Monday, April 7, 2008

Terima pandangan dengan hati terbuka

PULAU PANGKOR 6 April - Semua pihak wajar menerima kenyataan pedas Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas UMNO sejak kebelakangan ini dengan hati terbuka kerana ia bertujuan untuk memulihkan kekuatan parti dan perpaduan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sebagai bekas Presiden parti dan Perdana Menteri yang berpengalaman luas, sudah tentu Dr. Mahathir mempunyai pandangan tersendiri demi kebaikan semua.

''Beliau adalah bekas pemimpin tertinggi parti dan negara, jadi pandangan yang dikemukakannya wajar dihargai dan difikirkan oleh kita bersama.

''Kita tidak boleh mudah melenting, kita perlu jujur dalam memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program khidmat masyarakat Projek Membina Tukun Tiruan anjuran pelajar tahun dua Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur di perairan Pulau Giam, Teluk Nipah di sini semalam.

Beliau mengulas tindak-tanduk Dr. Mahathir yang sejak akhir- akhir ini lantang mengkritik kepimpinan UMNO secara terbuka berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen selepas menang 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 82 kerusi.

BN juga gagal mengekalkan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal merampas Kelantan daripada Pas.

Dr. Zambry berkata, sebarang usaha untuk memperbetulkan kelemahan dalam parti mesti dilakukan dengan jujur terutamanya dalam mengakui sebarang kesilapan dan kelemahan yang telah berlaku.

Beliau juga percaya, kenyataan Dr. Mahathir itu tidak memberi impak yang negatif atau menjejaskan kekuatan UMNO sebagai tunjang politik orang Melayu dan BN.

''Jika kita melihat kenyataan Dr. Mahathir itu daripada konteks negatif maka ia akan memberikan impak negatif dan begitu juga sebaliknya.

''Diharap kenyataan seumpama itu perlu diperhalusi dan pucuk pimpinan parti harus melakukan perubahan yang diharapkan akar umbi," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor.

Admin :- aku pun pening...ada kata, Tun jgn teguq dah..ada minta terima teguran..pak lah kata tun salah...woi pak lah.. hg kata operasi lalang 1987 dulu salah Tun M, awat hang tak teguq masa tu? awat hang sanggup jadi TPM? hang tu yang gila jawatan... minum tongkat ali la...jgn bagi mengantuk...

No comments: