Memandangkan gelaran tersebut sudah sebati dengan jiwa rakyat Kedah yang suka menabur bakti pada tanah, kerajaan Kedah bertekad tidak akan membenarkan lagi tanah sawah ditukar milik kepada perumahan atau perindustrian.
Malahan sambungnya, kerajaan akan menambah lagi kawasan sawah agar petani dapat menambah pendapatan sekaligus meningkatkan pengeluaran padi negara pada masa hadapan.
"Kerajaan baru Kedah akan mengekalkan tanaman padi sebagai aset utama negeri walaupun ada pelabur yang membawa peluang lain untuk menambah ekonomi negeri. Kita ucap terima kasih pada pelabur dan kita tidak sia-siakan pelaburan mereka seperti dari Jerman, Korea dan Arab," tegasnya ketika berucap dalam majlis meraikan kemenangan Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan di Stadium Mini Keladi, Kulim semalam.
Menurutnya, 53 peratus beras negara datang dari Kedah maka sebab itu bidang pertanian akan diberikan keutamaan.
Kerajaan katanya, tidak mahu jadi macam Filipina baru-baru ini terpaksa berhadapan dengan isu makanan setelah negara berkenaan beralih arah mengutamakan sektor perindustrian.
"Mengutamakan sektor pertanian tidak rugi sesiapa sebaliknya menguntungkan rakyat sendiri, " ujar beliau di hadapan ribuan hadirin.
Menurut Ustaz Azizan, tidak guna negara maju dengan mempunyai prestasi tinggi dalam bidang perindustrian sedangkan rakyat menderita tidak cukup pemakanan asasi.Apa guna jelasnya, rakyat kaya dengan kewangan tetapi dalam masa yang sama kehilangan sektor pertanian yang menjadi tonggak utama masyarakat Melayu di kampung-kampung."Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri menggalakkan bidang pertanian semasa mula memegang tampuk pemerintahan dulu. Kita harap bidang pertanian ini boleh dipertingkatkan seperti mana slogan 'Pertanian Untuk Perniagaan', " terangnya.
Selain beliau turut berceramah ialah Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Profesor Dr. P. Ramasamy. - mks.
No comments:
Post a Comment