Thursday, March 27, 2008

Kereta-kereta Exco Kedah disabotaj?


ALOR SETAR, 27 Mac (Hrkh) - Semasa berada di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman semalam, penulis sempat bertemu beberapa orang sahabat di kantin bangunan tersebut.

Duduk bersama ialah dua orang pemandu kepada Exco Kerajaan Negeri yang baru dilantik selepas PAS/BA berjaya menubuhkan kerajaan.

Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas.
Kata salah seorang dari pemandu tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya sabotaj oleh pihak-pihak tertentu sebelum memulangkan kereta-kereta tersebut untuk digunakan oleh Exco yang baru selepas mengetahui Umno/BN gagal mengekalkan kuasa di Kedah.

"Ini berdasarkan keadaan kereta yang kita mula-mula guna, teruk sekali. Ada dua buah terpaksa ditukar "gear-box", sedangkan kata bahagian pengurusan kereta-kereta tersebut barus sahaja diservis.

"Ada pula kereta yang sampai berasap bila dibawa. Satu lagi pula setiap hari perlu ditambah minyak enjin. Lagi teruk, setiap kereta tu sepatutnya ada pemain CD, tapi yang tinggal kini hanya pemain kaset," katanya
Admin :- betul maklumat ini...YB Ir Pahrolrazi turut menyatakan masalah yang sama...klu ada peluang, guna ja saluran undang-undang...bukan balas dendam.. yang salah tetap salah, jika tak, ini akan jadi budaya pada masa hadapan...

No comments: