Sunday, March 9, 2008

Reformasi !


Seruan Mentorku dalam berpidato......Aku usaha untuk berpidato sepertinya..agar dakwahku lebih berkesan...
Allah hu Akhbar !!!!
Hari ini, melalui kertas undi, anda telah mendengar suara hati anda dengan sepenuh tekad bahawa masa untuk perubahan sudah tiba.

Rakyat Malaysia telah bersuara. Ini adalah detik bersejarah, yang luar biasa dalam sejarah negara kita.

Hari ini lebaran baru telah dibuka. Rakyat telah mengundi dengan berani dan terbuka untuk melangkah ke satu era di mana kerajaan yang dibentuk mestilah bersifat terbuka dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya adalah satu rakyat yang bersatu.

Rakyat telah meluahkan tanpa sebarang ragu bahawa mereka tegas mahukan akauntabiliti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

Hari ini, perpaduan dan persefahaman bersama antara rakyat telah menang. Esok, kita akan memulakan gerak kerja untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Malaysia, dengan saling berpimpin tangan dan berganding bahu ke bahu.

Inilah harapan baru untuk Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

No comments: