Saturday, April 5, 2008

Umat Islam Perlis bantah filem 'Fitna'


KANGAR, 4 April (Hrkh) - Kira-kira 300 orang umat Islam berhimpun di pekarangan Masjid Tuanku Syed Putra dekat sini tengahari tadi dalam himpunan aman membantah penghinaan terhadap agama Islam melalui filem pendek 'Fitna' yang diterbitkan oleh Geert Wilders.

Himpunan aman ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPs) dan berlangsung selama kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman memulakan ucapan diikuti oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abdin sebelum diakhiri dengan doa oleh Timbalan Ketua DPPPs, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Dalam ucapannya, Ustaz Zolkharnain menyeru umat Islam untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap golongan yang secara terang-terangan menyatakan penghinaan terdadap Islam.
"Kita umat Islam tidak pernah menghina agama lain, kita tak pernah buat filem tetntang agama mereka, tak pernah hina tuhan mereka, tak pernah menghina sembahan mereka dan juga tidak pernah menghina rumah ibadat mereka.

"Kita cukup bertolak ansur dengan pegangan agama mereka, tapi nampaknya mereka tidak mengambil sikap yang sama terdadap agama kita. Mereka menghina kita di mana-mana sahaja termasuk melalui filem, kartun dan lain-lain bentuk penyiaran," katanya. Justeru beliau mengajak umat Islam mengambil tindakan memboikot barangan keluaran negeri Belanda walaupun tidak memberikan kesan yang besar.

"Kesannya tidaklah sebesar mana bagi kita di sini, tapi ini sudah cukup untuk membuktikan solidariti atau kesepaduan suara kita umat Islam terdhadap mereka," serunya.

Selain beliau turut meminta pihak kerajaan dan mufti untuk menganjurkan program penerangan kepada orang ramai untuk memberitahu rancangan jahat musuh-musuh Islam.

"Gunakanlah daya intelektual yang dianugerahkan Allah untuk menganjurkan dialog antara agama supaya berlaku hubungan yang baik antara penganut agama," katanya lagi. - mks.
Ustaz Samarahan :- Khaibar-khaibar ! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad ! Wa Saufa Ya Ud!

1 comment:

Firdaus Abd Rahman said...

Akhirnya seorang warga saudi membuat filem yang membalas FITNA

maklumat lanjut :

http://abgfir.blogspot.com/2008/04/bible-version-of-fitna-video-schism.html