Saturday, April 12, 2008

Gelanggang Sudah Dibuka


Saya Bersedia Bertanding untuk merebut kembali Ketua Bahagian Umno Sik.Kepimpinan UMNO Sik sekarang ini telah GAGAL , 2 kali GAGAL dlm pilihanraya.takkan org sik nak sampai 3-4 kali GAGAL ?Bangunan UMNO yg saya buat lebih 15 tahun dulu pun tak mampu dijaga dan diurus oleh depa. Atap Bocor pun hanya bubuh atap getah saja.Berpolitik dgn menggunakan WANG RINGGIT semata mata dan bukan dengan SEMANGAT PERJUANGAN.
Kesilapan saya yg terbesar dalam karier politik saya ialahmembawa balik Tan Sri Hamid Othman dan menyerahkan ketua bahagian kepadanya dengan harapan dia dan saya dapat berganding bahu untuk memajukan SIK.Setelah saya serahkan jawatan Ketua Bahagian kepadanya...saya ditendang keluar daripada UMNO dan saya dipecat dari UMNO selama 7 tahun 6 bulan.
Dan yg paling sedih dituduh saya PRO PAS. sedangkan mereka menyokong PAS secara langsung.Nasib saya adalah seperti TUN MAHATHIR.. fikirkan fikirkan lah. Di Sik ini, kalau mahu menang banyak kenalah buat baik dgn PAS dan cuba dapat sedikit undi dari pihak PAS yg boleh buat kawan.Bukan seperti mereka yg bermusuhan dgn PAS.Saya mencabar mereka2 ini, supaya cuba masuk di kubu kubu PAS seperti di pondok2 dan di kampung Bandar Hilir.Jika mereka berani masuk....saya sanggup tabik mereka.
Mereka sebenarnya tidak tahu, ikat kura-kura di kaki dan menangkap burung terbang dan jauh sekali meracit burung di rimba.Saya pernah cadangkan supaya Tengku Razali jadi PM dan Rafidah menjadi TPM. apa komen semua?Org Sik tak perlu lawan saya kerana saya mempunyai rekod tersendiri.
1) anak Sik yg pertama jadi Ketua Bahagian
2) anak Sik yg pertama jadi EXCO Kedah
3) anak Sik yg pertama mengangotai 2 Dewan iaitu Dewan Undangan Negeri Kedah Dan Parlimen Malaysia
4) Nombor ahli UMNO saya = 117 dan ahli UMNO yg paling LAMA kena PECAT mengalahkan Tun Mahathir yg dipecat selama 3 tahun saja.
Adalah lebih baik ,jika berbaik dgn saya supaya saya dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman politik saya seperti yg dilakukan oleh Allahyarham Dato Non Johari kpd saya.
Sekian Terima Kasih

No comments: