Friday, February 29, 2008

Surat Ku untuk sahabat-sahabat sejamaah

Assalamualaikum wtb….

Seinfiniti kesyukaran pada Allah, selawat dan Salam pada Rasulullah SAW,
Dalam keadaan yang sibuk, baru sahaja melepasi ujian exam yang menimpa-nimpa, Alhamdulillah, saya cuba juga siapkan warkah ini...yang saya fikir satu peringatan untuk kita. Saya mulakan dengan Firman Allah di dalam surah an-Nur:-

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) ".

Indahnya al-Quran yang disusun Allah, di dalamnya terdapat pelbagai peringatan kepada kita...Sahabat2...anda dah boleh target apa yang nak saya sampaikan...Kadang2 terfikir, kecewa sangat2 dengan sikap sebahagian kita...Kenapa masalah hati masih melanda kita....Jalan HARAM yang kita anggap HALAL masih kita telusuri...dah 2 tahun kita di sini. Pelbagai peringatan telah diberi, kecewa kah aku??? Memang kecewa...tapi bila memikirkan Nabi Nuh yang hanya pengikutnya kurang 100 org tak pernah kecewa, apa hak saya untuk putus asa dalam dakwah ini....mgkin sya lemah semangat dan putus asa kerana yang buat benda ni Ustaz dan Ustazah...org yang faqih dlm agama...faqih dlm agama tak semestinya kita menjadi ulama, tapi kita tahu sesuatu itu halal @ tidak, kita dah faqih sebenarnya...Nak tanya, kita bermsg menggunakan ayg, syg, abg...mcm jadi laki kita dah..HALAL ka????? Tlg msg saya segera dalil menghalalkannya... Jgn kita bertopengkan agama, seorang rakan pernah bersembang dengan saya...dia babitkan nama seorg mslimah kelas kita, dia ceritakan apa yang dia pnah tengok, dan y dia tahu..Ya Allah, terkejutnya....Sejak itu saya tahu,..saya telah tertipu dengan cara berpakaian dan tutur kata....

Kedua, nak tanya...salah ka kita jumpa di luar??? Tanya saya, saya akan kata salah, bahkan HARAM, duduk semeja, makan bersama HARAM...saya tidak tinggi ilmu agama...org y amik STAM mgkin dia tahu...dlm ulum hadis ada blajar...Nabi bila Dia keluar hukum, berdasarkan org yng bertanya, sahabat Nabi ada tanya...apa amalan yang Allah Taala suka, ada nabi jwb solat dulu, jihad dlu @ syg mak ayah dulu...ikut keadaan org yang bertanya...klu org yang ada akhlak...saya akan kata dia boleh duduk semeja... itupun dengan kebenaran mahram...tapi kita, dan termasuk saya, bukan kuat...kita ni nafsu kawal kita...HARAM kita duduk semeja...Xkisah klu terjumpa di DI..kmudian makan...tapi yang masalah...merancang di asrama...jalan kedek2 gi Desa Ilmu...kemudian makan bersama...eh???ustzh dan ust makan sekali...boleh kut hukumnya...klu org pegang itu sebagai hukum...tanggunglah kita sampai akhirat DOSA itu...Sekali lagi saya ulang, saya hamba Allah yang penuh dosa.

Berikut bahan yang saya amik d internet...mgkin boleh beri peringatan pada kita...Faktor merendahkan matlamat wanita:-saya tambah sket2.
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.


Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.(Msg yang melampau pun akan lupa pada Allah juga-makan sekali pun lupa pada Allah juga- dok tngok gambaq kekasih pun lupa pada Allah)

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Pada saya, pasangan ni 2,2 gatal sebenarnya...tepuk sebelah tangan xkan berbunyi....tlg jgn guna istilah kami couple cara islam..Allah memahami kami... hebatnya dia,...dia bleh tau Allah faham dengan dia...saya cabar sekali lagi...bagi pada saya sahabat2 ataupun pejuang Islam...bahkan 10 sahabat yang diberi jaminan masuk syurga bercouple??? SATU org ckup.... Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

"Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat- couple tu kehendak nafsu sebenarnya...
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah. Mulalah dia nak bermakeup...berlipstik mungkin...ataupun berbaju kurung, brjubah yang cantik...tutup aurat,,tapi kalau diselangi dengan niat nak tunjuk pada kawan tu, si ’dia’,,..apa crita???

Sahabat2...saya rasa saya berjaya tegur hal stokin(mula2 kita jumpa dulu,mai kelas pun ada y xpkai stokin)...hal bertudung saya gagal...xpalah...bukan senang nak berdakwah..cma nak bgtau...kita balik rumah nanti..itulah dunia sebenar kita,,itu masyarakat kita...klu di sini kta berstokin, kita bertudung labuh...dkat rmah pun sama...Saya pernah tegur adik perempuan saya hal ini...xguna kita blajar dengan ust saiful hal silang jantina dan aurat klu kita tak praktik...
Firman Allah..surah azzumar ayat 9 :-
"9. (apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."

Cinta hakiki.

Tiga cinta yg perlu diletakkan paling atas di dlm hati setiap insan ialah:-
i) cinta kpd Allah
ii) cinta kpd Rasulullah
iii) cinta kpd jihad

Islam menyeru kpd cinta, iaitu cinta kpd Allah, cinta kpd Rasulullah, cinta kpd jihad, cinta kpd agama, cinta kpd akidah, juga cinta kpd makhluk, sepertimana Allah mnjadikn kecintaan suami isteri sbg sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya. Cinta adalah tanda kehidupan rohani dlm akidah orang mukmin, sama ada dlm kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Iman dlm Islam ditegakkn berdasarkn cinta dan kasih sayang.
Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa². Cinta dpt mmbimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dgn perasaan cinta dan dicintai.
- cintalah orang yg mencintai Allah
- tak perlu ada dating
- tak perlu bergayut kat telefon berjam-jam
(hset sentiasa di tgn..duk dlm 1 klas pun bmsg-pas tu buat2 tak nampak-MAAF-realiti yang saya nampak)

Berkahwin jalan penyelesaian...’

Mak ayah kita tahu ka hal y kita buat ni…mgkin mak dan ayah kita tak suka….bukan soal jodoh kita dengan org klantan ka, perak ka, kdah ka. Sabah ka, tapi SALAHKAH kita ikut kehendak ibu ayah kita..KEBERKATAN yang kita cari…biarlah bkn orng y kita nak jadi pasangan kita,…tp krn kasih pada ibu bapa kerana ALLAH, maka keberkatan akan ada…Yang xleh kwala…khawin lang kah terbaik…

Saya pun bkn org terbaik…bnyak dosa saya dengan Allah, dengan mak saya(org y saya jrg cium tangan dia dlu, hjung2 bru ada kesedaran), dosa dengan ayah(org y sya xleh lupa,dr sya tahun 4 smpai fom 3, dialah yang bancuhkan teh, isi dlm botol utk dibwa ke sek), dosa pda anda(rakan-rakan saya di sini)…dan teguran yang saya bagi ini adalah ikhlas, xdak tujuan lain..sya taku berdosa pada Agama(kna sampaikan kebenaran) Maaflah klu terkasar bahasa….Saya sedia di tegur…

Ustaz Samarahan
2.15 am - 7.45 am (25 Mei 2007)

No comments: