Malam ini bertempat di KOMPAS (Kompleks Pas Kedah) Kota Sarang Semut, Batu 9 akan diadakan majlis bersama pemimpin bersama dengan YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan juga YB-YB BA yang lain...Semua rakyat dijemput hadir....nampaknya keluarga ku yang sepanjang tempoh berkempen ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan PAS di kawasan kami...
Penceramah pada malam ini ialah Dato Mustapha Ali, YB Dato Paduka Husam Musa dan juga YAB Ustaz Azizan Abdul Razak...Secara dasarnya saya sendiri pun terkejut dengan kemengangan Pas kali ini...mengambil kata-kata Tuan Guru Nik Aziz ketika berjaya menawan Bumi Serambi Mekkah..."Inilah kemenangan yang tidak disangka-sangka"....
Apapun..pelbagai muhasabah, post mortem perlu diadakan...pengundi yang memberi undi seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin..cuba penuhilah kehendak rakyat..dalam masa yang sama juga kehendak Tuhan juga harus dipatuhi dan mesti dilaksanakan, namun haruslah dengan cara yang beristiqomah..lagkah bijak Ust Azizan untuk memberikan jawatan exco kpd DAP harus dipuji..Kemantapan perpaduan harus di jaga...Kepada yang dilantik menjadi exco...laksanakan janji2 kita pada rakyat..Pastikan Pas terus memerintah Kedah pada masa hadapan..
Berikut adalah puisi yang daku sedut dari blog Faisal Tehrani...
Puisi Pagi Ahad: Tuhan, Terima Kasih Memberi Kami...
(Untuk mereka yang tidak mahu kalah dan putus asa, mereka yang tidak mahu menerima kekerasan sebaliknya kelembutan, untuk mereka yang rebah tetapi bangkit kembali, untuk mereka yang tidak mahu dihambakan, dan meraikan kemerdekaan; untuk Malaysia)
(Untuk mereka yang tidak mahu kalah dan putus asa, mereka yang tidak mahu menerima kekerasan sebaliknya kelembutan, untuk mereka yang rebah tetapi bangkit kembali, untuk mereka yang tidak mahu dihambakan, dan meraikan kemerdekaan; untuk Malaysia)
Tuhan, terima kasih memberi kami rasa percaya, bukan ragu
Tuhan, terima kasih memberi kami rasa nekad, bukan gentar
Tuhan, terima kasih memberi kami pengorbanan, bukan kerehatan
Tuhan, terima kasih memberi kami kerendahan diri, bukan keangkuhan
Tuhan, terima kasih memberi kami keikhlasan, bukan kepura-puraan
Tuhan, terima kasih memberi kami kehalusan, bukan ketakburan
Tuhan, terima kasih memberi kami dugaan, bukan pengabaian
Tuhan, terima kasih memberi kami amanah, bukan kecelakaan
Tuhan, terima kasih memberi kami kesungguhan, bukan kelekaan
Tuhan, terima kasih memberi kami kebajikan, bukan bencana
Tuhan, terima kasih memberi kami keselamatan, bukan kesulitan
Tuhan, terima kasih memberi kami keamanan, bukan kehuru-haraan
Tuhan, terima kasih memberi kami kemakmuran, bukan kemelaratan
Tuhan, terima kasih memberi kami ganjaran, kerana pahala-Mu terlalu melimpah
Tuhan, terima kasih memberi kami tangisan ini...
Terima kasih Tuhan memberi kami dengan begitu banyak
Bimbing kami Tuhan supaya kami tidak melakukan kejahatan,tidak melakukan penyelewengan, tidak melakukan keganasan demi keserakahan
No comments:
Post a Comment