulama saran zakat diguna kembali kaedah mazhab syafie

SIK, 26 Sept (Hrkh)- Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini. Iklan

Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Bantuan Makanan Dan Sumbangan Duit Raya Untuk Penduduk Miskin, Warga Emas Serta Ibu Tunggal Dan Pelajar Sempena Ramadan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sik, di sini 14 September lalu.

Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.

Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.

"Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.

"Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri. Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan," terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.

Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.

Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.

Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.

"Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan....itu bolehlah kerajaan nak ambil.

"Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah," ujarnya melanjutkan hujah.

Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).

"Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.

"Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair," terangnya.

Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.

"Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri)," ujar beliau.

Monday, September 22, 2008

Sekitar Angkat Sumpah Anwar Ibrahim






Anwar menang majoriti undi 15,671

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.

Sebaik keputusan diumumkan, ia disusuli dengan sorakan kira-kira 500 penyokong PKR di dalam dewan manakala kira-kira 20,000 di padang berhampiran yang berkumpul sejak jam 5 petang.

Sebanyak 65 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang hujan pada tengah hari merencatkan pengundi keluar mengundi apabila kebanyakan jalan utama ke semua 25 pusat mengundi, dilaporkan sesak teruk.

Beberapa insiden membabitkan kekecohan penyokong pembangkang juga dilaporkan berlaku, termasuk kereta yang dinaiki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol ketika meninjau pusat mengundi, pada sebelah tengah hari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang diwakilinya sejak 1999 bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding semula di kerusi yang disandang sejak 1982.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang buat kali kedua berturut-turut menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888.

Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.

Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi.

Tiga DUN dalam Parlimen terbabit adalah Seberang Jaya yang diwakili Arif Shah sebagai Adun dan mempunyai sembilan daerah mengundi, sembilan di kawasan DUN Permatang Pasir dan 10 di DUN Penanti.

Sementara itu, Arif Shah ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan tetap berkhidmat kepada pengundi di Permatang Pauh meskipun keputusan pilihan raya kecil tidak memihak kepadanya.

Beliau berkata, pendiriannya tetap sama iaitu membela nasib rakyat berbilang kaum di kawasan parlimen itu.

Thursday, August 21, 2008

Semakin kuat Anwar diserang, semakin bertambah sokongan untuknya

Sementara keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh belum diumumkan, eloklah seluruh rakyat Malaysia meneliti bagaimana persembahan media arus perdana di negara ini sejak Dato' Seri Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen pada 2 Ogos lalu.

Tujuannya ialah supaya, mana-mana pihak yang ingin melakukan 'post mortem' terhadap Pilihanraya Kecil Permatang Pauh nanti dapat membuat cerapan yang tepat terhadap keputusan yang dibuat oleh rakyat. Mereka dapat menyaksikan secara langsung sekarang, bukan selepas pilihanraya.

Sejak Wan Azizah melepaskan kerusi Parlimen, belum ada satu hari berlalu di mana Dato' Seri Anwar tidak diserang secara peribadi. Bahkan serangan terhadap Anwar melebihi dari serangan terhadap pihak pembangkang sendiri.

Sewaktu Anwar membayangkan akan bertanding kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, beliau dikecam kerana kononnya ingin menambahkan bilangan ahli keluarganya yang menjadi ahli Parlimen.

"Anaknya Nurul Izzah di Lembah Pantai, isterinya Wan Azizah di Permatang Pauh dan sekarang Anwar pula di Kulim Bandar Baharu. Mereka nak jadikan PKR sebagai parti milik kelurga," ujar seorang pemimpin Umno.

Tiba-tiba Anwar pilh Permatang Pauh. Pun tak betul juga. Kononnya Wan Azizah permainkan mandat rakyat, Anwar pilih kerusi selamat dan itu simbol kasih sayang isteri kepada seorang isteri.

Semua komen berbentuk peribadi itu datangnya dari pemimpin utama BN. Antaranya Dato' Seri Najib, Dato Hishamudin Tun Hussein, Syed Hamid Albar, Shahrizat Jalil, Khairy Jamaludin dan lain-lain. Semua komen yang mereka berikan tidak memberi kesan apa-apa terhadap politik Anwar. Ia cuma menyakitkan hati rakyat.

Sehari sebelum penamaan calon, dunia digemparkan dengan sumpah Saiful Bukhari. Ia dijawab dengan kehadiran 100,000 orang mengiringi Anwar di hari penamaan calon. Umno lebih terkejut kerana yang hadir mengiringi Anwar ialah seorang ulamak besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sukar untuk difikirkan apa jenis manusia yang bernama Anwar ini, semakin diserang dan ditelanjangi maka semakin kuat pula sokongan untuknya.

Kata Tun Dr Mahathir, Anwar kalau bersalah macam mana pun seluruh dunia akan percaya cakapnya kemudian. Cakap bekas Perdana Menteri itu celupar dan irihati. Tapi itu pengalaman benar yang dilaluinya.

Orang ramai lebih percayakan Anwar dari Dr Mahathir, Abdullah dan Najib. Dr Mahathir ikhlas dalam komennya bahawa BN tidak mungkin mengalahkan Anwar dalam pilihanraya kecil ini. Dia lebih perit berhadapan dengan Anwar sehingga menjadi hina di kalangan rakyat.

Merdeka Centre yang terkenal dengan analisis politik berasaskan kajiselidik. Mereka telah mendedahkan bagaimana pihak pembangkang mendapat peningkatan sokongan di saat-saat akhir menjelang hari mengundi selepas Anwar diserang.

Sekarang jika BN memilih untuk membelasah Anwar habis-habisan, mereka sudah boleh menduga apa yang perlu diisi dalam post mortem selepas kelahan mereka dalam pilihanraya kecil nanti. Tentulah antara sebab utamanya ialah kerana menyerang Anwar secara peribadi dan keterlaluan.

Tapi apa pilihan yang ada pada BN jika tidak menyerang Anwar? Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukanlah untuk memilih seorang wakil rakyat sama ada dari Pakatan Rakyat atau BN.

Tetapi lebih kepada, untuk menghantar Anwar Ibrahim ke Parlimen bagi melaksanakan misi nasionalnya manakala di pihak BN pula, ialah untuk menggagalkan usaha tersebut. Jika BN menyerang peribadi Anwar, mereka kalah undi. Jika BN tidak serang Anwar, mereka akan kalah moral dan undi pun belum tentu. Tentulah pilihannya menang moral. Biar kalah tapi hati puas.

Sehingga rencana ini ditulis, belum terdapat satu analisa dari mana-mana pihak yang memberi kemenangan kepada calon BN, sekalipun dari Bilik Gerakan BN sendiri. Sebuah akhbar harian yang melakukan pungutan pendapat dari pengundi mendapati sokongan terhadap Anwar dan BN ialah 80:20!

Kita berharap angka analisis mereka tidak berubah hingga ke saat akhir.

Sekitar Penamaan Calon Parlimen Permatang Pauh

Selamat Datang Ke Permatang Pauh...
Antara "kawan lama" yang hadir...
FRU yang siap siaga...

YAB Lim Guan Eng turut hadir...

Penyokong BN yang "cukup ramai"

Penyokong Pakatan Rakyat yang "sedikit"

Bersama penyokong setia...

Selepas menghantar borang pencalonan...

Mungkin mereka ingat akan berlaku kacau bilau...?

Dua Lim yang hadir..


3 ketua negeri yang hadir memberi sokongan...

Wednesday, August 6, 2008

Anwar dituduh meliwat esok

Polis menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 10 pagi esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini. SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos


Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.


Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan yang menunggu di ibu pejabatnya di Putrajaya, pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.


Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya. Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.Ab Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.


MALAYSIA KINI






10 PENYELEWENGAN BESAR DALAM KES ANWAR


Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.


1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat.

Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Tuesday, August 5, 2008

Kesejahteraan keluarga adalah kekuatan negara


BANDAR BAHARU,5 Ogos (Hrkh) - Kesejahteraan keluarga adalah faktor utama yang menjamin kelangsungan masyarakat dan kerajaan serta kekuatan bagi sebuah negara. Demikian pertegasan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar Kedah Bersama Pegawai-pegawai Kerajaan dan Orang Ramai Daerah Bandar Baharu di Dewan Sri Serdang di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelaksanaan Program Baiti Jannati di daerah itu.Terang beliau, Baiti Jannati bermaksud 'Rumahku, Syurgaku' di mana syurga rumah tangga itu ialah kewujudan sebuah rumah tangga yang penuh dengan kedamaian, kasih sayang dan kemesraan.

"Untuk itu, selain memberi perhatian pembangunan fizikal, kita juga akan memberi tumpuan membimbing rakyat untuk hidup bahagia dan sejahtera," ujarnya menyatakan komitmen Kerajaan Negeri.

Menurut Ustaz Azizan, tidak ada maknanya mempunyai pendapatan tinggi dan wang yang banyak tetapi tidak dapat hidup dalam keadaan stabil, tidak harmoni dan bahagia.Oleh itu katanya, pembangunan fizikal dan kesejahteraan rumah tangga perlulah seimbang agar segala gejala tidak sihat yang memeningkan banyak pihak dapat dihindari.

Mengulas mengenai permohonan perumahan yang tinggi bagi daerah itu, Ustaz Azizan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri menerima permintaan dari pelbagai pihak untuk membangunkan daerah itu.Ujarnya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga telah berhubung dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek perumahan.

"Kita perlu kaji dari pelbagai sudut. Kita tidak mahu bila kita membangunkan kawasan ini, penduduk kita terlepas ke tepi," jelasnya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sememangnya telah meminta SPNB memberi tumpuan ke Daerah Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling.Terang beliau, daerah-daerah itu memiliki banyak tanah untuk dibangunkan tanpa menjejaskan perancangan ekonomi pertanian rakyat.

"Rumah yang disediakan mungkin murah, tetapi infrastruktur dan persiapan prasarana yang perlu kita sediakan terlalu tinggi. Oleh itu kita masih berunding dengan pihak-pihak berkenaan," jelas beliau.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Ustaz Yaakub Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan / Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri), Dato' Bashiruddin Abdul Jamil, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Annuar Md Nor dan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib. - mks.

