Sekadar untuk mendapat maklumat mutakhir dan sahih, saya berusaha untuk bertemu dengan YB Zulkifli Noordin di Kuala Lumpur. Temu janji yang telah di tetapkan pada hari Selasa jam 8.30 pagi telah di tunda lantaran pesanan ringhkas YB yang berbunyi.." A'kum sheh..pagi ni x dpt jmpe sbb aku kna pegi Mahk Raub ade client nk kna charge plk. Kite tukar ke esok pagi. TQ.
Jadi hari ini setelah menetapkan waktu pada jam 9.30, saya telah tiba di kawasan Masjid India yang amat sibuk terutamanya nak dapat ruang tempat letak kereta. Apabila saya maklumkan melalui telefon kepada YB yang saya dah sampai, dapat pula arahan supaya naik terus ke pejabat beliau di tingkat 7 kerana beliau ada sedikit perbincangan di tingkat bawah. Selepas menunggu selama setengah jam dapat pula satu pesanan ringkas SMS"..Sheh, hang tunggu sat. Aku stuck ckt kt Parl ni. Kna tunggu turn nk submit Q." Jenuh juga nak tafsir pesanan YB! Paling utama, nak tunggu lama mana. Kedua nya, awat YB pi Parlimen pulak. Rupanya, hari ini adalah terakhir untuk kemukakan senarai Soalan bertulis untuk di jawab oleh para Menteri ketika Parlimen bersidang tidak lama lagi.
Semasa menunggu di pejabat YB, saya dapati ada empat baris buku yang di susun bertingkat tingkat di satu ruang menanti. Ada lebih kurang 60-70 buku berbagai tajuk dan hampir 95% adalah buku buku rujukan agama termasuk yang Ihya Ulumuddin. Saya tertarik dengan buku tulisan Nabia Abbot bertajuk Aisyah The Beloved of Muhammad. Sempat juga saya baca secara speed reading. Kagum dengan penulis yang mengusahakan tulisan bersandarkan rekod sejarah yang agak luas tentang Aishah Isteri Nabi Muhammad SAW yang menyangkal pandangan barat tentang persepsi kedudukan wanita di dalam Islam.
Hampir jam 10.45 pagi baru YB tiba. YB terus declare yang dia ada masa mungkin hanya setakat jam 12 tengahari kerana ada jemputan Santapan Beradat PDRM bersama DYMM Sultan Kedah malam ni jam 7.55 malam. YB dan Isteri di jemput oleh YDH Ketua Polis Kedah. Di dalam hati saya teringat banyak kisah YB terkena siram air buih kimia oleh anggota anggota baju biru tapi kini dapat jemputan khas untuk bersantap!
Tiket kapal terbang apabila di periksa melalui internet dah habis untuk jadual hari ini. Itupun cuma sampai ke Penang. YB pada asalnya bercadang ke Penang dengan kapal terbang dan minta Gobala (Siapa Gobala? Saya andaikan YB Gobala) jemput kerana Gobala akan travel dari Ipoh ke majlis yang sama. Selepas minta pandangan Pak Abu, (siapa Pak Abu?, agaknya local Kulim, kerana mahir tentang jadual transportation) YB terus buat keputusan untuk naik BAS dan saya memang sah jadi drebar hantar YB ke Lapangan Terbang Pudu Raya!
Kami sempat pekena capati Benggali pure 100% dan YB pekena ayam tandoori drumstick. Sambil makan YB dok bercerita pasal sorang Minah Menteri yang batal MOU Tourism. Keluar juga perkataan 'bodoh' terhadap usaha Minah berkenaan yang kelihatan seperti hendak menghukum. Kisah khinzir kat Selangor pun sempat di lihat dari segi kesan politik. Apa yang menjadi perhatian utama YB ialah usaha membuat senarai calon ahli ahli Majlis kerajaan Tempatan (Local Authorities) untuk Kulim Bandar Baharu dan Serdang (tekaan saya). Kesukaran untuk mencari mereka mereka yang 'suitably qualified' amat saya rasai kerana faktor kesediaan untuk berkhidmat secara efektif. Yang amat mendesak ialah senarai kena di muktamatkan hari ini juga lantaran perletakan jawatan secara serentak dan beramai ramai puak terdahulu dan kekosongan tidak boleh terlalu lama.
Pada jam 12.10 tengahari YB paling terakhir di lihat menaiki tangga secara manual menuju ke gate/tangga 51 untuk panggilan terakhir bagi pesawat ZUCO ke Alor Star yang berlepas ETD 1230 dan di jangka mendarat ETD 6.30. YB kepit satu bagasi tangan dan seperti penumpang lain kelihatan seperti orang awam yang bergegas seperi biasa kerana 1001 urusan. Mana nak cari YB sesempoi macam ni?
Nukilan dan pendapat yang diambil dari http://zul4kulim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment