Monday, April 28, 2008

Sabotaj, undi rosak: Analisis dangkal?

Laporan telah dikeluarkan berhubung tindakan sabotaj oleh ahli BN, berdasarkan jumlah undi rosak di kawasan-kawasan tertentu pilihan raya. Di bawah nanti ada senarainya.Bagaimanapun, kita begitu sangsi dengan analisis seperti ini kerana keputusan pilihan raya 2004 juga boleh dikatakan ada sabotaj kalau mengikut hujah perkiraan undi rosak (antaranya):

Parlimen Sik: Undi rosak 1,287 (BN menang 319 majoriti), lebih banyak berbanding 2008 (505 undi)
DUN Jeneri: Undi rosak 280, lebih banyak berbanding 2008 (251 undi).
DUN Tanjong Dawai: Undi rosak 643, lebih banyak berbanding 2008 (618 undi)
DUN Bukit Payung: Undi rosak 152, lebih banyak berbanding 2008 (130 undi)
DUN Simpang Empat: Undi rosak 133, lebih banyak berbanding 2008 (82 undi)
DUN Maharani: Undi rosak 373, lebih banyak berbanding 2008 (354 undi)Analisis ini (undi rosak dan sabotaj) dilihat sangat dangkal dan goyang.(Takut ada yang bersoal: Adakah hanya untuk menyelamatkan populariti Pak Lah, maka ahli BN sendiri disasarkan sebagai kambing hitam?)

Kita boleh terima faktor sabotaj ini kalau hujah undi rosak tidak boleh disangkal. Kita kurang yakin atas sebab beberapa kawasan sabotaj yang dinyatakan di bawah, jumlah undi rosaknya tidak begitu jauh beza jika dibandingkan pada 2004, antaranya:

Parlimen Ketereh: 751 (900 undi rosak pada 2008)
Parlimen Padang Terap: 693 (770 pada 2008)
DUN Bukit Lada: 305 (395 pada 2008)Sedikit peralihan jumlah undi rosak, bolehkah membuktikan ahli BN mensabotaj, sekaligus sebagai hujah BN kalah?
********************

Berikut merupakan kawasan pilihan raya yang dikatakan telah disabotaj oleh ahli BN berdasarkan perkiraan undi rosak:

Kedah


Parlimen Padang Terap: Undi rosak 770 (kalah 369 majoriti)
Parlimen Sik: Undi rosak 505 (kalah 481 majoriti )
DUN Bukit Lada: Undi rosak 395 (kalah 208 majoriti)
DUN Jeneri: Undi rosak 251 (kalah 169 majoriti)
DUN Tanjong Dawai: Undi rosak 618 (kalah 79 majoriti)

Perak

DUN Lubok Merbau: Undi rosak 150 (kalah 72 majoriti)
DUN Teja: Undi rosak 367 (kalah 175 majoriti)

Selangor


Parlimen Kuala Selangor: Undi rosak 894 (kalah 892 majoriti)
Parlimen Hulu Selangor: Undi rosak 1,466 (kalah 198 majoriti)
DUN Sekinchan: Undi rosak 317 (kalah 190 majoriti)
DUN Bukit Melawati: Undi rosak 484 (kalah 297 majoriti)

Terengganu


DUN Ladang: Undi rosak 285 (kalah 31 majoriti)
DUN Bukit Payung: Undi rosak 130 (kalah 115 majoriti)

Johor
Parlimen Bakri: Undi rosak1561 (kalah 722 majoriti)
DUN Maharani: Undi rosak 354 (kalah 158 majoriti)

Lain-lain
Parlimen Wangsa Maju (Kuala Lumpur): Undi rosak 357 (kalah 150 majoriti)
Parlimen Ketereh (Kelantan): Undi rosak 900 (kalah 400 majoriti)
Parlimen Kota Kinabalu (Sabah): Undi rosak 326 (kalah 106 majoriti)
DUN Ampangan (Negeri Sembilan): Undi rosak 236 (kalah 165 majoriti)
DUN Simpang Empat (Perlis): Undi rosak 82 (kalah 53 majoriti)

Keris tidak lagi dijulang tapi keangkuhan masih ada pada Umno - Anwar

SHAH ALAM, 27 April (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato' Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

"Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno," katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

Misalnya kata beliau, dalam ulasan isu ternakan babi di Selangor dan ulasan mengenai ketuanan Melayu kononya orang Melayu sudah bangkit dan marah.

Keadaan ini katanya memberi makna sentimen keangkuhan masih kukuh dalam Umno yang tidak boleh lagi diterima oleh rakyat negara ini.

"Langkah menyatakan minta maaf itu amat kita alu-alukan tetapi perkara ini harus diambil serius terutama sentimen dalam Umno iaitu menjulang keris," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Hishamuddin yang meminta maaf dan mengakui perbuatan menjulang keris Panca Warisan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya lalu.

"Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

"Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, Anwar turut melancarkan dua buah buku tulisan Allahyarham Rustam 'Failed Nation?' dan 'Concerns Of a Malaysian Nationalist' yang diterbitkan oleh Strategik Information and Research Development Oganized (SIRD).

Program yang bermula jam tiga petang itu turut memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang rapat dengan Allahyarham Rustam untuk memberi ucapan antaranya, Dr Syed Hussein Ali, A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Noraini Othman.

Mereka masing-masing menceritakan pengalaman dan detik-detik manis sepanjang mengenali Allahyarham Rustam bermula sewal beliau masih kanak-kanak hingga dewasa ketika bersama-sama arwah ayahnya iaitu Ahmad Boestaman.

Majlis bertambah sayu apabila, kedua anak Allahyarham iaitu Azrani dan Aryani diberi kesempatan berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin yang terdiri daripada rakan taulan serta peminat Allahyarham.

Bacaan al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham oleh mereka yang hadir dan diikuti bacaan doa buat beliau agar rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. - mns

222 Ahli Parlimen angkat sumpah pagi ini

KUALA LUMPUR: Seramai 222 Ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum lalu, pagi ini akan mengangkat sumpah di Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Proses mengangkat sumpah dijadual bermula jam 10 pagi dan sebaik selesai, usul memilih dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan dijalankan. Mereka yang merebut satu daripada dua jawatan ialah Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi DAP yang bersaing dengan dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.

Pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, 140 ahli Parlimen mewakili BN manakala 82 membabitkan pakatan parti pembangkang. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Malaysia Ke-12, esok.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat kali ini akan bersidang selama 16 hari.

-Berita harian

Maaf

Assalamulaikum...
Buat semua pengunjung Islam Itu Bersih.. Maaf..tak sempat update sangat..Berada dalam keadaan yang perlu ana berikan prioriti yang lebih penting dulu. Bakal operasi semula dalam tempoh sehari duan nanti..

Tuesday, April 22, 2008

Kedah tidak akan bertahan


"KAMI tidak akan bertahan sebaliknya akan terus melancarkan serangan."

Itu amaran ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah kepada pasukan Melaka menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Star malam ini.

Walaupun skuad Kenari mempunyai kelebihan agregat 4-1 hasil kemenangan pada perlawanan pertama, namun pengendalinya tetap akan membariskan kesebelasan terbaiknya dalam usaha menyekat kemaraan lawan.

Menurut Azraai, dia tidak mahu pemainnya bermain secara bertahan pada perlawanan tersebut kerana percaya lawan mampu untuk bangkit mengejutkan pasukannya.

"Memandangkan kebanyakan pemain telah pulih daripada kecederaan saya akan menurunkan kesebelasan utama yang mantap pada perlawanan ini.

"Cuma Victor Andrag dan Syafiq Jamal sahaja yang masih belum pulih sepenuhnya, tetapi nama mereka mungkin akan disenaraikan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya lagi, jika pasukannya berada dalam kedudukan selesa selepas separuh masa pertama, dia mungkin memasukkan pemain muda pada babak kedua.

Jelas Azraai, dia akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memberikan pendedahan kepada barisan mudanya.

Dalam pada itu, Azraai turut mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang mudah keupayaan lawan.

"Mereka (pemain) perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mempertahankan kubu daripada dibolosi lawan.

"Saya mahu semua pemain terus mempamerkan aksi terbaik bagi merealisasikan impian melangkah ke pusingan separuh akhir," katanya.

Kah Choon sedia terima kritikan

GEORGETOWN: Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon berkata beliau sedia menerima sebarang kritikan berikutan persetujuannya menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP. Katanya, beliau menunggu tindakan daripada pucuk pimpinan Gerakan berhubung kedudukannya dalam parti selepas menerima tawaran memegang kedua-dua jawatan itu daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.


"Kerja saya dalam InvestPenang tidak ada kaitan dengan politik dan tak semestinya saya dalam InvestPenang saya kena berundur daripada parti," katanya kepada pemberita Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menemui beliau di pejabat InvestPenang di sini hari ini. Ditanya kemungkinan beliau menyertai DAP pada masa akan datang, Lee berkata: "Politik sudah menjadi sejarah buat saya. Biarlah ia begitu." Katanya ketika ini tumpuan akan diberikan untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam PDC dan InvestPenang.



Lee yang memulakan tugas barunya Jumaat lalu, melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac berikutan kekalahan teruk parti itu pada pilihan raya umum lalu. - Bernama



- Berita Harian



P/S Kenapa pemimpin cina lebih profesional dari pemimpin Melayu???

Angkat sumpah tahanan ISA sebagai Adun diatur secepat mungkin


SHAH ALAM: Upacara mengangkat sumpah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, M Manoharan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Kota Alam Shah, akan diatur secepat mungkin, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim. Katanya, berkata beliau tidak melihat sebarang masalah untuk mengadakan upacara mengangkat sumpah berkenaan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dari tempoh seseorang itu dipilih sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya.
"Saya akan aturkan tapi belum tahu masanya. Kini sudah sebulan setengah berlalu. Jadi saya mengikut peraturan tetap dalam Dewan yang tidak menetapkan angkat sumpah itu dijalankan dalam dewan.

"Kalau mengikut apa yang diamalkan terdahulu, Speaker Parlimen (allahyarham) Tun Syed Nasir Ismail pergi ke kem tahanan untuk mengadakan istiadat mengangkat sumpah dua bekas anggota Parlimen DAP yang ditahan ISA,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah 55 Anggota Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini .
Teng berkata sekiranya upacara mengangkat sumpah itu tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh menang pilihan raya, kerusi negeri itu akan dikosongkan dan pilihan raya kecil perlu diadakan. "Kemungkinan besar saya akan pergi ke dalam kem untuk menjalankan istiadat tersebut. Ia boleh diaturkan, tahanan boleh menerima lawatan dari tetamu.
"Dalam keadaan sekarang saya percaya kerajaan memberi kelonggaran untuk saya jalankan tugas sedemikian,” katanya.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, tahanan ISA, Manoharan, yang mewakili DAP menewaskan Ching Su Chen dari Barisan Nasional dengan majoriti 7,184 undi.
Pada pilihan raya umum 1978, dua calon daripada DAP yang sedang menjalani tempoh tahanan mengikut ISA, Chan Kok Kit dan Chian Heng Kai, masing-masing menang kerusi Parlimen Sungai Besi dan Batu Gajah. Manoharan, seorang peguam, ditahan pada 13 Disember tahun lalu kerana didakwa terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 25 November lalu dan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan. - Bernama
Makkal Sakhti!!!!!!!!!!!!!!

Hishammuddin sedia tanding Naib Presiden



SINGAPURA 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini jika mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian parti itu.


Menteri Pelajaran itu berkata, beliau tidak menghalang mana-mana bahagian daripada mencalonkannya bertanding jawatan tersebut tetapi pertimbangan mengenainya akan dibuat apabila tiba masanya.


“Memang saya tidak halang sesiapa mencalonkan bukan sahaja diri saya, tetapi juga sesiapa sahaja. Landskap politik yang baru menuntut kita mendengar kehendak akar umbi.


“Akar umbi pula jangan menyalahkan pucuk pimpinan jika ia (hasrat mencalonkan) datang daripada sanubari mereka sendiri,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


Sebelum itu, Hishammuddin yang juga Presiden Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) merasmikan Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Di Dunia Pelbagai Bahasa: Cabaran dan Peluang anjuran SEAMEO di Pusat Bahasa Serantau di kota Singapura.


Pada 3 April lalu, Hishammuddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sejak sedekad lalu pada pemilihan parti Disember ini bagi memberi laluan kepada muka baru.


P/S Bertambah pondan UMNO jika sham jadi naib presiden....

Biarkan kekerapan penerbitan Harakah ditentukan pasaran


KUALA LUMPUR,22 April (Hrkh) - Akhbar rasmi PAS, Harakah bukan sahaja perlu dikembalikan kekerapan penerbitannya kepada asal, iaitu dua kali seminggu, bahkan ia hendaklah diberikan kebebasan untuk diterbitkan mengikut kehendak pasaran.

Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman ketika mengemukakan cadangan tersebut menegaskan bahawa pihak yang akan menentukan kadar kekerapan penerbitannya adalah pembaca, bukannya pemerintah.

"Biarkan pembaca yang menjadi penentu kekerapan pengeluaran sesebuah akhbar kerana sebagai pengusaha akhbar, kita hidup dengan hasil jualan dan tidak sepatutnya ia diletakkan kepada kuasa pemerintah," ujarnya ketika ditemui semalam.

Tegasnya, jika kredibiliti dan kewibawaan akhbar tersebut hilang, maka dengan sendiri akan tersekat penerbitannya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan pembaca masa kini yang semakin kritis dan bijak memilih.

Dalam pada itu, Lutfi kesal dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri di bawah menteri barunya yang tidak menyambung permit penerbitan akhbar Makkal Osai tanpa memberikan sebarang sebab yang konkrit.

"Bagaimanapun, saya menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mahu melonggarkan syarat-syarat permit penerbitan akhbar yang kini wajib diperbaharui setiap tahun," katanya.

Dengan cadangan baru itu, penerbit akhbar hanya perlu memohon lesen sekali sahaja dan permit yang diberikan bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti amalan kini.

Syed Hamid berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet tidak lama lagi. Lutfi menegaskan pemberian lesen secara tahunan hendaklah dihapuskan sama sekali. "Kebebasan bukannya ehsan pemerintah yang hanya diberikan di masa perlu tetapi pada waktu lain akan dikongkong pula," ujarnya.

Beliau yang pernah aktif dalam Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) turut menggesa agar 82 anggota Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan isu membebaskan media sebagai agenda utama seperti mana mereka melakukannya untuk "membersihkan" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Cadangan saya, permit dikeluarkan sekali sahaja dan biar kadar hayat pengeluaran akhbar tersebut ditentukan pembaca. Kalau ada kesalahan, masih banyak kaedah untuk menegur atau menghukumnya, tetapi bukan dengan cara menarik balik atau tidak memperbaharui permit," ujarnya lagi.

PAS juga, tambahnya, akan terus memperjuangkan agar akhbar itu dibenarkan dijual secara bebas, tidak terhad kepada ahli atau diletakkan di bilik-bilik gerakan parti seperti disyaratkan oleh KDN sebelum ini.

"Syarat jualan hanya untuk ahli PAS sudah lapuk, tidak demokratik dan langsung tidak praktikal. Pihak luar akan mentertawakan kita jika mereka tahu syarat-syarat yang KDN kenakan kepada Harakah," tegas Lutfi lagi.

Beliau bersetuju KDN memberikan permit penerbitan kepada akhbar PKR itu walaupun "sudah terlewat tiga tahun" tetapi langkah itu hanya menimbulkan kekeliruan orang ramai selepas Makkal Osai diharamkam.

"Sepatutnya, KDN memulihkan kembali permit Makkal Osai," katanya

Akhbar Harakah kini diterbitkan dua kali sebulan sejak 2000 selepas permit asalnya 'dipancung' KDN, beberapa bulan selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan sokongan majoriti pengundi Melayu kepada Barisan Alternatif ekoran peristiwa pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Jualannya ketika itu melonjak melebihi 300,000 naskah, yang diterbitkan dua kali seminggu.

Namun, penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), John Liu berpendapat usaha untuk merealisasikan kebebasan media di negara ini tidak akan memberikan apa-apa kesan sekiranya kerajaan masih lagi mengekalkan akta-akta yang menghalangnya terutama Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC).

Selain tertakluk kepada APMC, akhbar juga terikat dengan sejumlah peraturan lagi misalnya Akta Fitnah, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hak Cipta, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan.

Sebagai entiti perniagaan, syarikat penerbitan juga tertakluk kepada Akta Syarikat yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pengerusi lembaga amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), Dato' Azman Ujang dipetik sebagai berkata, biarlah pasaran yang menentukan kelangsungan sesebuah akhbar, bukan lesen kerajaan. Dengan itu imej kerajaan daripada segi ketelusan, integriti juga akan menjadi lebih baik. - mks.
-harakahdaily
P/S Kalau takut cakap ja takut. Bagi permit TV pada kami

Saturday, April 19, 2008

Parlimen

Dengaq habaq Sidang Parlimen akan bermula tak lama lagi. Sidang yang pertama untuk kerajaan yang baru.Terdapat 222 kerusi didalam Parlimen yang dianggotai oleh Ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat untuk mewakili mereka mendapatkan segala kemudahan dan pembangunan yang sepatutnya diterima dari kerajaan.
Mereka inilah yang akan menanyakan soalan, mendapat penjelasan akan sebarang ketidak puasan hati rakyat yang mereka wakili. Inilah forum yang maha tinggi didalam Malaysia.Alangkah mengejutkan apabila didapati 29 daripada Ahli Parlimen yang dilantik langsung tiada soalan untuk ditanya. Langsung tiada.
Adakah ini menunjukkan kawasan yang diwakili itu tiada bermasaalah langsung? Cukupkah semua keperluan infra strukturnya? Kaya raya kah rakyat dalam kawasannya?Atau adakah Ahli Parlimen ini merasakan dengan elaun yang dapat dan dapat berkampung di KL 2/3 minggu, maka tak payah dok tanya apa apa? Atau nak tunggu dekat pilihanraya lagi satu baru nak bertanya? Atau masihkah depa ni dok meraikan kemenangan sehingga lupa tugas yang sepatutnya dilakukan?Rugi je lah duit rakyat kalau camni.
Kita tak perlu Ahli Parlimen yang dok mengeram teloq saja kat dalam bangunan Parlimen tu. Pasai yang bagi kerja tu kat depa adalah rakyat. Rafidah Aziz ngan JJ ni mungkin dah lupa camana nak tanya soalan sebab depa selama ni dok menjawab saja. Ahli PKR ngan DAP ni mungkin masih terkezut dengan kemenangan dan masih belum tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Tapi tak mungkin bodoh sebegitu rupa.Yang bestnya, orang dok kata PAS parti kampung tapi bila mai persidangan Parlimen semua orang dia menjalankan tanggungjawab mereka mengemukakan soalan...Aduh...sakit hati dengaq lah.... Nama nama yang tidak mengemukakan sebarang soalan ada tertera dibawah
1. Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam - BN
2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan - BN
3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut - BN
4. Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti - BN
5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis - BN
6. Abit Joo Hulu - Rajang - BN
7. Ding Kuong Hiing - Sarikei - BN
8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin - BN
9. Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong - BN
10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar - BN
11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah - BN
12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar - BN
13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading - BN
14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu - BN
15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan - BN
16. Charles Anthony a/l R Santiago - Klang - DAP
17. Er Teck Hwa - Bakri - DAP
18. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu - DAP
19. John a/l Fernandez - Seremban - DAP
20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan - DAP
21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat - PKR
22. Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah - PKR
23. Chua Tian Chang - Batu - PKR
24. Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai - PKR
25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang - PKR
26. Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar - PKR
27. Dato’ Rashid Bin Din - Merbok - PKR
28. William Leong Jee Keen - Selayang - PKR
29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor - PKR
P/s Tindakan segera perlu diambil..kena proaktif

Marlon idam Kasut Emas


GEMILANG dilakar Kedah musim ini dengan menjulang trofi Liga Super kini menambah selera penyerang utama, Marlon Alex James memastikan dia akan muncul pemenang pertama Anugerah Kasut Emas untuk skuad Hijau Kuning.
Penyerang berasal dari St Vincent & Grenadines itu selepas menunaikan misi pasukan negeri menjuarai liga dengan baki tiga perlawanan, termasuk menentang Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ), hari ini - tumpuannya terarah kepada buruan penjaring terbanyak musim ini.
“Saya sudah melaksanakan hasrat pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sejak awal musim ini untuk mengekalkan Piala Liga Super dan kini sudah tiba masa untuk saya memburu matlamat peribadi saya memenangi Kasut Emas. Saya gagal musim lalu hanya dengan perbezaan dua gol,” kata Marlon, semalam.

Dia menambah: “Walaupun matlamat saya kini saya ialah menjadi penjaring terbanyak bagi memastikan KFA mencatat satu lagi sejarah bola sepak negeri ini sudah pasti saya juga mahu memastikan rentak kemenangan kita akan berterusan sehingga ke perlawanan terakhir musim ini.”
Dia turut ceria dengan kepulangan rakan penyerang, Hasmawi Hassan memudahkan lagi tugasannya menambah jaringan peribadi - 23 gol pada perlawanan liga sebelum ini dan ia terbukti apabila dia berjaya menjaringkan gol ketika bertemu South China dari Hong Kong ketika beraksi pada perlawanan AFC di Stadium Darulaman, Rabu lalu.
“Saya memang sudah serasi dengan Hasmawi dan juga Khyril (Muhymeen Zambri) yang sudah beberapa kali menjadi rakan penyerang saya ketika ketiadaan Hasmawi,” katanya.

Muslimat Kedah gesa kerajaan negeri segera laksanakan cuti bersalin 90 hari

YAN, 19 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah digesa melaksanakan segera cuti bersalin 90 hari sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Kedah Sejahtera.

Gesaan itu dilahirkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) selepas selesai mengadakan program Brainstorming DMPNK bersama Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan selama dua hari di Kem Kenari Nature Park dekat sini baru-baru ini.

"Di samping cuti bersalin, kami juga menggesa kerajaan negeri melaksanakan segera cuti iddah untuk kakitangan wanita yang kematian suami. Kita rasa ia dapat disegerakan kerana tidak melibatkan belanja," demikian menurut Timbalan Ketua DMPNK, Zakiah Baharom.

Menurut Zakiah lagi, pihaknya juga memohon agar kerajaan negeri dapat mengeluarkan pekeliling untuk kakitangan wanita Islam supaya menutup aurat.

Sementara itu, Bendahari DMPNK, Dr Rahimah Sahit berpendapat kerajaan negeri yang diterajui PAS seharusnya mengambil peluang melaksanakan pekeliling menutup aurat tersebut.
"Ia (menutup aurat) boleh dilaksanakan segera. Dah ada dalam fikiran masyarakat, apabila menyebut PAS, mesti tutup aurat. Dah sinonim," ujarnya.

Mengulas program barainstorming yang dijalankan, Zakiah yang juga pengarah program tersebut turut melahirkan rasa gembiranya dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta untuk bersama membantu kerajaan negeri yang diterajui PAS.

"Kami berasa bertanggung jawab untuk membantu kerajaan negeri khususnya Exco Wanita yang dilantik," jelasnya.

Menurut beliau lagi, program tersebut memberi fokus kepada kebajikan, wanita muda, ibu tunggal dan kemasyarakatan.

"Kita juga mencadangkan kerajaan negeri menaikkan billboard di tempat-tempat awam yakni pusat-pusat rekreasi atau kawasan yang sering berlaku maksiat misalnya dengan kata-kata 'Allah sentiasa memerhati apa yang anda buat'," jelas beliau. - mns

Anwar saman fitnah Wee RM10 juta


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kerana membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, 11 April lalu.
Saman Anwar itu difailkan peguamnya, S N Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam. Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Dr Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda MCA, menuturkan kata-kata berbentuk sindiran yang kemudian disiarkan dalam laman web Malaysiakini dengan tajuk ‘Parties at their last leg of campaigning’ (Parti di peringkat akhir kempen).

Anwar berkata, kata-kata Wee dalam artikel itu membawa maksud beliau terbabit dalam aktiviti seks luar tabii yang bertentangan dengan Islam, selain seorang yang terpesong, tidak berakhlak serta tidak layak menjadi pemimpin.
“Ini memberi gambaran saya seorang yang tidak layak memegang jawatan politik, cenderung melakukan jenayah dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia,” katanya. B
eliau mendakwa defendan menyebarkan kata-kata itu dengan niat jahat bertujuan memperkecilkannya, terutama sebagai bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, katanya, defendan juga mengeluarkan kata-kata itu dengan mengetahui ia akan diterbitkan media tempatan dan luar secara berulangan. Anwar turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta injunksi bagi menghalang defendan mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya.
Beliau juga memohon kos serta faedah lapan peratus setahun atas penghakiman selain relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar sokong langkah PM, Mukhriz enggan ulas



SUBANG JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.


Katanya, keputusan itu adalah langkah wajar berikutan badan kehakiman negara sering berdepan pelbagai masalah yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses keadilan di negara ini.


"Jika kerajaan melakukan perkara yang baik, kami sebagai pembangkang sentiasa menyokong keputusan itu dan dalam konteks ini badan kehakiman negara sebenarnya sudah lama memerlukan perubahan.


"Saya berharap reformasi yang dilakukan mdalam badan kehakiman bukan bersifat sementara, tetapi konsisten kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama penyokong PKR Subang Jaya, di sini malam tadi.


Sementara itu, beliau berkata, pemberian ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988 adalah tepat kerana sudah lama mereka dizalimi oleh kepemimpinan negara.


"Perkara berkaitan rasuah dan ketelusan perlu diperbaiki dan ini yang dituntut rakyat," katanya.


Ditanya pendiriannya yang berada dalam kabinet ketika pemecatan Tun Salleh Abas, beliau berkata, Salleh mengetahui pendirian sebenarnya ketika itu.


Pendirian saya sudah saya jelaskan dan Salleh pun tahu sikap saya," katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, enggan mengulas mengenai langkah kerajaan memulihkan semula badan kehakiman menerusi penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat ketika krisis pada 1988.


"Saya minta maaf... saya tak mahu komen pasal ini.Taksesuai saya komen dan ini juga bukan masa yang sesuai...minta maaf," katanya yang juga Exco Pemuda Umno, ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.


Kelmarin, badan kehakiman negara memasuki era baru apabila Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah sistematik dan berwibawa.


Malah, bagi memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman yang tercemar sejak 20 tahun lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat pada 1988, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.


-Berita Harian

MB Perak bergelar Datuk Seri hari ini

IPOH 18 April - Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan bergelar Datuk Seri apabila dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-80 esok.

Beliau akan menerima SPMP pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran yang dijadualkan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok.

Mohammad Nizar baru memegang jawatan itu pada 17 Mac lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu dilantik sebagai Menteri Besar selepas pakatan parti pembangkang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Pengerusi DAP negeri yang juga anggota Exco kerajaan negeri, Ngeh Ko Ham pula dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Ko Ham dan Mohammad Nizar merupakan antara 773 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
-Utusan Malaysia

Caj PTPTN perlu lulus hukum syarak

MELAKA: Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Malaysia diminta membuat kajian terperinci berhubung caj perkhidmatan empat peratus yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam bagi mengenal pasti sama ada ia diluluskan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu bagi memastikan isu itu diperjelaskan segera, sekali gus mengelak sebarang kekeliruan pada masa depan. "Walaupun perkara itu di luar bidang kajian ahli jawatankuasa majlis, diharapkan mereka dapat menyumbang bagi memperjelaskan salah faham dan kekeliruan," katanya selepas merasmikan Majlis Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Keempat di Hotel Renaissence, di sini, malam kelmarin.

Program tiga hari bermula Rabu lalu yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disertai 25 institusi kewangan. Antara lain ia bagi membincangkan pelbagai isu syariah dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam selain meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara institusi kewangan Islam .
Ahmad Zahid juga berharap sebarang keputusan yang dikemukakan berhubung isu itu adalah berdasarkan kepada sumber al-Quran dan hadis, selain pemikiran ulama terdahulu serta teladan yang timbul berkaitannya.
Katanya, satu penjelasan tepat perlu diumumkan bagi memastikan caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN bukanlah berbentuk faedah, sebaliknya untuk perkhidmatan yang diberikan.
"Saya menyarankan jawatankuasa muzakarah ahli majlis panel syariah membincangkan mengenai istilah tertentu yang digunakan melalui akad ataupun perjanjian antara peminjam dan pemberi pinjam supaya tidak bercanggah dengan hukum Islam," katanya .
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, usaha perlu dilakukan semua pihak terbabit bagi memastikan setiap produk pasaran modal dan perbankan Islam memberikan saingan terbaik kepada produk konvensional.
- Berita Harian

Friday, April 18, 2008

Naib Presiden LDP isytihar keluar parti

KOTA KINABALU 17 April - Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Yun Fah hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu bersama ahli jawatankuasa di Bahagian Merotai dan Balung serta melibatkan lebih 1,000 ahli.

Yun Fah berkata, beliau melepaskan semua jawatan yang disandangnya dalam parti berkuat kuasa hari ini dan kedua-dua bahagian tersebut dibubarkan.

Menurut beliau, keputusan nekad itu diambil selepas mendapati tindakan menggantung keahliannya bersama empat lagi pemimpin kanan LDP oleh Majlis Tertinggi (MT) parti dilakukan secara tidak adil.

"Kita tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan yang menggantung keahlian kami tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terlibat, sebaliknya menyebarkan perkara itu kepada media.

"Sepatutnya MT LDP perlu memberitahu kepada kami dahulu sebelum membuat sebarang keputusan besar seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong memberitahu, MT LDP dalam satu mesyuarat memutuskan menggantung keahlian Yun Fah dan empat lagi pemimpin kanan parti itu kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap calon BN pada pilihan raya umum lalu.

Kesemua mereka diberi tempoh selama 10 hari untuk berjumpa dengan MT parti itu bagi memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Yun Fah yang sebelum ini Ketua LDP Bahagian Merotai berkata, beliau tidak menyesal dengan tindakan keluar parti kerana berasakan semua pengorbanannya selama ini seolah-olah tidak dihargai.

"Saya sudah jangka terpaksa pilih keputusan ini, ia bukan kerana saya tidak dipilih mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai pada pilihan raya umum lalu," katanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Mengenai tawaran untuk menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP), beliau tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti tersebut tetapi pada masa ini belum membuat apa-apa keputusan.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof menawarkan secara terbuka kepada Yun Fah untuk menyertai parti itu bagi meneruskan karier politik selepas digantung keahliannya.

Nik Sapeia berkata, sekiranya bersetuju Yuh Fah, beliau akan ditawarkan jawatan Pengerusi PPP Negeri dan penyandang sedia ada telah bersetuju memberi laluan kepada beliau.


p/s satu dah kluaq. Yang len bila lagi???

Nor Azreen berjaya dipujuk pulang


SEPANG: Che Siti Nor Azreen Che Ishak, remaja berusia 14 tahun yang mengikut seorang lelaki warga Indonesia ke Lombok Timur, Indonesia pada Disember tahun lalu, tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, malam tadi selepas berjaya dipujuk bapanya untuk kembali ke tanah air.
Dia yang dipanggil Azreen tiba bersama bapanya, Che Ishak Che Kob, dari Jakarta jam 9 malam tadi diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan wakil badan bukan kerajaan (NGO), Kijang Care membantu menjejakinya. Che Ishak, 45, berkata beliau gembira kerana dapat membawa Azreen pulang ke tanah air selepas menghadapi pelbagai halangan ketika di Indonesia.

"Saya bersyukur kerana Azreen selamat tiba di sini selepas banyak halangan dan dugaan terpaksa saya lalui. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak boleh tunggu lebih lama dan buat masa ini anak saya belum bersedia untuk bertemu media. "Banyak lagi masa...bila dia dah sedia saya akan panggil media. Buat masa ni tolong jangan rakam gambar anak saya kerana dia masih trauma," katanya sejurus keluar dari Balai Ketibaan Antarabangsa LCCT.
Turut menyambut kepulangan Azreen adalah beberapa kenalan keluarganya dari Rantau, Negeri Sembilan dan Pengerusi Kijang Care yang juga Adun Salor Kelantan, Datuk Husam Musa.
Sejurus keluar dari balai ketibaan, Azreen yang dikawal ketat petugas Kijang Care dan dipeluk erat bapanya terus ke sebuah kereta Proton Waja yang sedia menunggu untuk membawanya bertemu ibu dan ahli keluarga lain di satu lokasi rahsia. Kepulangan Azreen ke tanah air adalah hasil usaha sama Kijang Care dan Migrant Care dari Indonesia.
Azreen ditemui di sebuah perkampungan di Lombok Timur awal bulan ini dan ditempatkan di Pusat Kebajikan Sosial Lombok Timur sebelum dipertemukan dengan bapanya pagi Selasa lalu. Sehari sebelum itu, Che Ishak yang berasal dari Kelantan, ditemani wakil Migrant Care, Alex Ong serta dua wakil Kijang Care berlepas ke Jakarta membawa bekalan rendang ayam kampung, asam boi dan buah salak untuk memujuk anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga. Remaja itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, jam 9 pagi 20 Disember dengan alasan untuk melawat seorang rakan dan dihantar abangnya, Che Mohd Azroy, 15, ke perhentian bas berdekatan rumah.

Dia berjanji menghubungi bapanya jam 1 tengah hari untuk menjemputnya pulang, tetapi gagal berbuat demikian dipercayai mengikut seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang juga jirannya sebelum ditemui semula bersama lelaki berkenaan 4 April lalu.
-Berita Harian
P/S Alhamdulillah, ini juga merupakan usaha PAS. Paper mcm sembunyikan ja. Ayah dia secara terang dah habaq kerajaan negeri 9 tak buat apa.

Thursday, April 17, 2008

KHIR TOYO SANGAT BERANGAN UNTUK JADI TAUKEH BABI

Rupa-rupanya Khir Toyo sangat berangan-angan untuk menjadi taukeh babi bersama dengan orang kuatnya ADUN Tangjung Sepat, Karim Mansur. Tetapi angan-angannya berkecai kerana BN kalah pada Pilihanraya Umum lalu.Sebab itulah Khir Toyo dan Karim begitu lantang menghentam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam isu babi yang dibesar-besarkan oleh media pengampu BN.
Tembelang Khir Toyo dan Karim didedahkan oleh pemimpin MCA Dr Lee Chong Meng 2 hari lepas.Hari ini Kerajaan Selangor pula mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.
Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut."Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.
Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.
Karim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.
Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian. Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.Beliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor.
Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan binatang itu dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun. Karim, dihubungi Malaysiakini kelmarin, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.
Malah, katanya, beliau terlibat dalam usaha memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Kedah cemerlang, Perak terikat

ALOR STAR - Juara Liga Super, Kedah menghidupkan peluang ke pusingan kedua peringkat kalah mati Piala AFC selepas menumpaskan wakil Hong Kong, South China 3-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Darul Aman malam tadi.

Dua pemain import Sang Kenari, Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin muncul wira pasukan tuan rumah selepas meledakkan gol-gol kemenangan.
Ini sekali gus memastikan Hijau Kuning kini mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan di tangga kedua, ketinggalan tiga mata di belakang wakil Singapura, Home United.
Perlawanan pada separuh masa pertama berlangsung hambar sehingga meresahkan kira-kira 10,000 penyokong Hijau Kuning yang mengharapkan Kedah mengutip tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya pada kejohanan julung kali disertai pasukan bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah itu.

Percaturan Mohd. Azraai memasukkan penyerang berpengalaman, Hasmawi Hassan pada babak kedua perlawanan berjaya mengubah rentak permainan Kedah dengan melancarkan serangan-serangan berbahaya ke kubu South China sebaik sahaja wisel separuh kedua permainan ditiupkan pengadil.

Serangan bertali arus Kedah akhirnya membuahkan hasil selepas tandukan ke belakang Haswawi pantas disambar Alex James sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol untuk gol pertama Hijau Kuning pada minit ke-55.

Jentera tengah pasukan Kedah, Sam Martin memastikan kemenangan Sang Kenari menerusi dua golnya pada minit ke-70 dan ke-85.

Selepas ini Kedah akan berkunjung ke Maldives untuk menentang Victory FC pada 30 April sebelum menamatkan saingan peringkat Kumpulan D bertemu wakil Singapura, Home United di gelanggang sendiri pada 14 Mei.

Sementara itu, satu lagi wakil negara, Perak hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 dengan kelab Hong Kong, Kitchee dalam saingan Kumpulan E di Stadium Mongkok.

Keputusan itu bagaimanapun turut membolehkan Perak mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan kedua tetapi perlu menang menentang New Radiant (Maldives) pada 30 April dan Tentera Singapura pada 14 Mei.

Ketika ini, Perak di tangga kedua Kumpulan E dengan tujuh mata, ketinggalan tiga mata di belakang Tentera Singapura.

- Utusan Malaysia

Kerajaan Kedah Akan Laksana Sendiri Projek Pelancongan

ALOR STAR, 16 April (Bernama) -- Kerajaan Kedah akan melaksanakan program pelancongannya sendiri setelah Kementerian Pelancongan membatalkan semua perancangan mengikut Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dibuat dengan kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Menteri Besar Azizan Abdul Razak berkata beliau akan mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji MoU tersebut yang mana surat penamatannya diterima baru-baru ini.

"Selepas ini kita akan rancang sendiri program pelancongan negeri. Lagipun kita mampu melaksanakannya kerana mempunyai peruntukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini mengumumkan semua MoU bagi melaksanakan projek pembangunan dengan kerajaan negeri yang dikuasai parti pembangkang ditamatkan.Azizan berkata penamatan MoU tersebut tertakluk dengan terma-terma yang tidak difahaminya dengan jelas sebaliknya merugikan sektor pelancongan negara.

"Perjanjian itu menyatakan jika ada pihak lain memungkirinya ia boleh ditamatkan tetapi mereka mengatakan bahawa kita sudah ada perbezaan dasar dan pendapat," kata Azizan.

"Jika ada perbezaan dari segi dasar atau pendapat, kita boleh berbincang tetapi mereka tidak memberi peluang itu kepada kita," kata beliau sambil menambah semua program Tahun Melawat Kedah 2008 (TMK 2008) akan diteruskan seperti yang dirancang.

Mengenai projek pembangunan pelancongan Kedah Resort di Semeling antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan sebuah syarikat dari Qatar, beliau berkata kerajaan negeri akan mendapatkan penerangan terlebih dahulu daripada pihak terbabit.

Projek itu bernilai puluhan juta ringgit membabitkan kawasan tepi bukit seluas 600 hektar di Semeling.

Beliau turut mengumumkan semua anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Star yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) ditamatkan mulai hari ini.

Katanya kerajaan pakatan PAS, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan DAP telah mempunyai senarai calon dan mereka akan dilantik esok.

-- BERNAMA

MB Kedah Mahu Temui Perdana Menteri Bincang Kerjasama Negeri - Pusat

ALOR STAR, 16 April (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Katanya beliau akan menulis surat secara rasmi bagi mengadakan pertemuan itu mengikut tarikh yang dipersetujui oleh Abdullah.

"Kita mahu jalinkan kerjasama kerana kita menghormati sistem persekutuan negara tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan kita mahu berjumpa dengan Perdana Menteri untuk membincangan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau berkata antara perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu kelak ialah mengenai kerjasama kerajaan pusat dalam pembangunan negeri termasuk industri pelancongan.
Katanya kerajaan negeri kesal dengan tindakan Kementerian Pelancongan yang membatalkan persefahaman bersama (MoU) antara Majlis Tindakan Pelancongan (MTP) dengan kerajaan negeri atas alasan perbezaan dasar dan pendapat.

"Kita mahu Perdana Menteri meneliti perkara-perkara seperti ini bagi mengetahui apakah perbezaan dasar dan pendapat yang dimaksudkan itu", kata beliau.

-- BERNAMA

Wednesday, April 16, 2008

Tuan Guru Presiden di benarkan Pulang

Ketika dibenarkan keluar
Harap Tuan Guru berehat dulu
beliau juga telah diziarahi oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Hajjah Wan Ubaidah Wan Omar dan ADUN Tanjung Mas YB Ruhani Ibrahim


beliau telah menerima kunjungan Tengku Seri Paduka Raja, iaitu bapa saudara kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin

Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 6 hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Beliau keluar meninggalkan HSNZ jam 5.30 petang tadi.Beliau kelihatan sihat sepenuhnya dan sangat ceria ketika ditolak dengan menggunakan kerusi roda.
Beliau dimasukan ke hospital pada 10 April 2008 yang lalu,Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi hari tersebut dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.Beliau diserang stoke ringan .

Johor Muzium Umno

IPOH 15 April - Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.

''Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

''Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,'' katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.

Menurutnya, ia jelas terbukti apabila kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR negeri Kedah tetap mempertahankan industri padi di negeri itu kerana ia membekalkan 53 peratus beras negara.

''Sebab itu kita buat keputusan agar projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) tidak akan dibuat di kawasan sawah padi kerana kerajaan bimbang ia akan menjejaskan bekalan beras.

''Ini membuktikan kerajaan terdahulu membawa industri itu tanpa menghiraukan kesengsaraan rakyat kerana mengambil tanah sawah yang subur seluas 1,200 hektar untuk memajukan projek itu,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.

Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.

''Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.

''Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,'' katanya.

Tuesday, April 15, 2008

gambar perhimpunan black 14





Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit.Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.

Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang.

Dalam ucapannya, Anwar berkata, tunggu dua minggu sebelum beliau mengumumkan sama ada akan bertanding atau tidak dalam satu pilihanraya kecil.

Pada pilihanraya umum 8 Mac, Anwar hanya berkempen di seluruh negara akibat larangan tersebut dan mantan timbalan perdana menteri itu mendakwa ia diadakan bagi menghalang beliau bertanding.

sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sambutan tadi "di luar jangkaan."

Perhimpunan sempena 'Black 14' dan pidato perdana Anwar malam ini pada awalnya dijangka disertai 10,000 penyokongnya.

'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

Laungan "Reformasi", yang menjadi slogan penyokongnya sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998, dan "suara rakyat, suara keramat" memecahkan keheningan malam di tengah-tengah ibu kota.

Laungan ini sering menghiasi jalan-jalan ibu kota sejak September sepuluh tahun lalu hinggalah 2001 - sebelum tangakapan 10 aktivis gerakan itu dan pemimpin PKR.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman semalam berkata PKR tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Kelab Sultan Sulaiman yang bersejarah - termasuk menganjurkan perhimpunan persatuan-persatuan Melayu untuk menubuhkan Umno - kini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku menteri besar baru negeri Selangor.

Menurut Muhammad Sabtu, walaupun majlis makan malam itu di buat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

Ketika berceramah, Anwar menggesa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.

Anwar menuduh Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya.

"Siapa yang singkir Tun Salleh Abbas? Siapa yang melantik hakim correct, correct, correct? Siapa yang lantik hakim gula-gula Hacks yang menghukum saya selama 15 tahun?" katanya.
Perkataan "correct" (betul) sebanyak tiga kali itu merujuk rakaman video peguam VK Lingam yang didedahkannya, sementara "hakim gula-gula Hacks" itu pula Datuk Augustine Paul Sinnappen, kini hakim Mahkamah Persekutuan.

Mengenai timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Anwar mendakwa beliau terlibat dalam penyelewengan kontrak pertahanan kira-kira RM500 juta.

Beliau juga mendakwa Dr Mahathir mahu Najib menggantikan Abdullah bagi meneruskan warisan pentadbirannya dan sebagai satu percubaan menghalangnya (Anwar) menjadi perdana menteri.
- malaysiakini

Lebih 20 ribu banjiri Himpunan 'Black 14'


KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Walaupun pihak polis tidak memberikan permit, namun faktor 'Anwar' dilihat masih mampu untuk menarik lebih 20,000 dalam perhimpunan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tepat jam 9.15 malam, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim muncul dengan menyampaikan ceramah di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir malam tadi.

Perhimpunan yang digelar ""Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" telah dianjurkan oleh KeADILan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap Anwar hari ini.

Dalam ceramahnya itu, Anwar meminta semua untuk menunggu dua minggu dari tarikh hari ini untuk mengetahui sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil atau tidak.
Pada pilihan raya umum yang lalu, Anwar tidak dapat bertanding akibat larangan berpolitik namun, beliau dapat berkempen untuk calon-calon yang bertanding.

Sementara itu, dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut, Anwar tidak menjangkakan seramai itu yang hadir kerana pada jangkaan awal pihak penganjur hanya menjangkakan sekitar 10,000 sahaja.

Namun, kehadiran orang ramai sememangnya luar biasa apatah lagi diadakan di luar musim cuti serta di waktu malam pula.

Dalam perhimpunan tersebut, juga kelihatan pelbagai media yang terdiri di kalangan tempatan mahupun luar negeri.

Ketika Harakahdaily membuat tinjauan, seorang peserta yang hadir dalam perhimpunan malam tadi menjelaskan bahawa, inilah kali pertama beliau dapat mendengar ucapan Anwar secara dekat.

Sulaiman Murad, 43, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan menjelaskan, ucapan yang didengarnya pada malam itu mengingatkannya pada zaman reformasi.

"Himpunan sebegini ramai, walaupun tidak setanding di zaman reformasi tetapi sekurangnya ia menimbulkan kesan dan memberikan ingatan pada kita tentang peristiwa ketika itu. Siapa kata 'faktor Anwar' tiada. Pilihan raya lalu sudah cukup untuk membuktikannya,"jelasnya sambil memberitahu bahawa beliau hadir bersama rakan-rakan sepejabatnya.

"Tapi saya agak kecewa dengan tindakan pihak berkuasa. Mengapa halang Anwar dari teruskan ucapan. Kami (rakyat) mahu mendengar apa yang ingin disampaikan. BUkankah ini adalah premis persendirian.

"Pihak polis tiada kuasa dan hak.Mana perginya profesionalisme pihak polis yang sering dilaungkan?"tegas Suraya Ahmad, 27, yang turut sama berada di lokasi perhimpunan.
Menurutnya, pihak polis sepatutnya profesional. Perlu memahami dan sedar situasi politik ketika ini tidak sama. Rakyat mula sedar dalam perkembangan yang berlaku terhadapat arus politik negara.

Tambahnya, apakah pihak berkuasa bersekongkol dengan pemerintah dan pemerintah pula masih tidak serik dengan penangan yang diterima mereka daripada rakyat dalam pilihan raya lalu?

Dalam pada itu, sebelum ini Ketua polis Kuala Lumpur Dato' Muhammad Sabtu Osman berkata pihak KeADILan tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Menurutnya, walaupun perhimpunan itu dibuat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu. - mks.
P/s Perjuangan yang sebenar makin hampir !

Monday, April 14, 2008

Cukuplah setakat ini – Othman


ALOR STAR – Walaupun teka-teki mengenai kedudukan Datuk Othman Aziz sebagai pengurus Pasukan Bola Sepak Kedah (KFA) telah terjawab tetapi beliau sendiri kemungkinan akan melepaskan jawatan tersebut.
Menurut Othman, musim ini mungkin menjadi musim yang terakhir baginya untuk memegang jawatan sebagai pengurus skuad Kenari itu.

‘‘Mungkin ini merupakan musim terakhir (sebagai pengurus) bagi saya,’ ‘katanya.

Beliau turut menjelaskan desas-desus dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan beliau memohon untuk mengekalkan jawatan tersebut setelah Barisan Nasional (BN) tumbang di negeri jelapang padi itu pada pilihan raya lalu.

‘‘Sebenarnya Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sendiri yang mahukan saya meneruskan khidmat sebagai pengurus pasukan KFA.

‘‘Saya dengan berbesar hati menerima tawaran tersebut setelah berbincang dengan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan beliau merestuinya,” jelasnya.

Tambah Othman, Mahdzir turut menasihatkan beliau supaya memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan bola sepak negeri ini.

‘‘Saya akan memastikan skuad Kenari akan terus menjuarai Liga Malaysia pada kali ini,”azamnya.
P/s :- Tak dak masalah kalu nak letak jawatan...rasanya azraei yang lagi menyumbang..bukannya dia..

Anwar belum sedia umum ‘calon laluan’


SHAH ALAM 13 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia mengumumkan nama ahli Parlimen dari parti itu yang bakal menarik diri untuk memberi laluan kepadanya bertanding pada pilihan raya kecil selepas larangan yang dikenakan terhadapnya berakhir 14 April ini.

Sebaliknya beliau berkata, perkara itu bukan menjadi keutamaan parti ketika ini kerana masih banyak perkara perlu difikir ekoran kemenangan PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum lalu.

Ini kerana katanya, beliau tidak mahu parti itu mengambil pendekatan pentadbiran yang diamal oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya mencampurkan politik dengan perniagaan dalam pentadbiran.
“Pada pilihan raya umum lalu, kami (PKR, DAP dan Pas) berjaya memenangi majoriti di lima negeri termasuk di Selangor.

“Oleh yang demikian, masih banyak perkara perlu kami fikir dan kami buat bagi memperkemaskan pentadbiran termasuk program yang akan diadakan kerana kami (PKR) tidak mahu ikut cara BN.

“Bagaimanapun, soal ahli Parlimen yang akan menarik diri untuk memberikan laluan kepada saya, perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin PKR di Hotel Quality, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya mengenai pandangannya berhubung desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, beliau berkata, bukan hanya Abdullah sahaja yang perlu berbuat demikian, tetapi juga oleh Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana katanya, kedua-keduanya (Abdullah dan Najib) adalah orang yang bertanggungjawab mengetuai serta merangka strategi kempen BN ketika pilihan raya umum lalu.

“Kedua-duanya perlu berbuat demikian kerana mereka yang bertanggungjawab terhadap prestasi BN pada pilihan raya umum lalu termasuk pergolakan dalam UMNO sendiri.

“Bagaimanapun bagi ahli UMNO yang tidak puas hati, saya cadangkan supaya mereka menyertai Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Beliau kemudian dengan nada sinis meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya lebih memikirkan tentang kesihatannya sendiri daripada terus mengkritik beliau mengenai isu-isu tertentu.

Anwar juga menyifatkan tindakan Tun itu sebagai satu ‘leteran’ orang tua yang berniat jahat dengan mengaitkannya mempunyai hubungan rapat dengan pelobi Yahudi.
Utusan Malaysia

PAS Kedah tubuh Pusat Khidmat Wakil Rakyat


ALOR STAR, 14 April (Hrkh) - PAS Kedah akan mewujudkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Pesuruhjayanya, Ir. Phahrolrazi Zawawi di dalam satu perjumpaan khas petugas PAS di sini malam tadi.
Dalam perjumpaan yang dihadiri lebih 1,000 orang itu, Phahrolrazi menjelaskan untuk bagi Dun yang tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat akan dijadikan sebagai DUN angkat.

"Antara tujuan diwujudkan PKWR adalah untuk menjadi pejabat wakil rakyat dan memudahkan urusan rakyat dengan wakil rakyat. PKWR juga akan bertindak sebagai pembantu kepada wakil rakyat," jelasnya.
Menurut beliau, semua hal pengurusan PKWR tersebut akan dibiayai sendiri oleh Adun PAS yang berkenaan dengan dipantau oleh PAS Kawasan.

"Untuk melaksanakan cadangan tersebut, PAS Kedah telah mengeluarkan kertas kerja panduan kepada semua kawasan. Saya agar semua petugas parti bersama menjayakan gerakerja yang direncanakan di bawah PKWR ini," katanya lagi. - mks

Lebih 40 ribu borang ahli PAS habis di Kedah


MERBOK, 14 April (Hrkh) - Lebih 40,000 borang keahlian PAS habis dalam seminggu di Kedah, demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Hassan Razak semasa merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok Kali Ke-24 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Merbok (PUTIM), Pengkalan Kakap di sini.

"Keadaan hari ini, lepas kita menang di beberapa buah negeri, pakat menderu-menderam ambil borang. Borang KeADILan, borang-borang PAS, borang Kelab Penyokong PAS.

"40,000 dicetak untuk negeri Kedah, tak sampai seminggu habis! La ni kita ada 150,000 ahli PAS seluruh Kedah, lepas ni akan jadi 190,000 insya-Allah," ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengimbas kembali kebangkitan rakyat pada pilihan raya yang lalu yang disifatkan beliau masih belum disedari pemimpin Barisan Nasional (BN) sedangkan rakyat semakin sedar.

"Sepatutnya sebagai orang politik sudah boleh baca apabila orang India menyebut 'Makkal Sakhti' sepatutnya dia (pemimpin BN) sudah boleh fikir. Apabila orang Cina menyebut 'Gai Ge', dia boleh fikir. Apabila orang Melayu menyebut 'Reformasi' sepatutnya mereka sudah boleh fikir.

"Tetapi mereka masih tidak boleh fikir kerana pemikiran mereka dihalang, ditadbir, didinding oleh projek-projek besar yang menguntungkan mereka dan menguntungkan peribadi anak menantu mereka," ujar beliau.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin BN Kedah yang meninggalkan jumlah beban hutang yang besar.

"Rupanya selama 50 tahun mereka mentadbir, bukan mereka mentadbir untuk memberi pembangunan kepada rakyat. Bukan mereka tadbir untuk memberi kebajikan kepada rakyat. Bukan mereka gunakan semua agensi kerajaan itu untuk mentadbir pembangunan rakyat.

"Rupa-rupanya wang yang banyak itu mereka agih untuk diri mereka dan ahli keluarga mereka, konco-konco mereka, pengampu-pengampu mereka menyebabkan rakyat memikul bebanan yang begitu berat iaitu RM2 bilion hutang yang ditinggalkan," katanya.

Dalam menjelaskan tanggungjawab kerajaan baru memikul hutang itu, beliau memberikan analoginya yang tersendiri.

"Nak buat macam mana dah kita menikah dengan janda orang. Janda tu berhutang, maka kita berkahwin dengan dia, sebagai suami dia maka tanggungjawab dan kewajipan suami baru kepada janda tersebut kena bayar hutangnya walaupun RM2 bilion," ujarnya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyeru agar ahli parti berperanan sebagai kerajaan bukan lagi bersikap pembangkang. Malah menyentuh hubungan dengan bukan Islam beliau meminta ahli parti mewujudkan pendekatan yang berakhlak.

"Jadi gunalah bahasa dan pendekatan yang baik dengan orang yang bukan Islam dengan akhlak kita yang terpuji untuk menawan hati mereka. Hasil daripada mereka tertawan dengan akhlak kita, maka mereka akan bersama-sama dengan kita.

"Yang boleh pusing hati mereka Allah SWT sahaja, kita hanya boleh tunjuk akhlak yang baik macam Nabi menunjukkan akhlak yang baik kepada seluruh masyarakat Arab," serunya.

Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Ahli Parlimen Merbok, Dato' Rashid Din dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid. - mks.

Sunday, April 13, 2008

Filem Dunia Baru The Movie Hina Islam


Assalamualaikum.....Dua tiga hari yang lalu saya ada membeli DVD bertajuk dunia baru... bukan saya minat sangat pun nak tgk filem ni tetapi saya teringat masa tahun lepas bulan 6 tak silap saya dia punya Pengarah fotografi(DOP) ada call saya mintak saya shoot fotografi untuk filem ni... dia cakap bayaran satu scene Rm300 memang lumayan la tetapi oleh kerana ada tugasan lain yang saya perlu ikuti terpaksalah saya melupakan hasrat tersebut....

tetapi dia memujuk saya jugak disebabkan dia perlukan fotografer last minit, dia ada memberitahu saya semua pelakon ni muda-muda belaka malahan cantik pula, walaupun bermacam-macam pujukan yang telah digula-gulakan kepada saya semua tu tak dapat membawa saya ke sana..... saya di fahamkan bahawa shooting ni berlangsung di Yan dan Pendang Kedah tu la sebabnya dia perlukan kru dari kalangan org tempatan tak payah la nak bayar mahal-mahal.

Ok berbalik kepada filem ni, semasa menonton saya dapati satu scene tu telah diisi dengan satu lagu nasyid iaitu "Sepohon Kayu" akan tetapi mereka ini mempersembahkan dengan begitu biadap sekali iaitu dgn cara tidak menutup aurat dan mengganguk kepala seolah-olah lagu rock.... ini amat menyedihkan...

Antara Salakan anjing dan ladang babi

Assalamualaikum..,,ketika memandu pulang lewat petang tadi ana mendengar siaran salam masjid radio ikim kendalian ust zamri zainal abidin.ketika asyik mendengar maklumat pengisian masjid dan surau dari pemanggil juga dari sms yang dibaca olih ust zamri terjadi satu yang menarik perhatian iaitu bilamana panggilan talipon diterima olih ust zamri daripada pn salwa binti baharom dari masjid alfalah subang jaya.

ketika pn salwa memaklumkan aktiviti masjid alfalah kedengaran dengan agak jelas suara salakan anjing sehingga ana yang sedang asyik turut terasa semacam teruja dengan salakan tersebut.terasa damai dihati.ana ingatkan ana seorang sahaja yang perasan salakan tersebut tetapi ust zamri sebagai pengacara turut teruja bila mana ust zamri mengulas mengenainya sesudah selesai pn salwa memberikan maklumatnya.

kata ust zamri"ketika pn salwa menyampaikan maklumat kedengaran satu suara latar(salakan anjing).itulah bukti bahawa kita umat islam adalah jiran yang penyayang,bukti umat islam bolih hidup dengan jiran yang bukan islam. kita adalah agen agen damai".

itulah lebih kurang kata ust zamri yang bolih ana petik yang menunjukkan dia juga teruja dengan suara salakan anjing tersebut.dan ulasannya membawa seribu makna kepada kita rakyat malaysia.sebelum itu disebelah petang ini juga ana singgah di rumah kawan di paka.

ketika dirumahnya ana terpandang gambar yang disiarkan olih utusan"MELOYA" yang menunjukkan sekumpulan orang melayu (dipercayai orang UMNO) sedang menunjuk perasaan dihadapan pejabat exco selangor teresa koh kerana membantah projek ternakan babi tertutup bernilai RM100 ribu. dari gambar tersebut kelihatan kain rentang yang bolih ana katogerikan sebagai biadap dan berbaur perkauman.

hal ini menyebabkan ana termenung sebentar apabila mendengar ulasan ust zamri tadi.sungguh tidak diduga 2 kejadian yang berbeza suasananya bolih terjadi dan ianya terjadi di selangor darul ehsan.mana mungkin orang melayu selangor bolih jadi sebegitu biadab walhal salakan anjing tadi membuktikan orang melayu selangor bolih hidup dengan aman damai dan saling hormati menghormati dengan bangsa berlainan agama.itulah persoalan yang menjadi tanda tanya sepanjang pemanduan pulang dan sesudah mendengar ulasan uts zamri.

dirumah apabila ana membuka komputer dan melayari internet, tiba tiba terpampang "offline messages"(dengan izin) dari seorang kawan yang berada di mesir(penuntut alazhar) seperti dibawah: " Anda boleh rujuk kitab Abu Ala Maududi bertajuk Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam... antara kesimpulannya sesuai dgn keadaan negara kita...


1) Pemerintah Islam wajib mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya terhadap umat Islam...

2) Pemerintah Islam wajib membenarkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh agama rakyat mereka (yang non Muslim) untuk lakukan, contohnya tidak dibenar ganggu tempat peribadatan mereka, tidak boleh meroboh bahan sembahan mereka, membenarkan makan khinzir dan meminum arak...

3) Semua agama mengharamkan judi dan pelacuran... maka, pengharamannya adalah mutlak tidak kira agama apa pun...

4) Arak dan makan khinzir dibenarkan kepada non Muslim... maka, pemerintah Islam perlu menyediakan tempat atau premis yang tertutup, khas untuk non Muslim"

terpegun seketika membacanya, dan seketika ana rasakan ada yang tidak kena dengan tunjuk perasaan tersebut.tiba tiba ana teringat kata kawan ana ketika ana melihat gambar tunjuk perasaan tersebut.katanya "kalau aku ada kat selangor pun aku akan turut serta tunjuk perasaan itu, bukannya apa mesti dapat duit,bayangkanlah berapa bolih dapat kalau asyik duk buat tunjuk perasaan.

"hujjjah yang menarik yang mengandungi seribu satu makna.tunjuk perasaan bukan budaya kita tapi bila tabur wang ia akan bertukar menjadi budaya kita atau lebih tepat budaya UMNO.akhirnya ana faham apa sebenarnya berlaku.babi hanyalah masalah tinggalan UMNO dan tindakan kerajaan selangor hanyalah tindakan pembetulan kepada permasalahan yang telah lama dihadapi penduduk selangor yang pula sedar dan inginkan kedamaian dan keamanan. salakan anjing serta kesabaran orang melayu islam berhadapan pencemaran yang berpunca dari penternakan babi sejak bertahun tahun dulu menjadi bukti nyata.

namun UMNO sebagai makhluk perosak menggunakan babi sebagai isu dengan fakta yang diputarbelit serta olih kerana ada sebahagian orang melayu yang tidak bermaruah maka hanya dengan RM 100.00 mereka sanggup berdemo dan memegang kain rentang yang biadap dan tidak bermoral.malang sungguh nasib golongan ini yang selama ini bergantung hidup dengan UMNO.................

'Peluk Islam tak perlu dimaklum'


KOTA BHARU: Ketika pelbagai pihak menyatakan sokongan terhadap cadangan kerajaan mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam supaya terlebih dulu memaklumkannya kepada ahli keluarga, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun mempunyai reaksi berbeza.
Beliau berkata, seseorang yang mahu memeluk Islam perlu mempunyai perasaan inginkan Islam dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan daripada pihak lain atau hanya memeluk Islam selepas mendapat pandangan ahli keluarga. "Dia (bukan Islam) nak masuk Islam, dia masuk... tak payah beritahu (keluarga). Cuma untuk menjaga keharmonian keluarga, beritahu lebih baik. Tapi nak beritahu dulu baru nak masuk Islam itu tak betul kerana Islam datang dari kalbu sendiri.

"Kalau manusia sendiri nak pada sesuatu benda, buat apa cakap pada orang lain. Beritahu tu cuma nak jaga hubungan keluarga takut kecil hati, sekadar itu saja. Tapi, yang penting kecil hati atau tidak, kalau nak masuk (Islam), kena dengan kerelaan sendiri," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis muhibah mesra kaum, di sini, semalam, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cadangan kerajaan itu hanyalah berkaitan perkara teknikal, tetapi yang lebih penting keinginan memeluk Islam tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak.
"Itu masalah teknikal (perlu memaklumkan kepada keluarga)... tetapi jangan sampai tak jadi masuk Islam kerana orang tua (ibu bapa) marah. Itu tak betul kerana Islam datang dari iman, iman pula dari hati dan kalbu kita," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin, bahawa kerajaan akan memperkenalkan peraturan baru mewajibkan mereka yang ingin memeluk Islam supaya mengisytiharkan perkara itu secara terbuka. Perdana Menteri dilaporkan berkata, tindakan memeluk Islam secara senyap seperti diamalkan sekarang mengundang banyak masalah apabila pihak yang memeluk Islam itu meninggal dunia kerana keluarga tidak mengetahuinya.
Mengulas cadangan penubuhan Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC) oleh kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di Pulau Pinang, Nik Abdul Aziz menyifatkan cadangan itu dapat meningkatkan kefahaman dan mewujudkan perasaan sangka baik antara kaum. "Cadangan itu boleh mewujudkan muhibah antara kaum supaya tiada salah sangka antara satu sama lain. Kita juga boleh memberi peluang kepada orang lain menyoal hal berkaitan Islam yang mereka tak faham.

"Penubuhan majlis itu untuk berbincang memang boleh, macam kita Melayu, Cina dan India duduk sekali berbincang... tak ada apa masalah," katanya. Semalam, akhbar melaporkan Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) meminta kerajaan negeri berhati-hati dengan cadangan penubuhan IRGC bagi mengelak kontroversi.
Yang Dipertua PUMPP, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, dilaporkan berkata penubuhan majlis itu dilihat menyamai cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Berita Harian.