Wednesday, April 9, 2008

Sama Hebat Abang dan Adik ni....

KUALA LUMPUR – Juara empat kali, Selangordimalukan kelab Liga Perdana, Kuala Muda NAZA apabila tewas 0-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, semalam.

Pasukan Merah Kuning itu terpaksa menerima hakikat tunduk kepada jaringan tunggal perlawanan menerusi Farderin Kadir pada minit ke-48.
Ternyata status Selangor selaku juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 di samping pasukan di tangga kedua Liga Super ketika ini langsung tidak menggerunkan Kuala Muda NAZA.

Sebaliknya beraksi di gelanggang sendiri menyuntik semangat Kuala Muda NAZA untuk sekurang-kurangnya membawa bekalan agak baik menjelang suku akhir kedua di Stadium Shah Alam pada 22 April ini.

Juara bertahan, Kedah pula seperti dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Melaka 4-1 pada perlawanan di Stadium Hang Tuah.

Gol-gol pasukan pelawat dijaringkan Sabri Abu (m-15), Marlon Alex James (m-48, pen-77) dan Mohd. Fadly Baharom.
Ustaz Samarahan :- Kedah terus mara...biar final geng kedah ja jumpa...

No comments: