Friday, February 29, 2008

teguran untuk diriku juga....


Assalamualaikum wtb

Segala puji bagi Allah Tuhan punya dunia. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw beserta pendokong perjuangan Baginda.

Sahabat2, secara peribadi, pejuangan saya ini mungkin sia-sia, mcm dh tak ada kesan.. masih memperjuangkan isu sama..apa masalah sebenarnya ni?? Dalil quran dah bagi, dalil hadith dah bagi, per jumpaan dah buat...tapi masih ...masih mcm dulu juga, Bahkan ada yang dulu ok..tapi skrang dia yang paling teruk...ntah apa yang diangaukan.. sebagai org agama, kita kena terima hakikat..kita adalah pejuang agama..patutnya al-quran dan sunnah bila dibacakan pada kita..mampu beri kesan...trus trang saya kata, kalau masih yang kluar sekali, ntah masyuk di mana...londehlah pakaian agama, londehlah hijab anda, pakai skert atau bikini shj y lebih layak...sebab memalukan agama sahaja. Mgkin kasar, tapi dah lama lembut.

Ikhwan Fillah,
Bagi yang muslimin, pejuanglah agama kita, berpakaian dengan menutup aurat, saya bukan beriman sangat, tapi kadang2 sedih dan kecewa, wpun di asrama, sesama lelaki, apa salahnya perbetulkan seluar dan kain pelikat kita atas pada pusat..kita berjalan sekitar asrama...Ya Allah..aurat kita nampak...ini bukan soal kita jadi qudwah atau tidak.. tapi itu soal hukum..

Akhawat Fillah..
Sudah sampai masanya anda melabuhkan tudung anda di bawah dada anda... Bukan soal istiqomah atau tidak..anda nak tunggu bila istiqomah...kalau anda mati sekarang dalam keadaan anda tahu hukum yang sebenar, celakalah bagi org yang sebegini.. Tudung labuh harus di pakai setiap masa...bukan sekadar di kelas shj. Ke mana sahj. Allah di kelas adalah Allah yang sama di DI, di astaka, d lbry, di kchg bahkan sama juga dengan Allah di rumah anda.Tuhan yang sama...Jgnlah kita amalkan hipokrasi...di depan org tertentu lain wajah kita, di hadapan yang lain, lain pula wajah kita..

Ikhwah Fillah..
Barangkali kita lupa matlamat Mukmin..Matlamat mukmin adalah mati...barangkali mati tak bawa mauizah pada diri kita,...sepatutnya kita menangis bila ingat mati ...saya pun tak mampu menangis bila ingat mati...Ya Allah..baragkali hati ni penuh nadur dosa... sehinggalah saya dapat satu artikel yang setiap kali saya baca, ingat saya pada mati yang bakal menjemput saya... tersentuh hati pada pengorbanan ibu bapa dan juga mati yang tak mengenal usia sedangkan bekal kita tidaklah banyak mana..Akhir kalam... maaf di pinta...andai tekasar bahasa..terpulang kalau ada yang nak busuk hati pada kita...yang busuk hati dia..bukan hati kita...husnuzon sajalah untuk org2 ini... maaf sekali lagi.Di doakan semua di bawah rahmat Allah...

Kata-kata ibu Abdullah Ibn Zubair ketika dia hendak di bunuh :-
”Aish azizan au mut syahidan”

Kata-kata saidina umar ketika berjaya tawan baitul muqaddis :-
”Nahnu qaumun a ’azzalallahu bil Islam”

Kata-kata Dr Burhanuddin al-Helmi ketika diangkat menjadi Presiden Pas di Melaka :-
”Dari Robohan kota Melaka kita bina jiwa Merdeka”

Kata-kata Dato Sri Anwar Ibrahim ketika reformasi 1998 :-
”Kalau takut menghadapi cabaran, jangan bicara soal perjuangan”

Wallahualam,


Ustaz Samarahan (10.32am 15Nov 2007)

No comments: