Azamin Amin Mon Feb 11, 08 10:03:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembangunan koridor yang bakal dijelmakan setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri, sewajarnya rakyat mengambil perhatian serius jumlah wang yang bakal 'disamun' dan dileburkan olehnya bersama kalangan orang keliling serta puak-puak kroninya.
Berikut adalah senarai jumlah 'pembaziran' projek mega yang ditulis oleh Dato' Kamal Amir di laman web Malaysia Today :-
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion2. Pembangunan Koridor Utara RM 160 bilion3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM 170 bilion4. Pembangunan Koridor Sabah RM 115 bilion5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM 24 bilion6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM 3 bilionJumlah keseluruhannya RM 712 bilion
"Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya?
"Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dahulu, untuk tempoh 22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 bilion," kata Kamal dalam laman web tersebut.
Selain itu beliau turut menyenaraikan jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.002. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS - RM 8,390,000.003. Kompleks Brickendonbury di London - RM 70,000,000.004. Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.005. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.006. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.007. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.008. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM 257,000,000.00 9. Kerugian pembelian saham Agusta - RM 510,000,000.00 10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000 x 1,800,000 - tidak terhitung11. Pembelian 3 buah submarine - RM 4,100,000,000.0012. Skandal PKFZ - RM 4,600,000,000.00 13. Skandal OPV (NDSB) - RM 6,750,000,000.00
"Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan raya ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai," kata Kamal.
"Masih mampukah rakyat untuk merelakan kehidupan mereka berada dalam situasi penuh derita menghadapi hari-hari mendatang dengan meletakkan harapan kepada pimpinan Abdullah ini?" soalnya. - mks.
Tuesday, February 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment