Assalamulaikum,
Semalam adalah majlis bersama MB baru Negeri Kedah Darul Aman, majlis diadakan di Bt 9 di KOMPAS. Saya secara peribadi mmg nak pergi, tp kesihatan yang sedikit terjejas menyebabkan saya rasa mcm tak nak pegi saja. Ahli kluarga saya dah bertolak dengan lebih awal. Nak maghrib di sana katanya.namun pada jam 8 mlm sya ambil keputusan untuk pergi juga. Dengan menaiki motor honda c70 yang tanpa roadtax, aku menyusur juga jalan kampung menghala ke batu 9. 3km untuk sampai ke lampu isyarat simpang 4, kenderaan sudah bergerak perlahan.Bila saja saya melewati kawasan tersebut, kesesakkan yang teruk telah berlaku, menunujukkan betapa ramainya manusia yang hadir untuk mendengar amanat MB baru.Setelah parkir motor, saya melintas jalan untuk ke KOMPAS, alhamdullah..didapati Unit Amal berkerjasama dengan PDRM untuk melalui lalulintas, ada antara mereka hanya trafik, tetapi ada juga yang Inspektor, ASP serta OCPD..
Barangkali nak menjaga MB baru yang slama ini mereka tangkap, pukul serta sembur gas. Namun kita husnuzon.Barangkali mereka menerima arahan bodoh daripada kerajaan BN. Jalan dari pinggir jalan ke dalam kompas sudah begitu sesak, saya mengambil tempat didalam surau.saya berani kata kehadiran pada mlm itu ialah 150 ribu rakyat kedah. Ketibaan MB diiringi motosikal polis traffic..Alhmdullah, dgan berbaju melayu berkopiah putih..Inilah MB baru kedah..berjalan naik ke pentas disambut YB-YB dari Pas, PKR dan juga DAP..Kaum cina serta India ramai juga yang hadir...
Majlis pada malam itu dipengerusikan oleh SU dewan harian Pas negeri, Yusoff Hussain.Ucapan dimulakan oleh YB Mahfuz Omar, Tuan Guru Dato Prof Haron Din, YB N.Gobalakrishnan dan diakhiri YAB Ustaz Azizan Bin Abdul Razak... Berikut intipati ucapan mereka..
YB Mahfuz Omar (MP Pokok Sena)
- Ucap syukur dan juga terima kasih kepada rakyat yang menyokong.
- mengibaratkan UMNO skarang ini mcm menantu yang nak kebas duit pak mertua.
- Kerajaan yang dibina akan sedaya upaya memerintah dengan adil dan beramanah.
- Minta Berita Hrian menarik balik berita fitnah bahawa Pas arah Kemas ditutup.
- Pas akan meminta penyokongnya boikot dari membeli berita Harian jika tidak ada pemohonan
maaf dari pihak terbabit
Dato Tuan Guru Hj Haron Bin Din(Tmb Mursidul Am)
- membetulkan aqidah muslim.
- Jangan jadi mcm pemerintahan Musyrikin di mekkah.
- Kaitkan dengan hadis nabi..Islam mcm roda..kdg2 diatas kdg2 di bawah, kita harus bersama
dengan perjuangan Islam walau dimana kita berada.
- Jangan Riak
- jgn kutuk mereka yang kalah.
YB N. Gobalakrishnan (MP Padang Serai)
- Memanggil YAB Ust Azizan sebagai Tuan Guru Azizan Abdul Razak.
- Ucap terima ksih pada rakyat kedah.
- Anwar Ibrahim harus jadi ikon kebangkitan barisan rakyat ini.
- Kemenangan ini merupakan kemenangan bagi semua pihak serta agama ..
- Ajak hadirin melaungkan Makkal Sakti hidup (Kuasa rakyat yang hidup)..
- turut menceritakan mempunyai pengalaman yang manis bersama Tuan Guru Haron Bin Din,
Beliau pernah bersama Tuan Guru diluar negara,Bila Tuan guru nak bersembahyang, dia
bertanyakan kiblat seterusnya ketika Tuan Guru hendak bersembahyang, beliau telah
Menjaga beg pakaian tuan guru.
YAB Ustaz Azizan Abdul Razak (Adun Sungai Limau)
- Terima Kasih pada rakyat.
-Barisan exco akan dibentuk. 10 orang (7 Pas, 2 PKR, 1 DAP)
-Menyatakan bahawa berita kemas ditutup adalah fitnah
-Projek zipy akan cuba dibatalkan serta jika MOU tidak dapat dirungkai..Projek berkenaan akan dipindahkan ke bukit kayu hitam.
-asalkan tidak kena pada tanah2 milik petani.
-Pas akan menggunakan stadium Darulaman untuk sebarang ceramah.
-Rumah MB akan digunakan untuk aktiviti PAS, majlis ilmu dan sebagainya.
-Pada tahun ini Pas kedah akan cuba mengadakan muktamar Pas Pusat di Kedah.
-mengingatkan ini bukan kerajaan Pas, ttp kerajaan Rakyat.
-Terus istiqomah dengan perjuangan Islam.
Majlis tamat jam 12.00, saya hanya smpai dirumah jam 2 pagi..Kenangan yang cukup indah..bagaikan mimpin..ambil kata MB..
"Kita tak sangka kita nak menang, depa (BN) tak sangka depa nak kalah.."
pss...sory...tak pandai sangat nak upload gambaq ni...nak blajar lagi ni...
No comments:
Post a Comment