"AYUH gunakan peluang yang ada."
Itulah amaran yang dilaungkan ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah kepada barisannya menjelang pertemuan menentang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam.Kedah yang mempunyai kelebihan lima mata dengan skuad Gergasi Merah itu, berpeluang cerah mempertahankan kejuaraan liga sekiranya berjaya mencipta kemenangan malam ini.
Bagi merealisasikan hajatnya, Azraai berkata, dia akan menggunakan strategi terbaik untuk menjerat tuan rumah yang pasti bersedia menggempur jentera pasukannya.
"Saya akan cuba menggunakan pergerakan taktikal yang lebih baik dan tidak dapat dikesan pihak lawan dalam usaha memungut tiga mata penuh ini."Bahkan, dengan adanya tenaga muda dalam barisan pemain Kedah, saya yakin usaha untuk mengekalkan kedudukan pasukan ini seperti musim lalu tidak mustahil dilakukan," Kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya lagi, khidmat pemain senior yang menjadi tulang belakang kepada barisan mudanya amat ditagih untuk memantap kesebelasan yang akan diturunkan kelak.Jelas Azraai, walaupun lawan memiliki pemain berpengalaman, namun dia percaya dengan adanya tonggak utama seperti Marlon Alex James, Cornellius Bernard Hungging, Hasmawi Hassan, Fauzi Shaari dan Shafizan Hashim, pasukannya mampu mengecewakan Selangor.
Azraai turut menasihatkan pemainnya supaya tidak leka dan memberi peluang kepada lawan menguasai perlawanan tersebut."Saya mahu mereka (pemain) mengekalkan fokus selama 90 minit perlawanan itu dengan melakukan serangan habis-habisan," tegas Azraai.
Pada masa sama, Azraai turut mengalu-alukan rombongan hampir 10,000 penyokong setia skuad Hijau Kuning yang tidak mahu terlepas memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.Ujarnya, kehadiran peminat setia Kedah pasti akan menaikkan lagi semangat pemainnya bagi memburu kemenangan.
Ustaz Samarahan :- Pulun Kedah Pulun...kita bantai selangok sampai ghapat woi.... maaf selangor...walaupun kita sama-sama pakatan rakyat...pas lawan kita kawan balik.. kedah Vs Selangor (3-1).... bagi juga sebiji...
No comments:
Post a Comment