MB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BELGIUM

ALOR STAR, 29 Julai 08 - Kerajaan negeri tidak henti-henti menerima kunjungan hormat dari para diplomat asing .Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Azizan Abd Razak menerima kunjungan dari Duta Belgium di Malaysia, Encik Frank Leo Maria Van de Craen. Beliau yang baru pertama kali datang ke sini, mengucapkan tahniah kepada orang kanan kerajaan negeri dan menyatakan perasaan bangga beliau dengan pentadbiran baru Menteri Besar Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak.
Pertemuan selama 25 minit itu merangkumi penjelasan tentang projek-projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.YAB Dato' Seri Azizan memberi jaminan kepada Encik Frank bahawa semua projek yang akan dilaksanakan dalam negeri ini tidak akan menjejaskan alam sekitar.Mereka juga berbincang mengenai peluang-peluang pelaburan antara kedua pihak.

PAS kerjasama dengan KeADILan, DAP bantu Anwar


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.

"Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh," katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan peletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Dato' Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail. Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.

BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.

Anwar sebelum ini tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kerana dikenakan hukuman penjara enam tahun akibat tuduhan salahguna kuasa sekaligus satu sekatan berpolitik telah dikenakan ke atas beliau selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Bagimanapun sekatan bergiat aktif dalam aktiviti politik (termasuk bertanding dalam pilihn raya) telah tamat April lalu dan beliau boleh aktif semula dalam kegiatan politik. - mks._
HARAKAH DAILY

Saturday, May 17, 2008

Maaf

Assalamualaikum wtb..

Makluman kepada sahabat2 yang berziarah..blog ini sedang diselanggara.. akan aktif dengan beberapa pembaharuan di hujung Mei ini InsyaAllah..

Terima Kasih atas sokongan anda..

Sunday, May 4, 2008

Hari Pertama


Hari ni, 30 April 2008, hari mula persidangan. Hari yang penuh sejarah dimana sidang dimulakan dengan soal jawabm tetapi punya nya banyak point of order yang dikemukakan oleh YB , maka hanya sempat 3 soalan saja yang dikemukakan, itupun soalan tambahan haya dibenarkan 1 saja setiap soalan.
Kebiasaan sepanjang 4 tahun ada dalam dewan, ada sampai 3 soalan tambahan boleh dikemukakan. Speaker pun nampak begitu gelisah hari ini. Banyak yang menghadapi kekeliruan terhadap keputusan peraturan mesyuarat kerana SU dewan telah mengemukakan satu usul tetapi dipinda kepada orang lain yang akan bawa usul tersebut tidak sampai 14 hari, yakni usul menjunjung kasih kepada YDP Agong.
Mula diusulkan akan dibawa oleh Muar, tetapi tiba-tiba tak sampai 14 hari oleh ahli biasa atau 7 hari oleh jemaah menteri, ia dipinda kepada usul yang dibawa oleh Kulai pula, maka ahli YB dari Kuala Krai terpaksa memberikan jalan penyelesaian kepada YDP untuk menggunakan peraturan mesyuarat 99A agar perbahasan dapat diteruskan.Satu masalah lagi ujud dalam pembahagia soalan, dimana komposisi sekarang YB BN adalah 77, YB PR adalah 82, maka soalan harian sepatutnya adalah mengikut 1:1 , setiap satu dari BN diikuti oleh satu dari PR.
Maka inilah perkara yang diharap dapat diperbetulkan oleh SU dewan dan YDP dewan.Satu usul tergempar dibawa oleh YB Kubang Kerian mengikut peraturam 18 (1) ditolak oleh YDP berhubung pengembalian royalti minyak kepada kerajaan Terengganu yang mana walaupun sudah masuk mahkamah, tetapi tidak pernah ada progress. Selepas sidang pagi, diadakan sidang akhbar untuk menghapuskan ISA, dimana memo diserahkan kepada Ketua Pembangkang, YB dari Permatang Pauh. Satu sejarah negara dimana ketua pembangkang adalah seorang wanita.
Catatan Santai dari YB Dr Hayati Othman (MP Pendang)

MABRUK


Mutaakhir ini saya dapati kenyataan dan pandangan Dr. Asri dalam pelbagai isu bukan sahaja menarik perhatian umum tetapi dilihat lebih berani dan tegas . Malah kenyataan atau tulisannya semakin jelas tanpa selindung dan berkias.

Kenyataan dan ulasan isu semasa diatas kapasitinya sebagai Mufti kerajaan negeri pasti sahaja besar nilai dan tinggi harganya kepada masyarakat khasnya ummat Islam .

Suatu yang membuatkan saya gembira ialah apabila muncul mufti yang berani bersuara sedang negara kita sejak sekian lama agak sepi dari kelantangan suara mufti sebagai sebuah institusi besar dalam hal ehwal Islam dan ummatnya.

Dr. Asri kini berada di posisinya yang tepat setelah ia bersuara dalam usaha menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran .

Saya masih ingat , beberapa ketika sebelum beliau menerima jawatan mufti dengan meninggalkan tugas asal beliau sebagai pensyarah di USM , beberapa kali saya cuba menasihati beliau agar tidak menerima jawatan mufti tersebut. Peringkat awal saya dapati beliau juga agak sukar untuk menerima jawatan tersebut namun akhir beliau tetap menerima jawatan tersebut dan mendapat sokongan yang agak kuat terutama dari warga ahkam.net .

Saya tidak bersetuju bukanlah kerana faktor peribadi tetapi bimbang beliau terperangkap dalam jawatan yang hanya membawa beliau menjadi ulama' upahan atau ulama' bisu yang jaamid .
Kebimbangan saya berasaskan realiti yang menimpa institusi agama dalam negara kita sejak sekian lama. Sungguh saya tidak mahu melihat sahabat saya seperti Dr. Asri turut terjebak dalam musibah tersebut .

Sepanjang penggal yang lalu dikala Dr. Asri menjawat jawatan mufti ini, memanglah meresahkan saya malah sebahagian daripada ummat Islam . Kehadhiran beliau , kenyataan dan tulisannya sering menimbulkan kontraversi . Bahkan saya beberapa kali turut memberi respon samaada tidak setuju atau sebaliknya terhadap kenyataan dan tulisan beliau .

Sikap cenderung kepada kerajaan membuatkan saya jauh hati dengan Dr. Asri yang satu ketika dulu pernah menjadi sahabat baik saya . Namun saya terus mendoakan beliau agar senantiasa mendapat bimbingan Ilahi.

Pertikaian dan perbezaan pendapat antara saya dengan beliau dalam beberapa isu hanyalah berasaskan perbahasan ilmi bukan pertelingkahan peribadi .

Perkembangan mutaakhir ini membuatkan saya gembira biarpun rasa bimbang masih menyelubungi diri kerana saya tidak pernah percaya kepada kerajaan yang namanya Barisan Nasional termasuklah seluruh institusi di bawahnya selagi Barisan Nasional tidak meletakkan Islam sebagai asas dan dasar perjuangan , kepimpinan dan pemerintahannya.

Sekali lagi saya ucapkan mabruk buat Dr. Asri agar terus konsisten dengan semangat beliau berasaskan ilmu untuk memperjuangkan yang hak sekali gus menentang kebathilan biarpun ia dipihak kerajaan yang memerintah .

Mufti Perlis kritik program hiburan melampau 'ala zoo' dalam khutbah

KANGAR, 2 Mei (Hrkh)- Jika sebuah pemerintahan negara itu boleh diubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat, mengapa tidak sebuah program hiburan yang tidak berprinsip juga diubah dengan kuasa rakyat, demikian intipati khutbah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Katanya, artis membawa budaya yang melampau, bercanggah serta merosakkan bangsa dan budaya Melayu, juga sering mengakibatkan penonton-penonton menjerit-jerit seperti dalam zoo adalah bertentangan dengan agama.

Semasa berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi, Asri menyentuh tentang program Jom Heboh di Perlis yang sibuk diperkatakan apatah lagi beliau sendiri menyatakan bantahan sekiranya program tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.

"Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.

"Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan," katanya memberikan perumpamaan.
Katanya, setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had.

"Semua semua perkara ada 'rights and limits', ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan. Kita terkejut bila diiklankan ada artis yang dikenali bermasalah akan datang. Kita menegur bukan kerana beliau membuka baju tapi gelagatnya yangg berterusan. Kita mahu ada misi ada kejelasan.

"Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu identiti.

Tapi dalam masa yang sama kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka," tegasnya.

Asri juga melihat betapa buruknya apabila hiburan yang dicontohi dari barat dibawa ke dalam minda anak-anak muda di negara ini.

"Artis di Barat menjerit-jerit dan melompat-lompat, jeritan dan lompatan itu menghasil wang yang banyak untuk menyara mereka dan jadikan manusia seperti kita menjadi pengikut, maka kita menjadi hamba kepada media.

"Tetapi jeritan artis dan remaja kita hanya yang didengar ialah tentang isu, cerita keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

"Kita bercakap tentang kemajuan, adakah remaja kita tidak maju kerana tidak tahu melompat atau menjerit? Maka kita tak dapat menerima artis rock di negeri ini, hiburan kita berperaturan kita tak dapat terima unsur khurafat, campur gaul yang melampaui batasan, pendedahan tubuh dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak dapat membezakan waktu solat.

Sebelum ini kedengaran muzik dan bunyi-bunyian mengatasi suara azan. Kita telah banyak dicandukan dengan hiburan seperti ini setiap kali ada pesta hiburan yang meruntuhkan moral anak-anak kita," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang pembabitan anak-anak orang Melayu/Islam yang ramai setiap kali berlangsungnya pesta hiburan.

"Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda yang kering-kontang adalah anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam.

"Keruntuhan moral, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai-bagai lagi disebut sedangkan negara ini semakin hari semakin dikutip dan direbut oleh orang lain. Alangkah buruk dan bodohnya generasi ini jika mereka terus dibiarkan tenggelam dalam hal yang sedemikian.

"Kita bukan ekstrimis agama atau anti hiburan tapi kita mahu melihat generasi ini maju ke hadapan dan demikian tanggungjawab kepimpinan orang Islam mestilah berfikir untuk memajukan umat mereka," serunya.

Asri turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak agar tidak terbabit dalam Festival Jom Heboh di Perlis sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan.

"Jika tidak menurut peraturan, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sama. Allah Taala mengingatkan 'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.

"Jika mematuhi aturan, bolehlah pergi melawat pameran atau hiburan yang tidak melampau.

Tapi jika tidak patuh, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan unsur-unsur ini tidak meyusup masuk ke jiwa anak-anak.

"Jangan fikir kita sebagai ibu bapa siapalah kita untuk menghalang suatu program yang besar, tetapi hendaklah fikir kitalah yang bertanggungjawab dan memikul amanah.

"Jika pilihanraya yang membabitkan mengubah pemerintahan negara boleh dibubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat apabila setiap orang merubahnya, demikianlah juga hiburan, apabila ianya tidak berprinsip, ianya boleh diubah dengan kuasa rakyat," katanya lagi

Adun DAP Bachang dakwa ditendang polis

MELAKA, 4 Mei (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Bachang, Lim Jak Wong (DAP), mendakwa dikasari dan ditendang oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, dikakinya sehingga terjatuh ketika ditahan di lokap Balai Polis Melaka Tengah pada 1 Mei lalu.

Sedangkan, tangan beliau ketika itu telah digari ke belakang menyebabkan dia jatuh terduduk di lantai dan tercedera, sebelum itu beliau yang dalam keadaan bergari telah ditolak ke palang besi lokap dengan kuat oleh OCPD Johari sambil mengatakan,"kamu ingat DAP sangat besar ke".

Sehubungan dengan itu, Lim telah membuat satu laporan polis sejurus selepas dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM 2,000 mengenai insiden itu pada pukul 5.10 petang di balai polis yang sama supaya satu siasatan dapat dibuat ke atas keganasan yang didakwa dilakukan oleh OCPD itu.

Menurut Lim, beliau telah ditahan, digari dan diganasi oleh pihak polis tanpa dijelaskan mengenai kesalahan yang telah dilakukan dan kemudian memasukkannya ke dalam lokap serta mengarahkan beliau memakai baju lokap.

"Saya begitu kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas saya yang merupakan wakil rakyat bagi kawasan itu, kalau seorang wakil rakyat mereka boleh bertindak ganas macam-mana rakyat biasa boleh selamat dari keganasan mereka.

"Kita akan ambil tindakan dengan mengkaji dari sudut undang-undang, tengok macam-mana melalui peguam kita dan kemudian kita akan bawa perkara ini ke tengah," kata beliau.

Pada 1 Mei lalu seorang ahli Parlimen dan dua orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Goh Leong San ditahan polis ketika membuang skru bersama 30 orang penduduk di tapak projek menara pemancar komunikasi yang telah dibatalkan kerana membahayakan keselamatan orang-ramai.
BN ketika dalam kempen pilihan raya telah mengumumkan bahawa tiga projek menara pemancar iaitu 2 di Taman Kota Laksamana dan satu di Kampung Lapan telah dibatalkan berikutan bantahan daripada penduduk setempat dan kerajaan negeri telah bertindak mencabut kembali tiang pemancar itu.

Tetapi selepas pilihan raya kerajaan negeri memasang kembali dua menara pemancar di Taman Kota Laksamana pada sebelah malam dan ini menyebabkan penduduk Kampung Lapan membuat keputusan membuang skru di tapak projek tersebut kerana bimbang mereka juga akan ditipu.

- Harakahdaily..

p/s-wah, makin samseng polis sekarang ya..tendang dan pukul orang yang bayar cukai..

Thursday, May 1, 2008

Penangan Lampu Hijau


Perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB (Gambar Hiasan-Keluarga Fitri UNIC)


Assalamualaikum,

Artikel ni di ambil dari syabab, sesuai jadi peringatan bagi diri ku, cuba nak minta izin, tp internet low..jadi kemudianlah..janji ada peringatan..

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Salam. Ingatkan semalam nak update. Tapi takde internet pulak. Ni nak kongsi sikit ttg satu perkara. Penyakit baru yang timbul di kalangan pelajar perubatan baru-baru ni. Berlaku bulan lepas dan semakin rancak menjelang exam.



Rasa Nak Kahwin

Predisposing Factor:

1- Ada kawan2 sekeliling yang dah bertunang @ berkahwin

2- Ahli beyt dah mula kemas barang sbb nak pindah duduk rumah baru. Katanya nak kawen

3- Parents bg lampu hijau

4- Org lain ada awek tp yg die ni takde awek.

5- Asek dengar org sembang bab kawen

6- Asek mimpi akad nikah



Tanda-tanda:

Asek termenung sorg2Dalam buku@nota penuh dgn ayat2 jiwang dan gambar loveTersenyum dan tersengeh bile tgk cermin tanpa sebabSetiap 5 minit, perkataan kahwin@isteri@suami akan terpacul dr mulut



Complications:

Locally spread to kawan serumahWidely spread to others/komuniti



Treatement:



The Only penyakit yang tidak memerlukan kepada drugs therapy. Just NON-DRUGS THERAPY ONLY.



1- Sediakan cermin yg besar- tgk diri dari muka sampai kaki dan tanya pada diri. Layak ke aku nak kawen dgn keadaan diri aku camni? Tgk atas ke bawah. Ulang 3 kali. Pastu tnya kawan bilik sebelah pulak soalan yg sama.

2- Ingat pesan ni: “Kahwin ni 6 bulan je nak seronok2 pon, selebihnya adalah tanggungjawab”



3- Jangan asek pikirkan perkara yg seronok pasal kahwen. Cube berkembang sikit. Pikir yg lebih dr itu. Yang susah tentang kawen. Cth:

- Setiap kali barang rumah abes aku la yg kena beli.

- Setiap minggu aku yg kena pi pasar

- Duet rumah,letrik, air,gas aku kena bayar

- Tiap2 ari aku kena masak utk laki aku (isteri)

- Kang dapat anak kena spend duit utk anak2 pulak

- Kalu takde duet nak makan ape? Pasir@ timun goreng tiap2 hari? Mampukah?

- Jgn la asek gune ayat2 sebegini terutamanya lelaki: “kalu aku kawen nnt ade org jage makan minum, tlg kemas bilik, tempat tidur dll. Sian la bini tu kwn2.Pikir2 la utk tlg ringankan kerja die gak ye ” Maksud saya kat sini, kita kenalah belajar kemas2 bilik pas tidur, belajar masak sedap2. Sapu sampah ke ape ke. Baru bahagia kan bila kawen nnt?Takde la dok harap kat bini je buat sumer bende tu..



4- Ajak kawan2 ubah topic perbualan dari bab kawen, wanita, suami dll ke perkara yg lebih bermanfaat. Cth: Isu Palestin. Cara nak kuat hafalan dll



5- Bina peribadi yg kuat. Kalau nak isteri solehah, kita kena soleh dulu. Kalu nak yg penyayang, kita kena sayang org lain dulu. Kalau nak yg penyabar, kita kena kurangkan marah dulu. Kalau nak yg sentiasa ceria, kita kena banyakkan senyum dulu. Kalau nak yg cantik, kita kena hensem dulu?? Cantik dan hensem itu adalah bonus ye kwn2. Bukan matlamat utama. Allah tak tgk pada rupa paras kamu, tapi Allah nilai pada hati kamu. (cth vs if women)



6- Sembang dan tanya pada org yg lebih berpengalaman. Cth: Mak ayah. Abg kakak. Atok nenek. Pakcik makcik. Moyang. Opah dll.



7- Kalau dah tak mampu rasanya TIDUR adalah jalan penyelesaian terbaik kot. Biasanya lepas tidur ni org dah tak pikir2 apa2 masalah dah. Kalau bangun pun still terfikir lagi. Dlm mimpi pon same, alamatnya mmg dah sampai seru dah la tu.



Pesanan dari diri ini:



1- Cinta itu buta.

Membutakan manusia yg hakikat mampu melihat. Apabila dibutakan mata oleh cinta, semua perkara buruk turut dilihat baik. Maka, tusukan jarum si Syaitan durjana akan mula menikam perlahan2.



2- Jgn la menggatal nak guna istilah Islamic couple.

Itu semua bohong sgt la. Cth yg selalu kite dgr pasal Islamic kapel ni camni la kot.“Awak dah bace mathurat?; Harini baper juzuk ngulang quran?;Solat jemaah kat masjid tak arini?; Kerja yg saya bagi awak dah siapkan? Kalu letih biarkanlah dulu. Saya takut masa ibadat awak terabai pulak nnt..; Kang pukul 4 pagi kejutkan saya bangun ye..kite qiam same2..awak miscall saye..”

Nampak mcm Islamic kan? Inilah cara tusukan syaitan utk golongan yg ada asas agama.



3- Serahkan hati dan cinta pada Allah.



Allah takkan zalim nak biarkan kita mencintai dan dicintai oleh org yg tak sepatutnya. Silapnya segelintir antara kita bile dah mula menyerahkan perasaan cinta tu sebelum tiba masanya. Maksudnya sebelum ikatan sah melalui pernikahan.



Tu yang memasing mula angau.Menggelabah. tak keruan. Pastu dah mule la panggil abg-sayang, abi-umi, mama-papa. Ape lg? Ntah la. Sebut sndiri. Alangkah bagusnya kan kalu kita guna istilah2 disebutkan dalam keadaan kita dah ada hubungan suami-isteri dgn si dia? Nak ke kite tgk anak2 kite nnt buat perkara jahiliah yg sama kita buat ini? (sekiranya ada)



4 - Kurang2kanlah sembang bab2 perempuan@ lelaki bile bertemu@berkumpul ramai2.



Takde faedahnye. Gejala ni agak kritikal. Kalau kat depan perempuan@laki jalan tunduk sampai terlanggar tiang. Terpaling tgk muke pun dah rase macam dah berdosa.Tapi kalu kat blkg sembang gelak, kutuk, gosip lainan jantina sakan. Padankan org itu org ini. Siap bukak frenster grab gambar dll.(cth vs if women) Ade tak kwn kite yg camni? Sudah2 la tu kot. Pesanan utk diri ini juga.. Jgn jadi hipotalamus!



5- Berkahwin itu adalah segala-galanya tentang TANGGUNGJAWAB.



