Monday, March 31, 2008

Bekas calon Parlimen Kepala Batas beri bantuan pada kaum India


KEPALA BATAS, 31 Mac (Hrkh) - Buat pertama kalinya, bekas calon Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Md Arshad berceramah tentang kebaikan Islam di pekarangan Kuil Sri Mariaman, Kampung Kovil, Kepala Batas petang semalam.

Walaupun semasa kempen pilihan raya umum lalu beliau telah diundang ke situ namun ia tidak banyak menyentuh tentang kesucian Islam sebaliknya melebihkan pengenalan diri dan manisfeto PAS yang diwakili.

Semasa berucap beliau yang datang dengan tujuan memberikan bantuan kebajikan kepada 12 orang keluarga India menegaskan, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri bimbang situasi dalam pilihan raya umum lalu sehingga membuatkan beliau terpaksa turun ke kampung-kampung menggunakan khidmat artis berbanding pilihan raya ke-11 yang dianggap zon selesa.

"Saya ucap terima kasih pada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk melawan Pak Lah. Walaupun ia nama besar namun kita dapat kurangkan majoriti daripada 18 ribu kepada 11 ribu sahaja. Itu sudah cukup membuatkan beliau tidur tak lena, " tambahnya dengan tepukan gemuruh.

Menurutnya, "apa bangsa dan agama sekalipun kita mempercayaan tuhan yang satu itulah yang mengatur kemenangan kepada golongan yang tertindas maka jangan kita mempersiakan kemenangan yang diperolehi."

Kepimpinan yang menerajui negeri di Pulau Pinang tidak akan bersikap zalim sebagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) bahkan bertindak waras dalam apa jua tindakan demi kepentingan rakyat.

"Tengok apa yang BN buat bila kekal kemenangan di Kepala Batas khususnya di Bertam. Masalah tanah lot di Kampung Kovil, dewan orang ramai yang digunakan oleh MIC, banjir, Jalan Kampung yang kecil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang tidak mempunyai tandas sempurna, " ujar Ustaz Subri.

Menurutnya, oleh sebab itu sokongan yang semua pihak berikan hendaklah berterusan supaya membuahkan hasil pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Hadir sama dalam majlis yang bermula pukul 3.00 petang itu ialah Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bertam, Jasni Ahmad Wahi; Ketua PAS Cawangan Bertam, Hj Abdul Razak Abdullah; Pengerusi Kuil Sri Mariaman, Kalimuthu dan Setiausaha Kuil, Mardevan. - mks.
Admin :- Hindhu pun sokong PAS...org UMNO????

LAH.............Tidoq


Assalamualaikum...

"salam suara rakyat"


iniLAH satu ceritaLAH,

tersebutLAH satu kisah LAH,

dalam satu pilihanraya LAH,

kerajaan hampir-hampir kaLAH,

oleh kerana keputusan ituLAH,

anak-anak buah ramai yang dah beLAH,

tak tahan asyik dipersaLAH,

oleh kerana 5 kampung dah kaLAH,

nasib baik parlimen tak kaLAH,

jentera parti kini dah serba saLAH,

dalam diam tok ketua dipersaLAH,

bodohLAH...bodohLAH...

dalam halus penolong tak nak mengaLAH,

dalam sindir tanpa rasa bersaLAH,

tak dapat cara baik cara jahat pun okLAH,

tok ketua disuruh mengaLAH,

penduduk pun sepakat jugakLAH,

heboh ke kampung sebeLAH,meminta tok ketua mengaLAH,

tolongLAH...tolongLAH....

tok ketua enggan mengaLAH,

I say no...no LAH,

Desakan rakyat wat tak tahu jeLAH,

Aku ketua..aku berkuasaLAH,

Rakyat pun berkumpulLAH,

Panggil jiran sebelah menyebeLAH,

Jerit tolongLAH..tolongLAH,

undurLAH...undurLAH,

dulu poster penuh hingga kampung sebeLAH,

sana sini semua undiLAH..undiLAH,

sekarang semua dah tukarLAH,

dah jadi undurLAH..undurLAH,

maka dek kerana tertekanLAH,

terus masuk ke bilik sebeLAH,

aku ngantukLAH...aku ngantukLAH,

nak tidoLAH...aku suke tidoLAH,

lalu menantu pun balikLAH,

seluruh rumah jadi bisingLAH,

tok ketua pun terjagaLAH,

hei you shutdownLAH,

menantu punya pasal aku hampir kaLAH,

jeritan rakyat makin kuat LAH,

tolongLAH tok..tolongLAH,

undurLAH tok...undurLAH,

keputusannya nanti kita tunggu saje LAH.

Portfolio Exco Perak


IPOH, 31 Mac (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lepas dan portfolio yang dipegang Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Bernama dalam laporannya menjelaskan,
Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Senarai portfolio bagi 10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:

1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan):
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.

2. Nga Kor Ming (Pantai Remis):
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.

3. A. Sivanesan (Sungkai):
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar):
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.

5. Chen Fook Chye (Keranji):
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.

6. Su Keong Siong (Pasir Pinji):
Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang):
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang):
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.

9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering):
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau):
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Kronologi krisis MB Terengganu


Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini.
Tarikh penting krisis menteri besar Terengganu
10 Mac -
Majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
11 Mac -
Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.
12 Mac -
Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.
14 Mac -
Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.
15 Mac -
Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.
18 Mac -
Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.
19 Mac -
Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.
20 Mac -
Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.
21 Mac -
Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.
22 Mac -
Pejabat Sultan Terengganu melantik Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pagi esoknya.Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut.
Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.
Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.
23 Mac -
Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.
Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.
Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.
Peguam Negara menasihatkan Pemangku Raja Terengganu dan MPPR agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

Sunday, March 30, 2008

Portfolio Exco Kedah


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah terdiri dari 8 wakil dari PAS termasuk seorang wakil wanita dan 3 wakil dari PKR termasuk 2 wakil bukan Melayu. Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md. Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar. Pengumuman barisan 10 ecxo diumumkan di Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Menteri Besar - Azizan Abdul Razak


Perancangan Ekonomi Negeri, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Agama, Kewangan.

Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Kerjaraya

Perumahan, Kerajaan Tempatan

Industri Dan Pelaburan, Sains Dan Inovasi, Pertanian

Pembangunan Wanita, Kebajikan

Belia, Sukan, Kesenian & Warisan, Kebudayaan

Pendidikan, Teknologi Maklumat & Komunikasi

Kesihatan, Penerangan, Badan Bukan Kerajaan, NGO Pembangunan Insan

Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Koperasi, Perpaduan, Pekerja Ladang & Hal Ehwal Masyarakat India

Pelancongan, Pembangunan Masyarakat

Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Sumber Tenaga Manusia, Pengangkutan

Nik Aziz diserang virus demam


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana (PSH) di sini, petang kelmarin. Ketua Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Pemasaran PSH, Faizul Hasri Zulkapli, berkata Nik Abdul Aziz dibawa ke hospital itu kira-kira jam 7 petang dan selepas menjalani pemeriksaan, doktor pakar mendapati Menteri Besar itu diserang virus demam.

“Beliau kini ditahan di hospital itu untuk pemeriksaan lanjut. Keadaannya dilaporkan stabil dan kini di bawah pengawasan doktor pakar. “Beliau mungkin akan dibenarkan pulang, esok, tetapi bergantung kepada doktor pakar yang merawat Nik Abdul Aziz," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam. Nik Abdul Aziz, 75, yang juga Mursyidul Am Pas, pernah empat kali dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung dan darah tinggi. Tahun lalu beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Sebelum bertanding pada pilihan raya umum lalu, Nik Abdul Aziz mengakui kebelakangan ini kesihatannya kerap terganggu. Katanya, masalah kesihatannya hanya membabitkan jantung, tetapi beliau masih mampu mengawal keadaan dan membuat pertimbangan.
"Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan," katanya.
Admin :- Ya Allah..berikanlah kesejahteraan kepada pemimpin kami ini...amin..

Saturday, March 29, 2008

Exco Perak

KUALA KANGSAR 29 Mac — Tiga minggu selepas kemenangan di luar dugaan pada pilihan raya umum lepas dan pelbagai spekulasi serta kemelut, 10 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan campuran negeri Perak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

Anggota Exco itu terdiri enam daripada DAP, tiga daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang daripada PAS mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pagi ini.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A. Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau). - BERNAMA

30,000 sambut kepulangan Sultan Terengganu


KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Lebih 30,000 rakyat Terengganu berhimpun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu bagi menyambut kepulangan DYMM Yang Dipertuan Agung ke negeri ini pagi tadi.Mereka mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi dengan pelbagai jenis banner dan sepanduk menyokong Tuanku Mizan.Di samping itu, pelbagai jenis pelekat kereta, reben kuning dan juga gambar dibawa ke perkarangan lapangan terbang itu.

Mereka berteriak daulat Tuanku dan sesekali teriakan Takbir berkumandang apabila konvoi baginda bergerak keluar dari lapangan terbang kira-kira jam 10.45 pagi.Turut serta dalan konvoi adalah anakanda Baginda yang menjadi pemangku Raja di samping anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja.

Rombongan Tuanku kemudiannya begerak ke Lembah Bidung.
Di sana, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO menyerahkan memorandum sokongan kepada baginda.
Admin :- Tengok tv3 tadi..dan dan terus rasol wahid kata ini hikmah Allah la... carik2 bulu ayam la...sudah smpai masa la...tapi dulu dia yang kempen YB2 len boikot angkat sumpah Dato Ahmad Said...

wahai DR Khir


Dengaq habaq K.Toyo dah buka blog dan ramai juga rakyat2 dah masuk dan beri komen serta ucapan tahniah kat dia.Inilah antara jawapan dia pada gang gang yang dah boh komen..."Marilah kita sama-sama berusaha untuk membetulkan apa yang perlu dibetulkan. Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam."Depa dah sedaq la ni betapa pentingnya dunia siber ni...hehehehe

Link dari :- http://dengaqhabaq.blogspot.com/


Cuba buka :- http://www.drkhir.blogspot.com/

Friday, March 28, 2008

Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri


DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pendekatan politik terdesak Umno yang akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak Sultan Terengganu selepas penat 'bersilat' menderhakai istana Terengganu itu.

Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana

Kerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu.

Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya.

Apabila istana menamakan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan.

Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu.

Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya.

Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan.
Tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya.

Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat. Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN.

Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana.
Ketua Dewan Pemuda PAS

YM dari sahabat..

wannabiz wan2 (21/03/29 07:10:13 ã):
Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruah

WARKAH BUAT SEORANG KEKASIH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH,

Ke hadapan Rasulullah SAW yang saya kasihi lagi rindui…

Terlebih dahulu saya menyampaikan rasa takzim dan ihtiram saya buat Engkau ya Rasul, dengan hati yang sebak dan sendu saya menulis warkah ini buatmu. Saya tidak dapat menahan perasaan rindu yang membuak-buak dalam hati ini terhadapmu, dan saya buktikan dengan selawat yang sentiasa saya panjatkan buatmu.

Ketika ingin duduk, saya berselawat. Ketika bangun, saya turut berselawat. Ketika ingin memulakan apa sahaja pekerjaan, saya berselawat. Saya lakukan semua itu kerana cinta padamu, meskipun saya sendiri tidak tahu, apakah engkau turut mencintai saya.

Aduhai Rasulullah,

Siapa yang tidak berasa menyesal kerana tidak dapat bersamamu di dunia. Hati ini terasa kesalnya, namun ia hanya terpendam dalam hati, dan sesekali saya melaung sekuat hati, Aku Cinta Padamu Ya Rasul…

Saya membaca dan meneliti sunnahmu. Kata periwayat, jalan hidupmu merupakan suri taulan yang mulia. Tiap inci langkahmu diikuti. Hatta air luirmu sekalipun menjadi rebutan untuk disapu ke muka dan tubuh. Orang mengatakan, wajahmu berseri-seri bak bulan purnama, tutur katamu lembut menawan.

Rasulullah,

Sungguh mulia budi pekertimu. Seorang yang berani dan mengasihi. Seorang yang kuat semangat dan kental hati. Seorang yang penyabar dan penyayang. Saya ada mendengar, betapa engkau tidak pernah kisah terhadap segala cacian dan celaan, malah engkau menngampuni mereka setulus hati.

Rasulullah,

Apakah aku layak menjadi umatmu? Persoalan ini sentiasa menghantui aku. Apakah aku layak untuk berdampingan denganmu? Apakah boleh aku menatap wajahmu di syurga kelak? Atau aku hanya menjadi bahan untuk menyalakan api neraka. Ya Rasul, aku sungguh-sungguh berasa takut.

Aduhai nabiyallah, apakah engkau senang menatap wajah umatmu yang banyak dengan dosa ini? Aku sentiasa gentar bila memikirkan soal ini. Engkau punya Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, Salman, Hassan al-Banna, Nik Aziz, Haji Hadi, sedangkan siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka semua.

Aduhai kekasih Allah, dalam ribuan umat yang mencintaimu, apakah engkau akan memegang tanganku yang penuh dengan kekotoran ini? Aku bimbang sekali, jika kelak bukan sahaja tanganku, malah wajahku sendiri pun engkau meluat untuk melihatnya. Aku tidak menafikan, betapa aku umatmu yang dina dan banyak dengan kantung dosa.

Engkau orang yang mulia, sedangkan aku orang yang hina. Aku sedar, hanya mulutku berbicara menyatakan cinta, tapi perbuatan aku jauh sama sekali. Aku bukannya benar-benar berjihad menyebarkan dan memperkukuhkan agama ini. Aku bukan benar-benar mengingatimu dalam erti kata sebenar. Aku bukannya kaki ibadah yang sentiasa melazimi zikir dan istighfar. Aku bukannya orang yang sentiasa menatap dan mentadabbur makna dan isi kandungan al-Quran.

Ya Rasulullah Ya Habiballah,

Walau aku menyedari aku bukanlah orang yang baik, namun ingatkah engkau, terhadap seorang budak yang ketika kecil, sentiasa menangis di waktu malam, rindu untk menatap wajahmu? Ingatkah engkau kepada budak yang sentiasa inginkan engkau menjelma dalam mimpinya, memberi nasihat dan pesanan agar ia menjadi insan bertaqwa? Ingatkah engkau kepada seorang budak yang sentiasa mendoakan kebaikanmu dan menyebut-nyebut kebaikanmu?
Sekarang budak itu semakin dewasa. Ia masih lagi lagi menyintaimu dan tidak pernah melupakan mu. Namun mengapa engkau tidak pernah hadir walau seketika menziarahinya walau hanya dalam mimpi?

Maafkanlah budak itu Ya Rasul.

Rasulullah, izinkan aku bertanya khabarmu di sana. Oh ye, pasti sekarang engkau berada di syurga yang penuh sejahtera, menikmati segala panorama indah yang tidak terbayang dek mata. Pasti bidadari melayanimu dengan penuh kehormatan. Pasti kekasihmu akan memberikanmu segala macam kebaikan.

Rasulullah, kalau engkau ada di sisi, izinkah engkau kepadaku untuk mengucup dahimu, juga kedua pipimu? Kalau aku ingin memelukmu sepenh hati, izinkah engkau. Kalau aku ingin meminjam serbanmu untuk diikat di kepala, berikah engkau?

Rasulullah, hanya sekadar ini sahaja surat yang ingin aku utuskan buatmu. Panjang lagi untuk aku mencoretkan pelbagai perasaanku terhadapmu. Aku harap sekali doa darimu ya Rasul, agar aku dikuatkan tekad dan semangat juang untuk memastikan kemenangan Islam di muka bumi ini.

Oh ye Rasulullah, tidak lama lagi kami akan berpilihan raya. Doakan kemenangan Islam di sini. Moga-moga, berkat doamu, Islam akan kembali tertegak di bumi Malaysia dan segala kejahatan akan dapat dinyahkan.

Kelak, aku akan menulis surat yang lebih panjang kepadamu, wahai kekasih...


Admin :- Nukilan Ustaz Dzulkhairi, presiden GAMIS...ana begitu tertarik pada setiap karyanya..

Ana menjawab

Assalamualaikum wtb,
dah lama tak menukilkan sesuatu di sini, agak sibuk, tengah cari bahan tentang april fool.. jemputan ceramah..dibaginya tajuk tu...beberapa komen telah rakan-rakan hantaq pada saya..
cuba jawab juga la, dan bagi pendapat ...pendapat peribadi saja la...

Komen 1

truly, x suma wanita anti poligami tp kesedaran lelaki 2 pnting..lelaki yg mnyebabkan wanita memandang poligami sbg sesuatu yg amat pahit..andai suma suami berpoligami blaku adil sperti junjungan besar rasulullah, sy yakin dan amat pasti suma wanita merelakan poligami

Pandangan ana.

itulah yang kita harapkan..poligami manis untuk lelaki, tetapi pahit untuk perempuan... ana setuju, kefahaman yang betul tentang Islam harus ada pada mereka yang hendak berpoligami, malangnya contoh yang ada pada hari ini tidak begitu.. mengambil kata-kata ustaz yang ana sempat bertalaqi kitab iqnaq dgnnya... jika lelaki paham agama serta tanggungjawabnya yang harus adil itu...ia tidak akan berpoligami... namun..bagi muslimat...harus terima itu sebagai perkara yang dihalalkan Allah..lelaki atau suami yang tidak adil...itu persoalan lain.. sebab itulah tarbiah itu penting...bayangkan jika semua org islam di Malaysia terima tarbiah yang sewajarnya, sudah tentu biah solehah akan wujud...dan poligami tak dak masalah dilaksanakan... para suami faham adil yang perlu dilaksanakan dan isteri faham akan bait muslim yang perlu didirikan... w'alam...

komen 2

assalamualaikum..can i leave u a comment? bkn la komen sgt..just nk pndangan yg plg jujur..dont wory bcoz sy ni bukan tgolong dlm glongan ahli agama..just manusia biasa yg bnyk dosa..ustz samarahan, mngenai artikel anta yb bkisar mngenai couple, sy rasa, anta x couple..so, adakah pndangan yg anta lontarkan dlm artikel 2 akan brubah seandainya ada seseorg yg bjaya mngetuk pintu hati anta..simple word nya, bila anta tjatuh cinta...sy jgk hidup dlm komuniti org beragama..yg bila bckp berapi2 tp last2 kantoi dgn madah sndiri..comment skit..tp please bg jwpn yg pling jujur stelah mngambil kira pelbagai aspek dan sudut..shukran ya sahabat...-me..human being-

pandangan ana

Ini adalah fitrah manusia, artikel saya sebelum2 ini dah banyak menjawab hala atau tidak couple itu...baik...persoalan org yang bertanya...ya..saya pernah bercouple...banyak pengajaran yang saya dapat...cuma sahabat2..pembetulan harus dibuat...saya cuba sedaya upaya mengawal diri, dan saya tanamkan satu perkara dalam diri..perkahwinan dengan kefahaman Islam itu adalah penyelesaiannya..perjuangan saya masih panjang...baitul muslim yang berkualiti harus dihasilkan.. biarlah bersabar seketika dan mendapat hasil di sana.... w'alam

Komen 3 tentang kemenangan Pas

tu tera buat majlis tak heboh2 dah ada 3000 org saya yang dok dekat tu pun tak tau kalau heboh pecah dewan tu pakat pi... tgk dekat batu 9, tgk dekat stadium malam tu masyaAllah punya ramai

Pandangan ana
alhamdulillah...kemenangan semakin hampir...dan hargailah kemenangan ini...ini merupakan amanah daripada Allah swt...

Bertunang?


SATU HARI, SAYA TERSENTUH HATI APABILA BER’SMS’ DENGAN SAHABAT. KATANYA: USTAZ DZUL, ANA SUDAH BERTUNANG, CUMA MENANTI MASA UNTUK DIIJAB KABULKAN. SAYA TERKEJUT, KERANA SAYA TIDAK MENYANGKA SEBEGITU CEPAT IA BERTUNANG. TANYA SAYA: DENGAN SIAPA?
ANA SUDAH BERTUNANG DENGAN KEMATIAN, DAN TUNANG ANA SUDAH TIDAK SABAR-SABAR LAGI UNTUK MELAMAR ANA SEBAGAI TEMAN HIDUPNYA.
SAYA TERSENTAK, LALU JIWA SAYA GEMENTAR TIBA-TIBA. WAHAI DIRI, BETAPA DOSAMU MENGGUNUNG TINGGI, SALAHMU BAGAI PEPASIR DI PANTAI, KAPANKAH TUHAN MENGAMPUNIMU? SAYA TERTUNDUK KEINSAFAN. TERIMA KASIH ATAS NASIHATMU ADUHAI SAHABAT


Nukilan Presiden GAMIS

NAHI YANG BERTUAH: Apabila Bayt Muslim bertemu Bayt al-Quran


Kawan baik saya, Nahi telah pun berkahwin. Zaini nama isterinya, juga menghafal al-Quran sebagaimana Nahi. Saya terfikir, alangkah untungnya sahabat baik saya ini, cita-citanya untuk bertemankan seorang hafizah akhirnya tercapai. Fazrin juga sudah berkahwin. Walaupun tidak mendapat hafizah sebagaimana Nahi, namun saya cukup yakin isterinya pasti seorang yang cukup solehah. Ya, solehah tidak semestinya dengan menghafal al-Quran.

Apabila Masa Dulu Melawat Sebentar.

Dulu, kami sering bergurau senda. Kami sering mengimpikan seorang hafizah untuk menjadi suri hidup kami, dengan tujuan untuk meneruskan kelangsungan al-Quran yang kami hafal di dada. Barangkali, dengan itu kami dapat menyediakan jadual untuk sama-sama muraja’ah. Jika kami silap, ada orang yang akan betulkan, dan begitulah sebaliknya.Pastinya, kami juga inginkan anak yang turut menghafal al-Quran. Lalu, kami akan membentuk Bayt al-Quran yang penuh dengan limbahan cahaya Rabbani. Suasana ketika itu pastinya hangat dengan selera meningkatkan kefahaman dalam dada kami, sehingga kami mampu memancarkan sinar al-Quran itu untuk disimbahkan ke muka bumi Allah ini.

Nahi akhirnya berjaya menggamit cita-cita tersebut. Malah ia membuktikan Bayt al-Quran yang dibina olehnya berteraskan perjuangan. Ia pulang seketika ke Malaysia untuk berkahwin dengan hafizah setelah menamatkan pengajian di Syoubra dalam bahagian Qiraat, kemudian meneruskan perjuangan yang lebih sempit dan sukar di Tonto dalam bidang al-Quran, di samping melibatkan diri dalam gerak kerja Amal Islami. Katanya pada saya: Doakan perkahwinan ana memudahkan gerak kerja dakwah ana.Saya sering menyebut nama beliau di hadapan sahabat-sahabat saya yang lain. Bagi saya, Nahi ialah seorang sahabat yang cukup bertuah kerana ia diberi perasaan yang cukup bernafsu terhadap ilmu pengetahuan. Bibirnya acap basah dengan bacaan al-Quran di samping kesedarannya yang cukup tinggi untuk membumikan al-Quran di tanah air ini.

Teringat saya, dulu pernah juga kita gila-gila membaca al-Quran. Pernah satu ketika, saya menghabiskan 20 juzu’ al-Quran seharian. Semasa di Kusza selama lapan minggu, saya berjaya mengkhatamkan sebanyak tujuh kali al-Quran. Mashaf itu tidak pernah lekang daripada tangan ini walau ke mana-mana dan dibaca sentiasa sehingga orang lain jatuh hairan.Namun itu dulu. Dulu adalah dulu, dan kini adalah kini. Saya tidak lagi melihat dalam ruang lingkup yang sempit. Bagi saya, mendapat seorang hafizah memang satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi saya mempunyai ramai adik di Darul Quran yang boleh membantu saya bila-bila masa sahaja, malah naqib saya sendiri pernah menawarkan seorang hafizah yang kini sedang menuntut di Mesir, namun bukan itu keperluan hakiki.

Saya lebih memilih orang yang membumikan al-Quran dalam dirinya sebagai teman dan pasangan hidup meskipun ia bukan seorang hafizah.Lupakan tentang saya, ia tidak penting. Naqib saya, ustaz Syahir juga telah berkahwin, dan kalau tidak silap saya anaknya sudah mencecah sifir 5 tolak 3, begitu juga dengan ustaz Nurul Hisyam, juga telah berkahwin. Mereka berkahwin, bukan sekadar untuk menjaga Iman mereka, malah mereka berkahwin kerana mereka meletakkan perjuangan di hadapan. Ia sangat berbeza dengan sesetengah orang yang lambat berkahwin kerana ingin berjuang kerana mereka berkahwin untuk tegar berjuang.

Saya mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Telusnya saya amat menyenangi dengan akhawat yang memulakan perkenalan. Ini melambangkan keberanian akhawat itu untuk berdamping dengan lelaki pilihannya. Saya sendiri bertemu dengan beberapa kes, akhawat memulakan perkenalan dan dengan berani mereka meluahkan perasaan, betapa mereka ingin menjadi pendorong kepada seorang pejuang dan pendakwah. Saya memang mengagumi akhawat seberani ini.

Ingin Isteri Dimadukan...

Mustafa Masyhur menyatakan kepada gadis pilihannya: Aku ingin mengawinimu tetapi haruslah engkau maklum bahawa aku telah berkahwin. Perempuan itu tersentak lalu bertanya siapakah isterinya. Mustafa Masyhur bingkas menjawab: Bakal madumu adalah perjuangan. Alangkah indahnya kata-kata yang terpacul keluar itu. Ia merupakan lambang kesucian jihad yang diterjemah keluar oleh mujahid Ikhwan ini. Begitu kisah Zainab al-Ghazali yang tidak mengharapkan apa-apa harta kekayaan daripada suaminya asalkan suaminya tidak menghalang kerja dakwah yang dilakukannya selama ini.

Saya pernah bertemu dengan isteri Fazrin sahabat baik saya. Perlu dikenali Fazrin adalah seorang yang berpegang teguh dengan pegangan Salaf, dan saya sealiran dengan beliau dari sudut pegangan, cuma lebih suka untuk saya menambah sebagaimana kata al-Qaradawi: Kami salaf, dan kami berijtihad pada zaman kami sebagaimana Salaf berijtihad pada zaman mereka. Ketika itu kami sama-sama melangkah turun dari masjid UIA PJ. Saya bersyukur gembira kerana wajah isteri sahabat saya itu ternyata jernih dan bersih. Saya memikirkan betapa bahagia, Fazrin mendapat isteri sebegitu yang terpancar sinar keimanan, manakala lagi bahagia si akhawat itu kerana mendapat Fazrin yang ternyata berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan sentiasa memakaikan pakaian Iman.

Bayangkan, jika ikhwah memiliki taqbis daripada nur Illahi, bertemu dengan akhawat yang turut memiliki taqbir nur Illahi, maka walhasilnya adalah nurun ‘ala nur- cahaya di atas cahaya. Amen ya Rabb, aku juga ingin sebegitu.

Nahi adalah seorang yang kuat bergerak untuk Islam dan nyata hidup dan matinya hanya untuk melihat Islam kembali tumbuh mekar dalam jiwa dan jasad penganutnya sekaligus tumbuh di muka bumi yang penuh dengan kefasadan ini. Beliau yang saya kenal, adalah seorang yang smart di samping memiliki raut wajah yang boleh membuatkan ramai akhawat terpikat. Tetapi bukan itu sasaran kalam saya, saya sebenarnya lebih bermaksud, wajahnya yang memikat itu tercerna hasil keimanan yang tertunjang teguh dalam jasadnya.

Padanlah apabila ayahnya (moga-moga mendapat ampunan dan rahmat Allah) membubuh nama anaknya Nahi -cegah-. Anaknya ternyata bertumbuh sebagai seorang yang sangat bencikan kemungkaran dan pantang melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata. Akalnya sentiasa bekerja untuk menangkan Islam walau apa jua cara. Nahi bangkit sebagai seorang yang ingin mencegah segala perkara yang membantutkan kemenangan umat yang bertuah ini. Nahi besar memanjang sebagai seorang yang terlalu ghairah untuk kibarkan panji Islam lalu dipacakkan ke dalam setiap kalbu sebelum ia berkibar di muka bumi. Nahi ingin sekali membina sebuah keluarga muslim yang menerapkan unsur-unsur Siddiqiyyah yang akhirnya akan memberikan impak kepada Islam itu sendiri.

Saya kepingin sekali mengikut jejak langkah beliau. Saya juga sering mendoakan kebaikan buat orang yang meletakkan perjuangan di atas pundak bahu-bahu mereka, tidak lupa juga sahabat saya Wan Firdaus yang juga seorang yang menghafal al-Quran di dada, bukan hanya di lisan. Ibu saya juga sudah tidak sabar melihat menantunya yang diharap seorang yang meletakkan Islam sebagai matlamat hidup.

Admin:-

Bingkisan tulisan Ustaz Dzulkhairi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS), moga jadi motivasi pada sahabat2 ana..

Jenis2 darah Istihadah


Istihadah:

Darah yg keluar dr wanita di luar waktu haid dan nifas kerana sebab sakit.

Jenis2 istihadah:-

1. Darah yang keluar kurang dari masa haid yg minumum iaitu kurang dari sehari semalam.

2. Darah yg keluar lebih dari had paling banyak masa haid iaitu lebih 15 hari.

3. Keluar haid sebelum berumur sembilan tahun (mengikut perkiraan tahun Islam).

4. Darah yg keluar lebih dari had maksima bg nifas iaitu lebih dari 60 hari.

5. Darah yg keluar dari had kebiasaan (6 atau 7 hari) bg wanita yg keluar darah warna yg sama dan lebih dari 15 hari. Keadaan org2 yg berhaid

Sekiranya darah haid melampaui 15 hari maka ada yg dikira sebagai haid dan ada yg dikira istihadah.

Dalam keadaan begini ada 4 keadaan seperti berikut:

1. Mubtadiah gairu mumaiyyizah.

Wanita yg baru pertama kali keluar haid, haidnya lebih 15 hari dan tidak boleh membezakan warna darah kerana warna yg sama. Disini ada dua pendapat: pertama: Haidnya adalah sehari semalam. Ini adalah pendapat mazhab Syafie dlm qaul yg asoh dan salah satu pendapat Imam Ahmad bin Hambal.

Kedua: Haidnya enam atau tujuh hari sahaja. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama termasuk beberapa ulama Syafie sprti Syirazi. Mereka berdalilkan: Nabi s.a.w bersabda Hamnah bintu Jahsy : "Haid kamu adalah 6 atau 7 hari menurut ilmu Allah..."(Hr Muslim)

2.Mubtadiah Mumaiyizah.

Perempuan yg baru pertama kali berhaid dan dapat membezakan warna dan keadaan darahnya. Maka hukum darah yg lemah (kuning, kelabu) adalah adalah istihadah dan yg kuat (hitam, merah) adalah haid dgn syarat :

a) Darah yg kuat tidak kurang dari sehari semalam.

b) Darah yg kuat tidak melebihi 15 hari.

c) Darah yg lemah tidah kurang dari 15 hari.

Dalil yg mengatakan darah haid adalah warna yg kuat adalah hadis Nabi s.a.w berkata wanita yg beristihadah:"Sesungguhnya darah haid adalah yg berwarna hitam. Kalau ketika itu maka hendaklah janganlah melakukan solat. Kalau warna darah tidah kuat maka hendaklah kamu solat kerana itu adalah darah penyakit." (Hr Abu Daud dan Nasaie)

3. Mu'tadah gair Mumaiyyizah

Wanita beristihadah yg biasa keluar darah haid (walaupun sekali) dan tidak dapat membezakan warna darahnya. Bagi yg ada kebiasaan keluar darah haid maka hendaklah dia tidak solat walaupun sudah melebihi adatnya. Dia tidak solat sehinggalah darah berhenti sebelum hari yg ke 16.

Jika sudah 15 hari dan darah masih keluar lagi maka hendaklah dia mandi dan solat.Pada bulan kedua jika masih berterusan darahnya maka haidnya sekadar mana kebiasaannya (bukan sampai 15 hari) dan selebihnya dia perlu solat.

4. Mu'tadah Mumaiyyizah.

Wanita yg ada kebiasaan keluar darah haid (walaupun sekali) dan dapat membezakan darah haidnya. Maka haidnya adalah yg kuat warnanya dan yang lain adalah istihadan. Adat kebiasaan tidak dipakai setelah dapat membezakan darah haid. Adapun hukum ibadat utk wanita istihadah akan ditulis pd akan datang.
Rujukan:

Ihatah oleh Muhammad Nuruddin.

Thursday, March 27, 2008

Ringkasan Biografi Exco Kerajaan Selangor

1. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. YAB Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel. Antara tanggungjawab yang disandang oleh YAB Tan Sri termasuklah anggota Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum Bank Pembangunan Islam, Jeddah disamping anggota gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC). Beliau juga berada di dalam lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan Lembaga Amanah Institut Kajiselidik Ekonomi Malaysia. Di dalam Parti Keadilan Rakyat, YAB Tan Sri memegang jawatan Setiausaha Agung. YAB Tan Sri Dato’ Khalid telahpun berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.

2. YB Teresa Kok Suh Sim
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
YB Teresa Kok, 43 tahun turut memegang jawatan Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Beliau memperoleh Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Muda Sains Politik serta Sarjana Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN dan aktif di dalam kegiatan hak asasi manusia. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Terpilih Semakan Kod Penal dan Prosedur Jenayah di Parlimen. Pada masa yang sama beliau memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP dan Setiausaha Nasional Wanita DAP.

3. YB Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
YB Dato’ Dr. Hassan Ali lahir pada 1947 di Selangor. Beliau mendapat Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Malaya, Sarjana Sains Perancangan Bandar dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. Dan Akademi Keluarga Bahagia. Kini beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Burong pada penggal 1999-2004. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak.

4. YB Yaakob bin Sapari
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan
YB Yaakob bin Sapari berusia 47 tahun, tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sains di dalam Perniagaan Tani dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia, serta Diploma Pengajian Islam dan Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Hulu Langat. Di dalam Keadilan beliau merupakan Timbalan Pengerusi Selangor dan Ketua Bahagian Puchong. Beliau sudah berkahwin dan dianugerahkan 8 orang cahaya mata.

5. YB Rodziah binti Ismail
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Rodziah binti Ismail, 43 tahun, tinggal di Shah Alam, Selangor bersama suami dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia, Higher National Certificate in Childhood Education and Development dari Scotland dan Diploma Pendidikan Islam, Al Quran dan As Sunnah. Aktif di dalam masyarakat termasuk Persatuan Pengasih Berdaftar Malaysia, Persatuan Taska Selangor, Jawatankuasa Pencegahan Juvana dan Jemaah Islah Malaysia. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat.

6. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
YB Dr. Xavier Jayakumar, 55 tahun, tinggal di Klang, Selangor bersama isteri dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia dan Presiden Kelab Rotari Klang. Di samping itu beliau aktif di dalam Persatuan Hemodialisis Klang dan Education Welfare Reach Foundation. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan serta Ketua Bahagian Kota Raja.

7. YB Dr. Halimah binti Ali
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
YB Dr. Halimah Ali, 47 tahun , tinggal di Klang, Selangor bersama suami dan 6 orang anak. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia dan berkhidmat sebagai doktor di Hospital Klang. Beliau merupakan Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

8. YB Iskandar bin Abdul Samad
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
YB Iskandar Abdul Samad, 47 tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan lulusan Ijazah Arkitek dari Humberside, United Kingdom dan pernah menjadi Pensyarah Senibina di Universiti Teknologi MARA. Kini beliau merupakan Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

9 . YB Ronnie Liu Tian Khiew
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
YB Ronnie Liu, 50 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kemudian berkecimpung di dalam bidang pengiklanan. Beliau aktif di dalam Jawatankuasa Bertindak Menara Transmisi Rawang, Jawatankuasa Bertindak Menentang Insinerator Broga, Kempen Anti Penswastaan Air dan Kempen Anti Penswastaan Hospital Awam. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

10. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
YB Elizabeth Wong berusia 38 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera University of Sidney dan aktif di dalam NGO seperti Suara Rakyat Malaysia, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dan SOS Selangor. Beliau kini merupakan Ketua Penerangan Wanita Keadilan dan Ketua Penerangan Keadilan Bahagian Petaling Jaya Utara.

11. YB Eam Yong Hian Wah
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

YB Ean Yong Hian Wah, 29 tahun, lahir di Kajang, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Bradford, United Kingdom. Penglibatan kemasyarakatan beliau termasuklah sebagai Pengerusi Persatuan Alumni Kolej New Era, Ahli Lembaga Pengelola Kolej New Era dan Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau kini merupakan Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP.

Disedut dari :- http://dppwp.wordpress.com/2008/03/25/ringkasan-biografi-exco-kerajaan-selangor/

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS

PERLIS (1)
1) N14 - SIMPANG EMPAT YB USTAZ RUS'SELE EIZAN

KEDAH (16)
2) N4 - AYER HITAM YB ABDUL GHANI AHMAD (TIMB SPEAKER)
3) N9 - BUKIT LADA YB USTAZ AHMAD IZZAT SHAUKI
4) N10 - BUKIT PINANG YB HJ MD ROSHIDI OSMAN
5) N14 - ALOR MENGKUDU YB DR ISMAIL SALLEH (EXCO)
6) N15 - ANAK BUKIT YB IR AMIRUDDIN HAMZAH (EXCO)
7) N16 - KUBANG ROTAN YB MOHD NASIR MUSTAFA
8) N17 - PENGKALAN KUNDOR YB IR PHAHROLRAZI ZAWAWI (EXCO)
9) N18 - TOKAI YB HJ MOHAMED TAULAN MAT RASUL (EXCO)
10) N20 - SUNGAI LIMAU YAB USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK (MENTERI BESAR)
11) N24 - JENERI YB HJ YAHYA ABDULLAH
12) N26 - TANJUNG DAWAI YB DR HAMDAN KHALID (EXCO)
13) N27 - PANTAI MERDEKA YB USTAZ ABDULLAH JUSOH (EXCO)
14) N31 - KUPANG YB CIKGU JOHARI ABDULLAH
15) N32 - KUALA KETIL YB MD ZUKI YUSOF
16) N33 - MERBAU PULAS YB HJH AISHAH GHAZALI (EXCO)
17) N36 - BANDAR BAHARU YB YAAKOB HUSIN

PULAU PINANG (1)
18) N11 - PERMATANG PASIR MOHD HAMDAN ABD RAHMAN

KELANTAN(38)
19)N2 - KELABORAN MOHD ZAKI IBRAHIM
20)N3 - PASIR PEKAN DATUK AHMAD YAKOB
21)N4 - WAKAF BHARU CHE ABDULLAH MAT NAWI
22)N5 - KIJANG WAN UBAIDAH OMAR
23)N6 - CHEMPAKA DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
24)N7 - PANCHOR NIK AMAR NIK ABDULLAH
25)N8 - TANJONG MAS ROHANI IBRAHIM
26)N9 - KOTA LAMA DATUK ANUAR TAN ABDULLAH
27)N10 - BUNUT PAYONG DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
28)N11 - TENDONG MUHAMMAD MD DAUD
29)N12 - PENGKALAN PASIR HANIFA AHMAD
30)N13 - CHETOK ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
31)N14 - MERANTI MOHD NASSURUDDIN DAUD
32)N15 - GUAL PERIOK MOHAMAD AWANG
33)N16 - BUKIT TUKU ABDUL FATTAH HARUN
34)N17 - SALOR DATUK HUSAM MUSA
35)N18 - PASIR TUMBOH AHMAD BAIHAKI ATIQULLAH
36)N19 - DEMIT MUHAMAD MUSTAFA
37)N20 - TAWANG HASSAN MOHAMOOD
38)N21 - PERUPOK OMAR MOHAMAD
39)N22 - JELAWAT ABDUL AZIZ ABDUL KADIR
40)N23 - MELOR WAN ISMAIL WAN JUSOH
41)N24 - KADOK AZAMI MOHD NOOR
42)N26 - BUKIT PANAU ABDUL FATTAH MAHMOOD
43)N27 - GUAL IPOH WAN YUSUFF WAN MUSTAFFA
44)N28 - KEMAHANG MD ANIZAM AB RAHMAN
45)N29 - SELISING DR SAIFUL BAHRIN MOHAMAD
46)N30 - LIMBONGAN DR ZAINUDDIN AWANG HAMAT
47)N31 - SEMERAK WAN HASSAN WAN IBRAHIM
48)N32 - GAAL DR NIK MAZIAN NIK MOHAMAD
49)N33 - PULAI CHONDONG ZULKIFLI MAMAT
50)N34 - TEMANGAN DR MOHAMED FADZLI HASSAN
51)N35 - KEMUNING WAN AHMAD LUTFI WAN SULAIMAN
52)N37 - AIR LANAS ABDULLAH YA'KUB
53)N39 - MENGKEBANG ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
54)N41 - MANEK URAI ISMAIL YAACOB
55)N42 - DABONG ARIFABILLAH @ MOHD ASRI IBRAHIM
56)N45 - GALAS CHE HASIM SULAIMAN

TERENGGANU(8)
57)N12 - BUKIT TUNGGAL DR ALIAS RAZAK
58)N13 - WAKAF MEMPELAM MOHD ABDUL WAHID ENDUT
59)N15 - LADANG DATUK ENGKU HASSAN ENGKU OMAR
60)N16 - BATU BURUK DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
61)N18 - BUKIT PAYUNG MOHD NOR HAMZAH
62)N19 - RU RENDANG DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
63)N22 - MANIR DATUK DR HARUN TAIB
64)N27 - SURA WAN HASSAN MOHD RAMLI

PERAK(6)
65)N8 - TITI SERONG DR KHALIL IDHAM LIM ABDULLAH
66)N11 - GUNONG SEMANGGOL RAMLI TUSIN
67)N12 - SELINSING HUSIN DIN
68)N20 - LUBOK MERBAU MOHD ZAINUDIN MOHD YUSOF
69)N51 - PASIR PANJANG MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
70)N56 - CHANGKAT JONG MOHD ANUAR SUDIN

SELANGOR (8)
71)N17 - GOMBAK SETIA HASAN MOHD ALI
72)N18 - HULU KELANG SAARI SUNGIP
73)N20 - LEMBAH JAYA KHASIM ABDUL AZIZ
74)N21 - CHEMPAKA ISKANDAR ABDUL SAMAD
75)N26 - BANGI SHAFIE ABU BAKAR
76)N42 - MERU ABDUL RANI OSMAN
77)N45 - SELAT KELANG HALIMAH ALI
78)N51 - SIJANGKANG AHMAD TUNUS HAIRI

PAHANG(2)
79)N12 - BESERAH SYED MOHAMMED
80)N32 - KUALA SEMANTAN SYED HAMID SYED MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN(1)
81)N25 - PAROI MOHD TAUFEK ABD GHANI

JOHOR (2)
82)N13 - SUNGAI ABONG DR SHEIKH IBRAHIM SHEIKH SALLEH
83)N15 - MAHARANI DR MOHAMAD TASLIM

-update secara teliti akan dibuat kemudian-admin

Adakah kemenangan ini hanya sementara?

Oleh Maulana Purnama

Puad Zakarshi, ahli parlimen dari Batu Pahat menyatakan dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia beberapa hari lalu bahawa kemenangan parti pembangkang 8 Mac lalu hanya sementara. Dalam pilihan raya ke-13 akan datang, Barisan Nasional (BN) akan merampas balik negeri-negeri yang terlepas: Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Ia seperti BN merampas semula Terengganu pada tahun 2004. Banyak pihak, sama ada dalam BN mahupun luar juga mempercayai perkara ini. Iaitu kalau tidak dapat ramapas kembali mungkin Pulau Pinang. Tetapi umumnya yakin Selangor, Perak dan Kedah dapat dirampas dalam pilihan raya ke-13 kelak. Sebusuk-busuknya Selangor akan dapat dirampas.

Sentimen ini juga dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, Pengerusi Badan Perhubungan Selangor yang baru, Muhamad Muhd Taib, dean juga Setiausaha Agung UMNO yang baru, Tengku Adnan Mansor.Melihat perangai pengundi yang berayun-ayun, maka pilihan raya ke-13 akan memihak kepada BN.Maka adalah lebih dipercayai BN boileh mendapat semula majority dua pertiga dan merampas semula negeri-negeri yang terlepas, kecuali mungkin Pulau Pinang. Kalau melihat sejarah, selepas tahun 1969, iaitu setelah kehilangan majoriti dua pertiga melalui pilihan raya umum itu, UMNO melalui gabungan baru kembali berjaya memperolehinya.

Cuma diharapkan bahawa dalam pilihan raya umum ke-14, ayunan pengundi akan kembali ke pembangkang, maka pada masa itu barulah BN betul-betul dapat ditumbangkan dan barisan rakyat memerintah negara ini. Itulah pandangan penulis ini untuk tidak terlalu mengharap-harapkan. Makannya anggaran penulis tentang kejayaan masa depan barisan pembangkang adalah konservatif.

Kalau dalam pilihan raya umum, penulis menjangka bahawa hanya Pulau Pinang akan jatuh tetapi hasilnya adalah jauh daripada dugaan. Siapa dapat menyangka Selangor, Perak dan Kedah boleh tumbang. Daim Zainuddin yang membuat ramalan pada tahun lalu hanya menyebut Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Perak tidak disebut.

Tetapi sudah tentu pemimpin UMNO dan BN mengharapkan dan percaya bahawa fenomena 8 Mac itu hanyalah sementara. Tetapi dalam dunia politik, banyak perkara yang di luar jangkaan penganalisis. Siapa sangka Soviet akan tumbang? Dan melihat parti-parti politik di seluruh dunia, tidak ada siapa yang dapat bertahan lama. Malah satu hari Parti Komunis China juga akan tumbang. Rusuhan di Tibet sudah memperlihatkan petanda.

Puad Zakarshi memulakan kegiatan awal politiknya dalam PAS. Aktiviti PAS beliau adalah bersama Saifuddin Nasution. Kemudian bersama anak-anak muda yang lain mengikut jejak Nakhaie Ahmad, ketika itu, iaitu tahun-tahun lewat 80-an menyertai UMNO. Mereka menyertai UMNO melalui sokongan daripada Allahyarham Ghafar Baba, ketika itu Timbalan Presiden UMNO.

Semasa dalam PAS, Nakhaie Ahmad adalah antara pemimpin utama parti bersama Fadzil Nor dan Hadi Awang melancarkan gerakan menyingkirkan Datuk Asri Muda daripada kepimpinan parti. Setelah mereka berjaya menerapkan kepimpinan ulama, ucapan dasar penting yang disampaikann oleh Yang Dipertua PAS ketika itu, iaitu Allahyarham Yusof Rawa berjudul Tajdid Hadhari. Draf asal ucapan itu disediakan Nakhaie. Tajdid bermakna Reformasi. Sementara Hadhari bermakna Tamadun. Besar gagasan PAS. Dari segi politik, ia diterjemahkan dalam bentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK), gabungan parti pembangkang untuk hadapi pilihan raya umum tahun 1986.

Selepas PAS dan HAK kecundang, pihak pembangkang termangu-mangu melihat masa depan yang kabur. Tetapi apabila melihat ke belakang, gagasan Tajdid Hadhari dan HAK inilah yang akhirnya merintis kepada kemenangan Barisan Rakyat hari ini.

Selepas 1986, beberapa aktivis muda PAS mula mencari jalan lain untuik menyumbang bakti terhadap perjuangan pembangkang. Antaranya Shabery Cheek yang juga memulakan aktiviti politiknya melalui PAS telah meninggalkan parti itu dan menumpukan perhatian dalam dunia akademik di Universiti Malaya (UM). Beliau rapat dengan Syed Husin Ali melalui Persatuan Sains Sosial, dan sekaligus hampir dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Dalam kumpulan ini juga ada KS Jomo. Husam Musa juga di UM dan rapat dengan kumpulan ini.

Kemalapan politik PAS berubah dengan perpecahan UMNO dan penubuhan Parti Semangat 46. Pilihan raya tahun 1990 meletakkan barisan pembangkang baru yang berdaya mampu untuk menubuhkan kerajaan. Tengku Razaleigh dipersetujui oleh pembangkang sebagai bakal perdana menteri mereka. Sabery Cheek menyertai Semangat 46. Jomo juga terlibat dalam menyediakan manifesto pembangkang berjudul Selamatkan Malaysia . Kandungannya tidak ubah seperti manifesto Barisan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Barisan pembangkang tahun 1990 yang terdiri daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat sebenarnya merupakan prototaip kepada Barisan Alternatif dalam pilihan raya tahun 1999, 2004 dan 2008 ini.

Selepas pilihan raya tahun 1995, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat hancur kerana Semangat 46 dibubarkan supaya ahli-ahlinya dapat menyertai UMNO baru. Kehadiran Tengku Razaleigh dalam UMNO dilihat oleh pemerhati sebagai ancaman kepada Anwar Ibrahim yang baru berjaya menyingkirkan Ghafar. Ketika itu Saifuddin sudah berada dalam kem Anwar.
Banyak pemerhati melihat bahawa kehadiran tengku Razaleigh dalam UMNOO ini tidak disenangi oleh Anwar dan ia dilakukan oleh Mahathir Mohamad semata-mata untuk mengimbangi pengaruh Anwar. Ia mendorong kepada tindakan Anwar untuk cepat bergerak bagi mendapatkan pucuk pimpinan UMNO.

Sejarah telah berpusing dengan pemainnya bertukar ganti. Kabinet Abdullah Ahmad Badawi yang terbaru terdiri daripada banyak bekas tokoh Semangat 46. Rais Yatim adalah bekas Timbalan Presiden Semangat 46. Shabery Cheek kini menjadi Menteri Penerangan. Tengku Razaleigh pula menyatakan hasrat untuk mencabar jawatan tertinggi UMNO. Baginya, hanya beliau yang layak untuk berdepan dengan Anwar yang sedsang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seperti Semangat 46. Semangat 46 hanya dapat bertahan dua pilihan raya iaitu 1990 dan 1995. PKR semakin kuat dalam pilihan raya kali ketiga. PKR tidak semata-mata terdiri daripada bekas UMNO. Di dalamnya telah ada aktivis PRM.
Justeru, apapun yang terjadi kepada Anwar dan pengikutnya, PKR-PAS-DAP sudah menjadi gabungan Barisan Rakyat yang berstamina tinggi. PKR mewarisi PRM. Sementara ketiga-tiga parti ini PAS, DAP dan PRM sentiasa ada dalam pilihan raya tahun 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2004. Kemenangan 2008 ini bukan semantara. Ia merupakan proses sejarah di mana akhirnya akan wujud sistem dua parti di negara ini.

Disedut dari :- http://www.detikdaily.net/

Kerajaan Kedah akan bayar rebet, turunkan cukai tanah


ALOR SETAR, 27 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa kerajaan Kedah akan melaksanakan pembayaran rebet ke atas cukai tanah yang dinaikkan oleh kerajaan memerintah yang lalu.


"Kita akan bayar balik rebet ke atas cukai tanah di negeri ini berdasarkan kadar kenaikan dan kini Bahagian Kewangan negeri sedang membuat kajian semula tentang kesesuaian kadara yang akan ditetapkan kemudian," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali kedua di Wisma Darul Aman semalam.

Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama baru-baru ini di mana kadar cukai akan dikaji semula dan pembayar cukai akan diberikan rebet berdasarkan jumlah kenaikan yang dikenakan terdahulu.

Pada tahun 2006, kerajaan Kedah yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menaikkan kadar cukai tanah di negeri ini antara 100 peratus hingga 300 peratus.

Harakahdaily difahamkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menurunkan semula kadar cukai ke tahap yang sesuai antara 20 hingga 30 peratus.

Sejarah Penderhakaan Umno Kepada Raja-Raja Melayu


Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.
Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.


Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini. Saya susun mengikut negeri-negeri.


Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.


Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.


Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.


Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.


Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’ Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.


Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.


Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).


Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.


Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.


Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.


Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.


Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.


Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.


Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.


Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?


Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.


Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.


Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.


Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.


Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.


Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.


Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.


Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?


Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.


Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?


Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.


Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.


Renung-renungkanlah semua.


Durian oh Durian...


Isi durian yang kuning adalah sama mcm warna kedaulatan Raja Melayu..
Sapa yang lawan raja la ni??
Menderhaka depa ni..

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?


Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.

Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.

Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.

Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.
Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.
Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.

Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.
Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.

Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.

"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau
"..Pak Lah hanya nampak yang menderhaka di seberang jalan, tapi di depan mata dia tak nampak..almaklumlah..ghajin tidoq..."

Ahli Parlimen PAS bagi Penggal 2008 - 2012



suara rakyat akan dinyatakan disini,apakah PAKLAH masih boleh TIDOQ..!!!

Pada Pilihanraya ke 12, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan. Sembilan di Kelantan, Satu di Terengganu, Dua di Perak, Satu di Wilayah Persekutu Kuala Lumpur, Enam di Kedah dan Empat di Selangor.

1. Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747. Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi 30,688 undi.

2. Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi. Ustaz Nasharudin memperolehi 28,835 undi manakala Dr Awang Adek memperoleh 25,934 undi.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377. Dato’ Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyrah memperoleh 27,337 undi.

4. Salahuddin Haji Ayub, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat menewaskan pencabarnya dari BN, Abdul Ghani bin Mamat dengan majoriti 10,642 undi. Salahuddin memperoleh 27,179 undi manakala Abdul Ghani memperoleh 16,537 undi.

5. Mahfuz Haji Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat juga turut menang di Pokok Sena menewaskan Calon BN, Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5731 undi. Mahfuz memperolehi 29,687 undi manakala Abdul Rahman memperolehi 23,956 undi.

6. Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat beralih angin ke Kuala Krai, Kelantan menewaskan Calon BN Che Musa bin Che Omar dengan majoriti 4,984 undi. Dr Hatta memperolehi 23,562 undi manakala Che Musa memperolehi 18,578 undi.

7. Dato Ab Halim bin Ab Rahman turut mengekalkan kerusinya buat kali kedua di Pengkalan Chepa apabila menewaskan calon BN, Rahim Mohd Zain dengan majoriti 11,311 undi apabila Dato’ Abdul Halim memperolehi 26,763 undi manakala Rahim memperolehi 15,452 undi.

8. Dr Dzulkifli Ahmad selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat juga turut menang di Parlimen Kuala Selangor apabila mnewaskan Calon BN, Jahaya bin Ibrahim dengan majoriti 862 undi. Dr Dzulkifli memerolehi 18,796 undi manakala Jahaya memperolehi 17,934 undi.

9. Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali pula berjaya menewaskan Calon BN di Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaludin bin Haji Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Dr Lo’ Lo’ memperolehi 17,857 undi manakala Datuk Aziz memperolehi 15,885 undi.

10. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud juga turut menang di Kota Raja, Selangor apabila menewaskan S.Vigneswaran a/l M.Sanasee dengan majiriti 20, 751 undi. Dr Siti Mariah Merolehi 38,630 undi manakala S.Vigneswaran memperolehi 17,879 undi.

11. Mujahid Haji Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menang di Parit Buntar Perak apabila menewaskan Abdul Rahman Suliman dengan majoriti 7,551 undi. Mujahid memperolehi 21,221 undi manakala Abdul Rahman 13,670 undi.

12. Siti Zailah bt Mohd Yusuf, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan menang di Rantau Panjang Kelantan menewaskan Calon BN, Mohd Afandi bin Yusof dan calon Bebas Isma Airfath bin Hassanuddin dengan majoriti 4,486 undi. Siti Zailah memperolehi 19,344 undi, CAlon BN memperolehi 14,858 undi manakala calon Bebas hilang deposit memperolehi 330 undi.

13. Dr Mohd Hayati bin Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4,073 undi. Dr Mohd Hayati memperolehi 27,311 undi manakala Md Rozai memperolehi 23,238 undi.

14. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah, bekas Speaker DUN Kelantan berjaya di Kota Bharu, Kelantan menewaskan Calon BN, Datuk Mohamad Fatmi bin Che Salleh dengan majoriti 11,288 undi. Dato’ Wan Rahim memperolehi 32,129 undi manakala Datuk Fatmi memperolehi 20,841 undi.

15. Ir Khalid Abdul Samad menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddindengan majoriti 9,314 undi. Khalid memperolehi 33,356 undi manaka Datul Abdul Aziz memperolehi 24,042 undi.

16. Ustaz Taib Azamuddin Md Taib menang di Baling menewaskan Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi. Ustaz Taib memperolehi 36,074 undi manakala Abdul Azeez memperolehi 28,461 undi.

17. Dato Ibrahim Ali juga turut menang di Pasir Mas atas tiket PAS dengan majoriti 8,991 undi menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi bin Mahmad. Dato Ibrahim memperolehi 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi memperolehi 19,682 undi.

18. Dr Che Rosli Che Mat juga turut menang di Hulu Langat, Selangor menewaskan Calon BN, Markiman bin Kobiran dengan majoriti 1,745 undi. Dr Che Rosli memperolehi 36,124 undi manakala Markiman memperolehi 34,379 undi.

19. Muhammad bin Husin juga menang di Parlimen Pasir Puteh dengan menewaskan Calon BN Amran bin Mat Nor dengan kelebihan 3,968 undi. Muhamad Husin memperolehi 28,365 undi manakala calon BN memperolehi 24,397 undi.

20. Roslan bin Shaharum buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak menewaskanBendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi.

21. Ustaz Nasir Bin Zakaria menang di Padang Terap menewaskan calon BN, Ghazali bin Ibrahim dengan majoriti 369 undi. Calon PAS Nasir mendapat 15,003 undi manakala calon BN memperoleh 14,634 undi.

22. Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar menang di Jerai Kedah menewaskan penyandang sebelum ini calon BN Datuk Badruddin bin Amiruldin dengan kelebihan 2,299 undi. Mohd Firdaus memperolehi 26,510 undi manakala Datuk badruddin memperolehi 24,211 undi.

23. Che Uda bin Che Nik menang di Sik, Kedah menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman bin Desa dengan kelebihan 481 undi. Calon PAS, Cikgu Che Uda memperoleh 16,864 undi manakala Calon BN memperoleh 16,383 undi.


"..alhamdulillah, inilah gabungan antara ulama, intelek, umara.."