KLANG 24 Mac – Sepuluh anggota Exco kerajaan negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Mereka terdiri daripada empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga daripada PAS dan tiga daripada DAP.
Empat exco PKR ialah Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr. Xavier Jayakumar, daripada DAP ialah Theresa Kok, Ronnie Liu dan Ean Yong Hien Wah, manakala daripada PAS ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali, Dr. Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.
Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR)memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan,
Yaakob Sapari (PKR)
(Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan),
Rodziah Ismail (PKR)
(Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi),
Elizabeth Wong (PKR)
(Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar),
Jaya kumar (PKR)
(Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin).
Teresa Kok(DAP) pula memegang portfolio
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,
Roney Liu (DAP)
(Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan
Ean Yong Hien Wah(DAP)
(Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram).
Dato Hassan Ali (PAS) pula memegang portfolio
Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam,
Dr Halimah Ali (PAS)
(Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) manakala Iskandar (PAS)
(Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).
Dalam pilihan raya 8 Mac lepas, PKR memenangi 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan kerusi untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional. — Bernama
Monday, March 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment