Friday, March 7, 2008

jalan-jalan di bumi kenyalang...Empayar TAIB...


Assalamualaikum....


Alhamdulilah..Demam yang melanda saya sudah kebah..cuma masih batuk dan telinga saja kadang2 agak bengang(bedesing)...cuaca di bumi kenyalang pula makin sejuk...hujan setiap hari..

Sebelah pagi tadi berpeluang berjalan-jalan di sekitar parlimen kota samarahan, parlimen stampin dan juga parlimen kuching..


Berikut adalah komentar serta analisis ku...


Parlimen stampin.


Antara kawasan yang agak maju di sarawak.Berhampiran bandar kuching.ada kem tentera(undi pos yang besar) dan majoritinya cina..dlm plhanraya dun. DAP ada menang salah satu Dun di Stampin..Dalam pilihanraya ini pertembungan tiga penjuru berlaku..BN vs PKR vs DAP... ntah kenapa jadi begini. Parlimen ini berpeluang dimenangi pembangkang.PKR @ DAP..mgkin tidak ada kata sepakat..Undi pembangkang akan berpecah...undi sumbangan Cina...manakala undi Bumiputera pastinya akan mengalir kepada BN..BN menang 2004 dgn majoriti 7731 undi..namun kita tunggu 8 MAC..


Ramalanku di STAMPIN-BN menang (majoriti kurang 2000 undi)


Parlimen Bandar Kuching.


Merupakan ibu negeri Sarawak..dengar cerita satu-satunya bandar raya di dunia yang mempunyai dua Datuk Bandar...Memang maju..majoriti penduduknya cina..mgkin kawasan satok yang melayu..parlimen petrajaya disebelahnya juga majoriti melayu..BN nak menang di sini..maruah kata mereka..menang negeri, tetapi ibunya tak menang..hasil lawatan saya, perang poster agak seimbang, BN menampilkan calon muda dari SUPP..DAP mengekalkan yang sedia ada...Pluang siapa menang secara dasarnya, nampaknya DAP akan menang, berdasarkan pilihanraya DUN 2007..Dun Batu lintang DAP menang, Dun Padungan pula PKR menang.. Silent protest dah berbunyi...BN juga berpeluang jika mereka memperbaiki khidmat dan tambah pengundi hantu serta memperbanyakkan undi POS...majoriti DAP 2041 undi pasti dapat di atasi.. satu lagi faktor penentu ialah sikap org cina...kita tidak pasti kemana hala mereka kali ini...namun gelombang protes sememangnya menghala keseluruh negara sekarang...Tunggu 8 Mac.


Ramalan ku di BANDAR KUCHING -DAP menang (majoroti +/- 2000 undi)


Parlimen Kota Samarahan


Kawasan yang digelar Desa ilmu...tak bnyak yang nak ditulis...tiga penjuru antara BN, PKR dan Bebas...bebas sudah kalah....PKR pula tidak nampak kesungguhan..sepanjang simpang ke serian dan Batu 7 hinggalah ke tapak feri muara tuang hampir 10 KM tak da poster PKR..Bebas hnya ada satu saja poster...yang lain semua gambar anak taib mahmud...sukar pembangkang bertapak..sulaiman di bantu ayahnya taib mahmud...begitu juga bapa saudaranya adun muara tunag, dato ali mahmud...turut membantu..nampaknya...kluarga mahmud akan berkuasa... di sebelah muara tuang memang maju..itupun sebab ada IPTA...tetapi masyarakat di nonok, asajaya, sadong jaya dan juga menghala ke pendam..smuanya susah..hanya petani..tetapi mereka tidak begitu terbuka berbicara soal politik..pehin sri taib mahmud adalah segalanya bagi mereka..


Ramalanku KOTA SAMARAHAN - BN menang (+/- 10 000 undi)

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..
can i leave u a comment? bkn la komen sgt..just nk pndangan yg plg jujur..dont wory bcoz sy ni bukan tgolong dlm glongan ahli agama..just manusia biasa yg bnyk dosa..
ustz samarahan, mngenai artikel anta yb bkisar mngenai couple, sy rasa, anta x couple..so, adakah pndangan yg anta lontarkan dlm artikel 2 akan brubah seandainya ada seseorg yg bjaya mngetuk pintu hati anta..simple word nya, bila anta tjatuh cinta...
sy jgk hidup dlm komuniti org beragama..yg bila bckp berapi2 tp last2 kantoi dgn madah sndiri..comment skit..tp please bg jwpn yg pling jujur stelah mngambil kira pelbagai aspek dan sudut..shukran ya sahabat...
-me..human being-