Kalu rasa mcm diri masih tak bertanggungjawab lg eloklah mula membina sifat itu mulai detik ini sebelum terlambat.



6- Allah ciptakan nafsu bukan utk kita turuti.



Allah ciptakan nafsu tu sebenarnya utk kita kawal. Jgn silap. Tu sebab jihad yg paling adalah memrangi hawa nafsu kan?



7- Pesanan saya utk kaum Adam :



Saat kehancuran hati seorang lelaki adalah apabila cinta seorang wanita telah masuk ke dalam hatinya sebelum dia mendapat cinta Allah. Anda dan saya bagaimana?8- Istikharah bila rasa dah tiba masanya. Tak rugi org yg beristikharah kan? Moga ilham dari Allah itu menjadi keutamaan dlm membuat pilihan. Sekian.



Takut kata-kata memakan diri sendiri. Mungkin sekarang mampu menjaga diri sendiri. Takut nanti-nanti selepas ini perkara sebaliknya berlaku. Sape yg tahu kan? Cinta itu buta…Moga Allah permudahkan jalan kita dan menjaga diri dan cinta kita dgn sebaiknya. Serahkan hati pada Allah.. Allah akan serahkan hati kita pada org yg akan menjaganya dgn amanah. InshaAllah.

Nota: Saya mengubah lampu hijau kepada lampu kuning dahulu. Kuning maknanya sedia. Dan saya harus bersedia utk si dia. Jgn disia-sia hidup utk sesuatu yg belum pasti. Bila berada di lampu kuning, boleh jadi saya menjadi lampu merah (saya mati) atau bertukar ke hijau kembali (bila tiba waktunya). Perjalanan saya masih jauh..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat sahabatku di perlembahan nil..syukran atas peringatan yang menusuk kalbu dan jiwa ni..dah hampir 3 tahun tak berjumpa..harap kita punya jodoh untuk berjumpa lagi..tidak di bumi Allah yang fana..di Bumi Allah yang abadi..

Monday, April 28, 2008

Sabotaj, undi rosak: Analisis dangkal?

Laporan telah dikeluarkan berhubung tindakan sabotaj oleh ahli BN, berdasarkan jumlah undi rosak di kawasan-kawasan tertentu pilihan raya. Di bawah nanti ada senarainya.Bagaimanapun, kita begitu sangsi dengan analisis seperti ini kerana keputusan pilihan raya 2004 juga boleh dikatakan ada sabotaj kalau mengikut hujah perkiraan undi rosak (antaranya):

Parlimen Sik: Undi rosak 1,287 (BN menang 319 majoriti), lebih banyak berbanding 2008 (505 undi)
DUN Jeneri: Undi rosak 280, lebih banyak berbanding 2008 (251 undi).
DUN Tanjong Dawai: Undi rosak 643, lebih banyak berbanding 2008 (618 undi)
DUN Bukit Payung: Undi rosak 152, lebih banyak berbanding 2008 (130 undi)
DUN Simpang Empat: Undi rosak 133, lebih banyak berbanding 2008 (82 undi)
DUN Maharani: Undi rosak 373, lebih banyak berbanding 2008 (354 undi)Analisis ini (undi rosak dan sabotaj) dilihat sangat dangkal dan goyang.(Takut ada yang bersoal: Adakah hanya untuk menyelamatkan populariti Pak Lah, maka ahli BN sendiri disasarkan sebagai kambing hitam?)

Kita boleh terima faktor sabotaj ini kalau hujah undi rosak tidak boleh disangkal. Kita kurang yakin atas sebab beberapa kawasan sabotaj yang dinyatakan di bawah, jumlah undi rosaknya tidak begitu jauh beza jika dibandingkan pada 2004, antaranya:

Parlimen Ketereh: 751 (900 undi rosak pada 2008)
Parlimen Padang Terap: 693 (770 pada 2008)
DUN Bukit Lada: 305 (395 pada 2008)Sedikit peralihan jumlah undi rosak, bolehkah membuktikan ahli BN mensabotaj, sekaligus sebagai hujah BN kalah?
********************

Berikut merupakan kawasan pilihan raya yang dikatakan telah disabotaj oleh ahli BN berdasarkan perkiraan undi rosak:

Kedah


Parlimen Padang Terap: Undi rosak 770 (kalah 369 majoriti)
Parlimen Sik: Undi rosak 505 (kalah 481 majoriti )
DUN Bukit Lada: Undi rosak 395 (kalah 208 majoriti)
DUN Jeneri: Undi rosak 251 (kalah 169 majoriti)
DUN Tanjong Dawai: Undi rosak 618 (kalah 79 majoriti)

Perak

DUN Lubok Merbau: Undi rosak 150 (kalah 72 majoriti)
DUN Teja: Undi rosak 367 (kalah 175 majoriti)

Selangor


Parlimen Kuala Selangor: Undi rosak 894 (kalah 892 majoriti)
Parlimen Hulu Selangor: Undi rosak 1,466 (kalah 198 majoriti)
DUN Sekinchan: Undi rosak 317 (kalah 190 majoriti)
DUN Bukit Melawati: Undi rosak 484 (kalah 297 majoriti)

Terengganu


DUN Ladang: Undi rosak 285 (kalah 31 majoriti)
DUN Bukit Payung: Undi rosak 130 (kalah 115 majoriti)

Johor
Parlimen Bakri: Undi rosak1561 (kalah 722 majoriti)
DUN Maharani: Undi rosak 354 (kalah 158 majoriti)

Lain-lain
Parlimen Wangsa Maju (Kuala Lumpur): Undi rosak 357 (kalah 150 majoriti)
Parlimen Ketereh (Kelantan): Undi rosak 900 (kalah 400 majoriti)
Parlimen Kota Kinabalu (Sabah): Undi rosak 326 (kalah 106 majoriti)
DUN Ampangan (Negeri Sembilan): Undi rosak 236 (kalah 165 majoriti)
DUN Simpang Empat (Perlis): Undi rosak 82 (kalah 53 majoriti)

Keris tidak lagi dijulang tapi keangkuhan masih ada pada Umno - Anwar

SHAH ALAM, 27 April (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato' Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

"Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno," katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

Misalnya kata beliau, dalam ulasan isu ternakan babi di Selangor dan ulasan mengenai ketuanan Melayu kononya orang Melayu sudah bangkit dan marah.

Keadaan ini katanya memberi makna sentimen keangkuhan masih kukuh dalam Umno yang tidak boleh lagi diterima oleh rakyat negara ini.

"Langkah menyatakan minta maaf itu amat kita alu-alukan tetapi perkara ini harus diambil serius terutama sentimen dalam Umno iaitu menjulang keris," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Hishamuddin yang meminta maaf dan mengakui perbuatan menjulang keris Panca Warisan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya lalu.

"Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

"Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, Anwar turut melancarkan dua buah buku tulisan Allahyarham Rustam 'Failed Nation?' dan 'Concerns Of a Malaysian Nationalist' yang diterbitkan oleh Strategik Information and Research Development Oganized (SIRD).

Program yang bermula jam tiga petang itu turut memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang rapat dengan Allahyarham Rustam untuk memberi ucapan antaranya, Dr Syed Hussein Ali, A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Noraini Othman.

Mereka masing-masing menceritakan pengalaman dan detik-detik manis sepanjang mengenali Allahyarham Rustam bermula sewal beliau masih kanak-kanak hingga dewasa ketika bersama-sama arwah ayahnya iaitu Ahmad Boestaman.

Majlis bertambah sayu apabila, kedua anak Allahyarham iaitu Azrani dan Aryani diberi kesempatan berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin yang terdiri daripada rakan taulan serta peminat Allahyarham.

Bacaan al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham oleh mereka yang hadir dan diikuti bacaan doa buat beliau agar rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. - mns

222 Ahli Parlimen angkat sumpah pagi ini

KUALA LUMPUR: Seramai 222 Ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum lalu, pagi ini akan mengangkat sumpah di Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Proses mengangkat sumpah dijadual bermula jam 10 pagi dan sebaik selesai, usul memilih dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan dijalankan. Mereka yang merebut satu daripada dua jawatan ialah Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi DAP yang bersaing dengan dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.

Pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, 140 ahli Parlimen mewakili BN manakala 82 membabitkan pakatan parti pembangkang. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Malaysia Ke-12, esok.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat kali ini akan bersidang selama 16 hari.

-Berita harian

Maaf

Assalamulaikum...
Buat semua pengunjung Islam Itu Bersih.. Maaf..tak sempat update sangat..Berada dalam keadaan yang perlu ana berikan prioriti yang lebih penting dulu. Bakal operasi semula dalam tempoh sehari duan nanti..

Tuesday, April 22, 2008

Kedah tidak akan bertahan


"KAMI tidak akan bertahan sebaliknya akan terus melancarkan serangan."

Itu amaran ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah kepada pasukan Melaka menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Star malam ini.

Walaupun skuad Kenari mempunyai kelebihan agregat 4-1 hasil kemenangan pada perlawanan pertama, namun pengendalinya tetap akan membariskan kesebelasan terbaiknya dalam usaha menyekat kemaraan lawan.

Menurut Azraai, dia tidak mahu pemainnya bermain secara bertahan pada perlawanan tersebut kerana percaya lawan mampu untuk bangkit mengejutkan pasukannya.

"Memandangkan kebanyakan pemain telah pulih daripada kecederaan saya akan menurunkan kesebelasan utama yang mantap pada perlawanan ini.

"Cuma Victor Andrag dan Syafiq Jamal sahaja yang masih belum pulih sepenuhnya, tetapi nama mereka mungkin akan disenaraikan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya lagi, jika pasukannya berada dalam kedudukan selesa selepas separuh masa pertama, dia mungkin memasukkan pemain muda pada babak kedua.

Jelas Azraai, dia akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memberikan pendedahan kepada barisan mudanya.

Dalam pada itu, Azraai turut mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang mudah keupayaan lawan.

"Mereka (pemain) perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mempertahankan kubu daripada dibolosi lawan.

"Saya mahu semua pemain terus mempamerkan aksi terbaik bagi merealisasikan impian melangkah ke pusingan separuh akhir," katanya.