Monday, April 7, 2008

UMNO Pahang tidak ambil tindakan terhadap Ahmad Tajuddin

KUANTAN 7 April - UMNO Pahang tidak akan mengambil tindakan terhadap Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang meminta agar semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan itu dibuat kerana kenyataan lantang Ahmad Tajuddin itu hanya bersifat peribadi dan bukan mewakili UMNO negeri.
Menurutnya, beliau telah memanggil Ahmad Tajuddin untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu semalam.

``Saya dapati kenyataannya hanya bersifat peribadi dan saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.- Utusan.

Ustaz Samarahan :- Takkan berani depa pecat punya...dalam keadaan yang macam ni..menempah maut la...

No comments: