Saturday, March 22, 2008

1- Laporan majlis Maulidur rasul di KUIN


Pada pagi 20 Mac, telah diadakan majlis smbutan maulidur rasul peringkat negeri Kedah, majlis tersebut telah diadakan di Kolej Universiti Insaniah(KUIN), diahadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim dan juga Menteri Besar Kedah YAB Tuan Guru Hj Azizan Abdul Razak. MAjlis berjalan lancar, Tuanku ketika berucap banyak menyentuh tentang peranan zakat dalam pembangunan ummah dan juga peri pentingnya mencontohi Nabi Muhammad saw dalam kehidupan seharian...


Alhamdulillah, peringatan Tuanku mampu menusuk ke kalbu hati rakyat.Tuanku seorang yang mesra rakyat.Wajah Tuanku dilihat begitu ceria..Mungkin gembira Pas menang di Kedah. Tidak ada siapa yang nafikan hubungan Tuanku dengan Pas. Malah gelaran Dato turut diberikan kepada Almarhum mujahid Agung PAS Dato Fadzil Mohd Nor...Tuanku amat rapat dengan us Fadzil..Layanan yang YB-YB Pas dapat dari Tuanku amat berbeza berbanding dgn BN..Ketika Pas menang pilihanraya kecil Anak Bukit, Tuanku dengan gembira menerima menghadap ketua pembangkang ketika itu YB Tuan Guru Azizan Abdul Razak dan juga ADUN yang baru YB Amiruddin Hamzah..


Namun saya amat kesal bila akhbar tempatan hanya kata 1000 orang sahaja yang hadir majlis di KUIN...1000 tu baru student dia sahaja...Jangkaan saya yang hadir berjumlah 3000 orang ke atas..


Daulat Tuanku!!!

1 comment:

Bait-bait cerita dari tanah bendang said...

tu tera buat majlis tak heboh2 dah ada 3000 org saya yang dok dekat tu pun tak tau kalau heboh pecah dewan tu pakat pi... tgk dekat batu 9, tgk dekat satium malam tu masyaAllah punya ramai