Monday, April 7, 2008

Pemain, penyokong kunci Kedah

SHAH ALAM - Komitmen pemain dan sokongan padu penyokong kunci utama kemenangan Kedah ke atas Selangor di Stadium Shah Alam, kelmarin sekali gus meninggalkan lawan mereka itu di tangga kedua dengan jurang lapan mata.

Kata jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah, kemenangan tersebut memberikan tiga mata berharga buat pasukannya yang dalam masa yang sama terpaksa mengharungi masalah kecederaan pemain termasuk yang terbaru kelmarin apabila Samransak Kram mengalami kecederaan lutut.

''Pemain saya begitu fokus untuk menang pada perlawanan malam ini walaupun ada di antara pemain yang masih lesu kerana jadual perlawanan yang padat selepas baru pulang dari Hong Kong untuk perlawanan Piala AFC,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas perlawanan.

Jelasnya, dengan kehadiran penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu tatkala bermain di tempat lawan, pemain jelas tidak menghampakan kehadiran mereka dan menang ke atas pasukan yang bukan calang-calang, Selangor.

Ujarnya, Kedah perlu mengekalkan tempo permainan untuk terus berada di puncak kerana lawan selepas ini bukan pasukan yang biasa, iaitu Perlis, Pahang dan Terengganu.

Tambah Azraai lagi, dia tidak mengambil pemain secara sesuka hati dan memperjudikan nasib mereka begitu sahaja sebaliknya dia yakin dengan pamain yang dipilihnya.

admin :- Kedah pantang kalah !!!!!

No comments: