ALOR STAR: Kerajaan Kedah akan mengkaji syarat yang tidak membenarkan mayat orang bukan Islam dibawa menggunakan feri penumpang dari Langkawi ke tanah besar, kata Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata, bagi membawa mayat bukan Islam dari Langkawi atau tanah besar, keluarga simati terpaksa menyewa bot laju persendirian. “Keadaan ini menyulitkan kaum keluarga dan ini satu diskriminasi terhadap penganut agama lain,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi anggota Malaysian Hindu Sangam di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Azizan berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pengusaha feri mengenai perkara itu secepat mungkin. — Bernama
Ustaz Samarahan :- Islam bukan agama yang zalim..sedia bertasamuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment